◄ ツ

Sunday 30 December 2012

Ego Menguasai Diri

Sesuatu yang sebati dalam hidup kita, susah nak hapuskan :)

serr ~
nak cakap macam mana taktau,
bila ada peluang depan mata, rasa-rasa peluang tu akan dihargai ka tak erk ??
# kalau hang, hang nak lepaskan jugak ka?
susah betul nak puaskan hati semua orang..
tambah-tambah lagi bila dipaksa, kan?

perlu ka aku berusaha buat something yang patut??
or duduk diam-diam, and tunggu apa yang jadi
*nak buat apa erk??*
kalau aku duduk diam-diam,
nanti bila peluang dah takdak aku baru menagih pulak..
tapi kalau aku buat something, aku taktau nak buat macam mana..
kalau orang tu tak sudi macam mana??
manalah nak tau, dah tak suka
# sat lagi jadi syiok sendiri pulak..
kalau lah boleh tau apa yang orang lain rasa, kan best..


tapi takpa lah,
buat masa sekarang ni kita wait and see..
kalau betul, dia taknak berjuang aku boleh angkat kaki..
holahola ~

aku memang suka berangan, kan??
ahaha ~
menggongnya SitiNabilah ni..
tak mustahil :P


Saturday 29 December 2012

No Capital !

Kali ni nak story about what??
aku pun taktau nak cerita macam mana..
aku sendiri pun taktau apa yang aku rasa sekarang ni..
kadang-kadang rasa tenang,
kadang-kadang boring,
kadang-kadang teringat something,
kadang-kadang itu ini,
berapa banyak kadang-kadanglah..
hoho ~

aku baru approve sorang mamat ni dekat FB,
dia tu budak PSP, sewarga dengan aku..
dia kenal aku pun maybe pernah sekodeng aku kowt dekat Poli..
aku pun taktau lah..
dia ni ada hati dekat aku and aku pulak single..
so dia mengharapkan sesuatu dari aku..
aku taktau nak cakap macam mana dekat dia..
sebab aku ni susah nak terima orang, kalau setakat kawan tu no hal lah..
kalau nak bercinta-cinton ni susah sikit..
tambah-tambah aku baru kenal dia, aku bukan tau pun pasal dia..
aku tak kata lah dia jahat, tapi berhati-hati..
tak salah kan?
lagi pown aku rasa tak sampai waktu lagi aku nak bercinta dengan sapa-sapa..
tapi dia cakap, dia akan tunggu aku..
perhhh ~ ayat tak boleh blah sekali !
aku selalu dengar ayat tu, tapi sama ja tak tunggu pun -,-"
mintak-mintak dia jumpa orang lain lah nanti.. aminn ~
ahaha ~ :D

masalah utama aku sekarang ni,
aku bukan jenis yang patah tumbuh, yang hilang berganti..
perlu ka aku lupa semua tu?
aku taktau apa yang aku nak buat..
peluang yang ada depan mata aku dulu, aku dah musnahkan..
kenapalah aku tak juangkan masa dulu..
bila dah takdak peluang, baru tercari-cari..
tapi nak buat macam mana, masa mengubah segalanya..
hadoiyy ~

perlu ka aku buka peluang pertama, and lupakan peluang kedua??
oh shit !
aku takmau lagi, belum tiba masanya aku nak couple..
mungkin coming soon..


Saturday 8 December 2012

Jodoh Siapa Tahu

Aku tidak pernah memilihmu untukku, tapi Allah Azza wa Jalla yang memilihmu untukku..

aku tidak pernah mengharap mencintaimu, tapi ALLAH Azza wa Jalla telah menundukkan hatiku untuk mencintaimu..

aku tidak pernah bermimpi untuk mendamping
imu, tapi Allah Azza wa Jalla yang telah menunjukkan jalan hidupku untuk mendampingimu..

aku juga tidak pernah berharap menanggung rasa ini atas cintaku padam
u.Tapi ALLAH Azza Wa Jalla yang telah memberi rasa ini dan harus ku tanggung atasmu..

itulah aku adanya. .Tidak pernah kurasa untuk mengatur hatiku sendiri. . .Karena sang Pemilikku yang telah mengaturku dan menentukan bagaimana ku berbuat.


