◄ ツ

Wednesday 30 January 2013

Mengada's !

kalau hampa semua nak tau
aku ni jenis mengada tahap kritikal dah tau tak
HAHA !

biasalah setiap manusia ada kelebihan and kekurangan, kan?
perangai manusia serupa tapi tak sama
macam kembarlah, 
walaupun muka sama tapi hati lain-lain

aku ni paling tak suka orang buat dekat aku,
benda yg aku tak suka buat dekat orang
*apa aku cakap ni?? serupa pari-pari* 
pandai-pandai sendirilah nak faham..HOLAhola ~
iyalah, kita mestilah tak suka orang buat benda yg kita tak suka, kan??

aku selalu ja nak orang lain faham aku
ambik tau pasal aku lah and blablablabla
*nampak tak kemengadaan dia kat situ??* :D

ni benda yg aku tak suka buat selalu jadi dekat aku yg dapat dikenalpasti :

satu, aku tak suka habiskan duit aku untuk orang yg tak berapa penting dalam hidup aku
bukan aku sorang ja, orang lain pun sama juga kowt aku rasa, kan?
sebab aku tau, aku sendiri pun tak cukup duit
lepas tu nak habiskan duit pulak untuk orang yg lain
OH! memang tak lah, kecuali dia blablabla..hoho :P

dua, aku tak suka text or call orang yg tak ada kaitan dengan aku
maksud aku, saja-saja nak hilangkan boring
kalau aku boring pun aku buat ja taktau
tak pun pergi on9 FB ka skype ka apa ka
tak perlu kacau orang lain kowt noh
sebab tu kredit aku selalu ja tahan lama..ngee ~

tiga, aku tak suka bila nak text duk reply pendek-pendek ni
tambah-tambah dalam text dia tuh ada perkataan "ermm"
hilang terus mood aku nak baca apa yg dia hantar
aku takkan reply terus text dia tuh
*nampak tak permainan dia??*
# orang mengada selalu macam tu.. HAHA ~

empat, aku tak suka orang paksa aku
paksa ja lah aku buat apa pun
kalau aku kata taknak, so aku TAKNAK!
*see, ingat kepala otak dia sorang ja ka betul*

lima, yg ni tak selalu tapi kadang-kadanglah..ngee~
aku tak suka baru ja kenal, lepas tu nak ajak couple
serr ~ stress terus dengar..
kalau kawan tak boleh ka?
*kalau jadi kawan, awak tak boleh ka nak jaga orang yg awak suka??*
kenal pun tak seberapa, nak couple pula
lepas tu baru 2, 3 jam clash
saja pun aku suka buat koleksi, kan?
HOho ~

enam, aku tak suka orang merajuk dengan aku
sebab aku tak reti nak pujuk-pujuk ni
aku tak ambik kursus memujuk
tu aku tak reti pujuk..ngee

sikit-sikit sudah lah kowt nak tau..
ngee ~
aku ni memang banyak songeh pun
so sabar ja lah sapa yg rapat dengan aku tu
nak buat macam mana, dah memang macam tu
aku tau kadang-kadang depa sakit hati dengan aku
tapi aku taktau nak cakap macam mana..
sorry noh

- THE END -

Tuesday 29 January 2013

Tak Sedar Diri!

AHAHA !
Siti Nabilah bt Kamaruddin ni kan suka ja buang duit
tak sedar diri yang awak tu dah takada duit
duet pt pun dah tinggal berapa kerat ja
tunggu masa na tinggal kosong ja cik oii

nak tau aku buat apa??
aku kan, saja gedik-gedik pergi jelajah dekat ZALORA
dah tu kan, jamu mata dengan kasut-kasut yang berwarna warni pulak
hah ~ faham-faham sajalah, ada yang berkenanlah cangok lagi ?
nasib ja aku fikir takada duit
kalau tak aku dah order suruh dia hantar rumah tau tak??
kenapa lah time sekarang ni jugak duit takada?

