◄ ツ

Monday 18 March 2013

Kejam ke??

kadang-kadang manusia tak sedar apa yang dia dah buat.. kita tak sedar kita dah sakitkan hati orang lain dalam diam.. mungkin itu bukan maksud kita nak buat benda tu, tapi sebelum jadi lebih parah kita kena elak dari awal.. tak ka macam tu?

kejam tak bila aku kawan dengan seseorang tapi bila diorang cakap suka dekat aku, aku jauhkan diri dari diorang semua.. agak kejamkan? bukan sekali aku buat benda ni, tapi dah banyak kali aku buat.. kadang-kadang rasa bersalah, and kadang-kadang rasa kesian.. aku dah cakap dekat diorang aku just nak kawan ja, taknak lebih dari tu.. tapi kenapa diorang sayang dekat aku? kenapa perlu couple? kan lagi bagus bila kawan ja.. perlu ka wujud cinta tu? =,=

*awak, bukan saya taknak bagi peluang dekat awak.. tapi saya taknak sakitkan hati awak, kalau saya terima awak tapi saya tak anggap awak macam mana awak anggap saya itu lebih sakit dari saya buat sekarang, kan? mungkin lagi sakit bila saya tinggalkan awak lepas awak dah betul sayangkan saya.. saya ni bukan seorang yang baik untuk jaga awak*

secara jujurnya memang aku bosan, sunyi sangat tak ada sapa nak kesah pasal aku and aku jealous bila tengok diorang seronok duk gelak-gelak.. memang aku nak seseorang datang take care pasal aku, aku nak rapat dengan semua orang yang ada dekat sekeliling aku tapi lagi rela duk seorang diri macam sekarang ni dari aku layan orang lain yang aku taktau apa perasaan yang ada dekat diorang.. mungkin perasaan itu di pendam, aku tak pernah tau yang diorang taruh harapan yang aku sayang diorang and aku lebih rela juga tak replay chat, text and whatsapp dari diorang semua sebab aku nak buang rasa sayang diorang dekat aku.. mungkin jugak bila aku saja-saja nak seronok dengan diorang dengan panggilan sayang or sewaktu dengannya boleh buat diorang anggap semua tu betul-betul dengan diorang, walaupun kata bergurau..

aku buat macam tu bukan sebab aku sayangkan sapa-sapa, tapi aku buat macam tu sebab aku taknak couple banyak-banyak kali.. aku nak limited kasih sayang yang aku ada and aku takkan keluar perkataan sayang tu lagi.. biar aku tunjuk sayang aku tu sendiri dengan perbuatan aku and buktikan yang aku betul sayangkan dia.. sesungguhnya aku dah tak percaya dengan kata-kata yang keluar dari mulut orang, kecuali dia buktikan apa dia cakap tu betul..
walaupun aku dah biasa kena marah dengan seorang lelaki sebab aku taknak bagi peluang dekat dia, aku tetap takkan couple..

*maafkan saya sebab buat macam tu, mungkin senang bagi saya untuk cakap semua ini dan susah bagi awak untuk hadapinya tapi itu cara saya.. bukan saya samakan awak dengan orang yang saya pernah kenal dulu, tapi saya taknak awak atau saya lebih sakit dari sekarang bila satu hari nanti kita betul-betul jumpa dengan orang yang lebih layak iaitu jodoh kita*

takada sapa-sapa dalam hati aku sekarang ni, cuma kenangan yang buat aku rindukan masa itu :)

-THE END-

Thursday 7 March 2013

Berusahalah :)

Usaha tanda kejayaan
berdiri di atas kaki sendiri, walaupun didampingi oleh orang lain, tak seharusnya mengikut keputusan orang lain untuk mengurus kehidupan kita sendiri.. kita tahu apa yang kita mampu buat dan apa yang kita inginkan.. takdir itu hanyalah yg terbaik untuk kita cuma keputusan yang salah punca keburukan terjadi..

aku baru ja balik dari kem belia PSP tiga hari dua malam dekat Lata Celak.. aktiviti tak lah best sangat banyak ceramah ja, biasalah Pusat Islam yang ada kan kem ni.. so macam tu lah aktiviti dia, kan? tapi masa hari last tu, depa buat jungle trekking.. ni first time aku pergi buat benda macam tu, seriously memang penat..tiga hari dua malam aku tak tidur *gedik sangat nak pegi..hoho ~* masa redah hutan tu, ya Allah aku memang manja siot.. *terasa mengada disitu..HAHA* faham-faham ja lah, aku ni geli dengan pacat-pacat ni..bila dia naik atas kaki tu, maka suara aku ja lah yang dengar..ngeee :D nasib baik ada kengkawan tolong buangkan.. mula-mula aku rasa macam nak patah balik ja, tapi aku terus jalan sampai ke atas.. dekat atas tu ada satu batang pokok dekat tengah-tengah dia kosong then air keluar dari tanah melalui batang pokok tu, ya Allah lawa sangat :) 
masa nak turun kena redah hutan kena bergayut lah, and redah sungai.. lepas dah redah sungai nak turun bawah dah takdak tenaga dah, macam nak pengsan air untuk kumpulan aku dah habis tapi aku berjaya sampai and salah satu orang yang sampai awal dekat tapak kem tu..
aku pergi kem ni sorang-sorang ja, member yang rapat dengan aku tak pergi pun

semua benda yang kita buat dalam dunia ni perlukan usaha..kita nak makan pun kena ada usaha 
kalau kita taknak buka mulut and angkat tangan, makanan tu takkan masuk sendiri dalam mulut kita, kan ?
sama juga kalau kita taknak buka buku and baca, ilmu tu takkan masuk dalam kepala otak
begitu juga berkawan.. nak berkawan dengan seseorang tapi kita tak dekati dia, macam mana dia nak kenal kita
then sayang, kalau kita dah sayang sesuatu tu, tapi tak jaga macam mana orang lain tak curi dari kita..

aku baru sedar, orang yang kita rapat tu tak semestinya dia akan ada selalu dengan kita, and orang yang paling jauh jari kita semestinya dia tak kesah pasal kita..
# bila orang yang aku harapkan akan tolong and ingat dekat aku tapi sikit pun tak kesah.. sedangkan orang yang aku baru nak rapat dekat sana, selalu tunggu and ingat aku.. selalu take care and pimpin tangan aku
nampakkan dekat situ mana satu kawan and mana satu lawan..
*takkan berharap lagi*

untuk percayakan seseorang ada tiga benda dengan hati, perkataan dan perbuatan
hati mesti jujur and ikhlas nak buat sesuatu, perkataan iaitu kata-kata kita kena cakap bahawa kita betul-betul nak buat sesuatu dengan bersungguh-sungguh and perbuatan perlu tunjuk apa yang kita cakap tu adalah benar, memang kita ambik tahu pasal sesuatu benda tu..
kalau takdak salah satu dari tiga benda ni, memang susah nak dapatkan kepercayaan dari orang lain

- THE END -