◄ ツ

Thursday 20 June 2013

Sem3!!

Saya Siti Nabilah bt Kamaruddin telah melapor diri di Politeknik Seberang Perai pada jun 2013
dengan ini, saya akan melanjutkan pelajaran saya dalam bidang Kewangan dan Perbankan Islam

balik dari mendaftar
Alhamdulillah, syukran-syukran :)
pejam celik, pejam celik sampai jugak aku sem tiga sekarang
walaupun tak seberapa kira ok lah kan, at least aku boleh jugak belajar
cuma kena banyakkan usaha
walaupun aku seorang yang pemalas, tapi aku rajin-rajinkan lah sedaya termampu..hoho :P



Aktiviti time cuti sem !


Kerja dekat Pizza Hut Aeon Seberang Perai dibahagian services selama sebulan
amat memenatkan bila kerja time orang dapat gaji, weekend tambah-tambah lagi public holiday
Ya Allah, rasa macam nak halau semua orang keluar kedai tu..
tapikan paling best bila kerja hari senin sampai jumaat time orang semua sekolah and kerja..
time tu tak payah nak buat kerja sangat, ibarat kedai tuh tak laku..
tadak orang nak mai makan, tunggu sampai mengantuk

pizzahut takda stok baju, terpaksa pakai

hangout with staff PizzaHut pergi main roller skate
banyak kali jatuh, memang sedap bila sampai berdarah..
ganas sangat..hoho :)





selain tu, time cuti aku ni rajin duk teman orang keluar sana-sini
ajak ja nak pergi mana, semua boleh..ngee~

hah~ ni keluar tanpa diduga
aku pergi jusco sorang-sorang then berjumpa dengan Apek nih
alang-alang dia nak keluar dengan Kembar dua orang nih, dia ajak aku join sekali
hee~ best lah jugak jalan-jalan dengan depa..
Idwan ni baik hati belanja McFlurry dengan BigApple :)
Then kami pergi karaoke jamban !



Lagi-lagi dan lagi ?
haah~ tak buat apa dah, pergi dating ja
jadi suri rumah lepas resign PizzaHut
and kerja tidur dan online :)

-THE END-