Aku tak mintak seorang jutawan untuk bahagiakan hidupku
Aku tak mintak seorang handsome untuk orang puji setiap hari
Aku tak mintak seorang yang bijaksana untuk mengatur semua jalan hidup aku
Aku tak mintak seorang sempurna untuk sempurnakan hari-hariku
Aku tak mintak seorang ustaz untuk mendampingiku


Tapi aku berharap, ada seseorang akan datang
yang boleh beri segala keperluan aku
yang boleh menjaga aku bila berdekatan dan berjauhan
yang boleh terima kelebihan dan kekurang aku seadanya
yang boleh bahagiakan aku bila aku sedang sedih
yang boleh berkongsi suka dan duka bersama-sama
yang boleh tunjuk ajarkan aku bila melakukan kesalahan
yang boleh bimbing aku bila aku tersilap langkah
yang boleh ubah hidup aku menjadi lebih sempurna
yang boleh ikut perintahNya untuk bawa aku ke jalanNya
hanya cukup sedap mata memandang


# mudah-mudahan aku dapat jumpa orang macam ni :)
amin ~

Thursday 6 December 2012

Thanks !

Tinggal kenangan

Masa mula-mula aku kenal, aku jual mahal, 
aku tak endah apa yang dia buat..
kesiannya, maafkan saya..
takda niat nak buat macam tu..

bila dah lama, dah kenal rapat..
aku cuba terima apa seadanya..
alhamdulillah aku terbuka pintu hati..


tapi sekarang, bila semua dah bahagia
dah jadi sebahagian dari hidup aku and family aku..
aku terpaksa lepas semua tu..
sebab aku tak boleh halang orang lain nak buat something yg diorang suka..
aku cuba kuat kan diri, walaupun asalnya aku tak rela and tak percaya..
tapi aku terima hakikat bahawa kebahagiaan itu bukan milik kita..
tak semua yang kita rancang akan menjadi
kadang-kadang kita kena berkorban apa yang ada..
buka sebab kita benci or buang apa yang kita ada,
 tapi sebab kebahagian yang akan datang..

setiap perkara yang berlaku di muka bumi ni, ada hikmahnya..
aku kena terima apa yang dah berlaku..
tapi aku taktau jauh mana aku nak tahan semua ni..
rasa kekosongan yang wujud dalam hidup aku,
aku dah tau jawapan sebenar..
taktau macam mana nak cakap..
tapi memang sakit..

3years, 11months, 3weeks and 3days
- THE END -


Wednesday 5 December 2012

Hidup Tak Selalu indah

kadang-kadang dalam hidup ni kita kena banyak berkorban..
tak kira demi orang yang kita sayang mahu pun orang yang kita benci..
kehidupan di dunia tak selalu indah, kerana kebahagiaan tu bukan milik kita..
mungkin sekarang kita bahagia dengan orang yang ada di sekeliling kita..
and mungkin kita kecewa dengan apa yang ada di sekeliling kita..

jangan riak dengan apa yang kita ada sekarang, bersyukur dengan apa yang kita ada..
jangan tamak untuk mencari sesuatu yang lebih sempurna, kerana kita boleh sempurnakan kekurangan yang
kita perolehi dengan berusaha..
elak dari apa yang boleh menyakitkan hati orang lain, untuk hidup lebih tenang
jangan berdusta dengan apa yang kita janji, kerana itu akan membuat orang tidak percaya dengan kita..
tak perlu cari orang untuk sayangkan kita, kalau semua itu memaksa persaan orang lain..
tak perlu halang orang lain dari melakukan sesuatu, kerana mereka akan halang diri mereka sendiri, jika mereka tak suka..
tak perlu sayangi dua manusia dalam satu masa, kerana itu akan merosakkan kebahagiaan yang telah kita bina..
hargai apa yang mereka telah korbankan, kerana mereka lebih ikhlas dari kita..

guna segala peluang yang diberi pada kita, untuk berubah menjadi lebih baik..
jangan abaikan apa yang ada depan mata, tapi jadikan pengajaran melalui keburukan yang telah berlaku..
walaupun sukar untuk membuat keputusan, pilihlah dengan bijak dan pantas..
jangan buat orang lain tertunggu-tunggu dengan apa yang kita janji, jika kita tak boleh tunaikan..
luahkan semuanya apa yang kita rasa supaya tidak menyakitkan hati orang lain dengan lebih parah, kerana itu lebih baik..

walaupun perit bagi kita untuk teruskan semuanya, ingat ada satu hikmah yang berlaku atas semua kejadian..
semua orang taknak yang buruk atau mengecewakan terjadi dalam kehidupan..
tapi itu adalah dugaan untuk kita..
jangan salahkan mereka, kerana mereka memberi kita sejuta rasa..