◄ ツ

Friday 16 December 2011

Nasinat untuk orang bercinta ! :)




♒ Janganlah kamu membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum kamu berkahwin dengan ‘si dia’.

♒ Bercintalah kamu dengannya sekadar sahaja. Kelak mungkin ‘si dia’ bukan jodoh untukmu.

♒ Jika kamu ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum kamu berhak menjadi milik ‘si dia’.

♒ Jika kamu menyintainya, binalah asas perkahwinan dengan tidak melanggar syariat-Nya.

♒ Kebahagiaan yang kamu lihat sebelum berkahwin hanya palsu, yang hakikatnya adalah selepas kamu diijabkabulkan.

♒ Jikalau kamu inginkan pasangan hidupmu yang terbaik dalam untukmu, maka kamulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.

♒ Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara berdating, cukuplah sekadar kamu tahu apa yang perlu kamu tahu.

♒ Bercintalah untuk mencapai cinta-Nya.

♒ Jika kamu masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.

♒ Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima di sisi Allah, kelak Allah akan tarik kebahagiaan darimu.

P/S: Sahabat yang dikasihi. Jika kamu terlalu mencintai seseorang lebih dari Allah, nescaya Allah akan tarik nikmat itu sedikit demi sedikit.. Bercintalah kalian dengan berpada2.. Jika tidak tahan nafsumu, mohon ampun dari Allah.. Lekatkan dalam hatimu bahawa cinta yang hakiki hanya untuk Allah S.W.T.. n_n

Saia tak sehebat mereka !

Semalam serius cakap, memang sedih gila-gila tahap kritikal dah.. Nasib aku boleh tenangkan hati aku..
Aku tau, aku ni sapa.. Kenapa orang tak pernah paham perasaan aku ? Kenapa orang tak pernah tahu apa yg aku rasa ?

wey ~ aku sakit hati lah.. Tapi kau buat taktau ja.. Ingat aku ni hati batu ka ? Aku ada perasaan jugak.. Kenapa orang suka layan aku, macam aku tak wujud ? Orang tak pernah pun bangga dengan apa yang aku pernah buat.. Apa yang aku buat, selalunya tak betul..

Aku teringin nak jadi yang pertama dalam hidup orang lain juga.. Tapi kenapa takda sorang pun yang nak letak aku yang pertama dalam hati diorang..

Dalam family aku, tak lah jadi seorang anak yg hebat sangat pun.. Nak kata anak solehah tak jugak.. Tapi aku bahagia dengan family aku :)

Ada kawan, dulu selalu ada dengan aku.. Kalau nak pergi mana mesti dengan aku.. But now, semua sudah hilang.. Aku hanya diperlukan bila kau ada masalah and bila kau gembira semua pakat lupakan aku..

Ada BFF ? memang bff tapi dia lelaki, so aku takmau lebih-lebih sangat dengan diorang.. Diorang pun ada awek juga.. Awek diorang sure larh yg pertama :)
Untuk diorang, terima kasih sebab still jadi bff aku dari dulu sampai sekarang..

My <3, hohu ~ aku tahu dia sayang aku :)
btw aku bukan orang yang pertama dekat hati dia kan.. Aku tau sapa dia.. Terima kasih okey, sebab still bersama..

** Aku rasakan, aku tak boleh buat orang gembira.. And sekarang ni pun aku tak rasa gembira walaupun diorang still ada dengan aku.. Kau tak boleh rasa apa yang aku rasa sekarang ni, tapi jujur cakap aku sakit hati sangat-sangat.. Aku ingat, aku boleh sabar dengan apa yang jadi dekat aku ni.. Tapi bila dah lama, aku dah tak tahan nak tanggung semua yang jadi.. Aku rasa macam tak dihargai..

Aku nak jadi yang pertama dalam hidup diorang, tapi kenapa tak ada sorang pun yang boleh terima aku ?? Aku ni hanya boleh tengok kebahagian orang lain..
Aku cuma nak jadi pelangi dalam hidup kau, yang selalu menjadi keutamaan dalam hidup kau.. Tapi kenapa tak bolehh ????

Sunday 11 December 2011

Boring ~~ O_o

I have no idea to update..
so sorry ~ :(

Dah lama aku ta update, sebab busy sikit..
biasalah baru lepas SPM lah katakan :)

Sekarang tengah cari kerja, but ta dapat-dapat lagi pun..
susah jugak nak pergi cari kerja ni..
Ada sapa-sapa na offer kan tak ?? ahaha ~~

takpa lah erk.. Aku takda idea nak kongsi ni..
nanti aku update lain okey ! :)