sedih tau tak
tak dapat aku nak beli kasut tu
dah banyak kali ni aku buka tengok gambar kasut tu
bila lah aku nak beli oiii
nak jugak ! nak jugak !
ahaha ~ *GEDIK*

padahal aku baru ja beli kasut wedges VINCCI 
nak di jadikan cerita aku tengok kasut tu lama dah tapi tak beli lagi
balik rumah selalu ja teringat dekat kasut tu
tiga hari kemudian aku pergi kedai tu and beli
baru hati aku puas.. HAHA
pakai pun aku tak lagi
dah ngada nak beli lain..ngee ~
iyalah tu wedges, ni kasut flat bertutup boleh pakai pergi kelas
kasut nak pergi kelas kan tak banyak
lalala ~ >.<

ada lah satu kasud tu kan, 
aku minat sesangat lah, saiz aku last wey..
tinggal satu tu ja
sempat tak rasa-rasa kalau nak tunggu aku dapat duit??
mesti nanti ada orang dah beli punya kan
dah lah saiz kaki aku ni cepat habis
huawaahhH ~
tapi nak buat macam mana
dalam mimpi saja lah
:'(

tengok gambar tu, comel-comel belaka..
ada banyak lagi..ngee ~
tapi nak buat macam mana, sabo ja lah
setiap hari lah aku tengok gambar kasut kalau dapat kira naseb ja

- THE END -







Friday 25 January 2013

Perempuan

Perempuan nih complicated kan?
ala-ala mengada gitu..
memang pun kan?
hoho ~
normallah kan? perempuankan manja
*manjalah sangat* ahaha ~

kalau dia sayangkan someone,
mesti dia bersungguh-sungguh nak ambil tahu pasal lelaki tu..
kau tak percaya ka? *apa ku kesah* :P

perempuan ni kan, dia suka orang caring pasal dia,
selalu ada dengan dia,
walaupun berjauhan, tak salah kowt kalau call sekejap walaupun 5minit
takkan lah busy sampai tak rehat kan?
mesti ada masa lapang walaupun sekejap..
# tapi tak perlu over sangat, sampai rimas kepala
*nampak tak, kemengadaan dia disitu?*
HAHA ~

perempuan macam budak-budak,
dia tak tahu apa yang tersirat
dia just nampak apa yang ada depan mata ja
kalau abaikan mesti dia ingat orang tu tak sayang dia, tak perdulikan dia..
*so lelaki-lelaki dekat luar tu, kena lah ambil tahu pasal perempuan ni..
awak rasa apa yang awak buat tu betul ka tak?*

selagi orang tersayang dekat dengan dia, selagi tu dia akan sayang
walaupun ada orang lain depan mata
*tak macam laki, kan?* :P

tapi perempuan akan hilang rasa sayang dekat orang yg dia sayang
bila orang tu jauh dengan dia
# bukan tinggal berjauhan, tapi tak endahkan dia
*kau tahu ka ada orang lain nak ambil kesempatan dia? 
tak tahu kan? sebab kau tak ambil kesah*
holahola ~

sebab tu perempuan sayang dekat orang lain..
maybe orang lain tu lebih caring pasal dia
*lelaki nih kan suka caring bila dia tak dapat lagi, tapi bila dia dapat abaikan*
# ada ka patut?

- THE END -

Tuesday 22 January 2013

Belajar Dari Kesilapan !

Dalam sebulan dua ni dah banyak kesilapan yg aku buat
aku ingat;
aku ni betul buat keputusan,
aku dah boleh fikir panjang,
aku boleh selesai masalah aku sendiri.

sebenarnya;
aku tak mampu nak buat keputusan dengan betul,
aku tak boleh fikir panjang pasal diri aku,
aku tak boleh selesai masalah tapi menyusahkan lagi orang lain.



banyak benda kita kena belajar
bukan setakat ilmu yang ada dalam buku,
yang kita belajar dekat sekolah or apa-apa saja la
tapi belajar macam mana nak menguruskan diri sendiri

kesilapan yang kita pernah buat tu
jadikan pengajaran, bukan hukuman untuk tebus semula
tapi kita kena usaha perbaiki segala kesilapan tu
dengan membuat sesuatu yang lebih baik
jika masih perlukan

cari jalan untuk perbaiki
bukan lari dari kekurangan yang diperolehi
semalam adalah kenangan, dan hari ini adalah kenyataan
guna peluang jika masih ada sekarang
jangan guna bila sudah terlambat


Siti Nabilah, awak kena terima seadanya
semua keburukan adalah keputusan awak sendiri
jangan salahkan orang lain..
jika awak inginkan something yang awak nak,
perbaiki diri awak dan berusahalah untuk memperolehinya
bukan biar ia terbang tinggi jauh dari awak 
dan jatuh ke tangan orang lain :')


Hope masalah ni selesai secepat yang mungkin..

-THE END-

Sunday 13 January 2013

Kaca dan Permata

kadang-kadang manusia ni keliru nak pilih
mana satu kaca and mana satu permata..
tak perlu salahkan takdir kalau sesuatu yg buruk jadi dekat kita
sedangkan kita sendiri yang buat keputusan..
semua yang buruk datang dari kita, and yang baik tu datang dari Allah

Aku sendiri pun taktau, permata mana yg betul
kaca ja banyak bersepah..
masa dulu mungkin ada permata depan mata aku
tapi sayangnya permata-permata yg aku ada tu dah hilang..

first, aku buang permata yg aku dah dapat
sebab aku rasa dia tak penting untuk aku..
second, permata tu makin lama, makin jauh dengan aku sekarang
and third, permata yg aku berharap dia akan datang
sepi tanpa berita..
*malangnya nasib manusia ni*

masa dulu permata-permata tu selalu ada dengan aku..
selalu happy, sedih sama-sama dengan aku..
permata ini jugalah yg selalu jaga and ubah kehidupan aku
bagi nasihat and tunjuk ajar bila aku diperlukan
*rasa-rasa aku boleh tak jumpa permata lagi ??*
mana dia menghilang ??
mungkin dia permata aku dari dulu sampai sekarang
tapi kenapa bila aku cari, dia takdak pun ?
sorry, sebelum ni tak selalu ambil tau and mungkin pernah lupa
tapi aku tetap sayang
I miss you, Abang Hishamuddin!
dia banyak bagi nasihat untuk aku
dia dah jadi seorang abang yg baik untuk aku
thanks ~ :')

- THE END -

Wednesday 2 January 2013

*JANJI*


tiba-tiba teringat pulak janji
janji-janji semua orang yang pernah terucap,
janji aku dekat orang, and janji orang dekat aku :)
yang dah tunaikan tu, aku nak cakap syukrun jidan !
*wah ! arabic pulak..ngee ~*
janji yang tak tertunai tu, mesti dah lupa, kan?
janji tu mungkin takkan ditunaikan..

btw, kat sini aku pun nak mintak maaf jugak lah..
mana la nak tau kan, aku ada janji dengan sapa-sapa, pastu tak tunaikan..
sorry ya, takdak niat pun..
aku ni kadang-kadang cepat lupa..
*oii ~ bukan nyanyok tau !*

susahkan kalau kita ada berjanji apa-apa..
bila tak tunaikan, boleh jadi seorang yang munafik..
kita dah janji dengan orang, lepas tu kita tak buat macam mana mulut kita cakap..
bak perpatah apa aku pun taktau lah, orang selalu cakap
- Cakap Tak Serupa Bikin -
HOHO


weywey ~
kalau aku ada janji apa-apa yang belum aku tunaikan,
kalau boleh ingatkan aku erk..
aku cuba tunaikan, insyaAllah ~
:)