◄ ツ

Wednesday 1 May 2013

Terima Kasih :)

Saya nak berterima kasih dekat awak, atas apa yang awak pernah bagi kepada saya.. saya tahu awak seorang yang baik dan ikhlas buat untuk saya.. awak dah banyak ubah saya menjadi seorang yang lebih baik daripada sebelum kenal awak.. awak juga pernah korban duit dan masa untuk bersama dengan saya.. awak juga telah banyak memberi nasihat dan mengajar saya untuk jadi seorang insan yang berguna pada masa sekarang.. terima kasih sangat-sangat

kebaikan yang ada dekat diri awak membuat saya rasa sayang dan ingin terus bersama awak.. tapi semua itu telah berlalu, dan awak takkan datang dekat saya lagi lepas ni.. awak, saya tak boleh lupa atas apa yang telah menjadi kenangan antara kita dua kerana saya selalu berada di tempat kenangan itu terukir.. setiap kali saya lihat tempat itu, saya teringat dekat awak dan semua yang pernah kita janji dulu.. berat bagi saya untuk hapuskan semua itu, tapi mungkin awak tak pernah ingat semuanya atau mungkin awak dah lupa apa yang pernah jadi.. saya tak kisah, sebab saya tahu awak sedang bahagia di sana..

saya akan pergi jauh dari awak, dan mungkin takkan kembali lagi.. sebab saya taknak ganggu hidup awak lagi tapi saya tak pernah berhenti memuji awak sehingga sekarang.. kerana saya bangga dengan awak.. awak adalah sebaik-baik manusia yang saya pernah jumpa.. saya tahu, awak cuba nak puaskan hati semua orang dalam satu masa, sampai awak sanggup buat apa saja demi orang lain walaupun awak tak terdaya, tapi awak cuba buat yang terbaik..

saya tak pernah menyesal memberi sayang saya dekat awak, walaupun sayang itu tak bermakna bagi awak.. saya tahu saya bukan yang terbaik untuk awak, sebab itu lah saya biarkan awak pergi kerana saya tahu ada yang lebih baik untuk awak untuk awak hargai dan cintai.. mereka boleh jaga awak lebih baik dari saya..

memang saya sakit, tapi itu salah saya.. sebab saya terlalu berharap dan meletakkan kasih sayang itu terlalu tinggi untuk awak.. sepatutnya saya perlu kawal perasaan itu, supaya bila saya jatuh, tak terasa sakit yang dalam.. sesungguhnya mereka lebih layak untuk awak.. orang yang baik, untuk orang yang baik.. saya tak sebaik awak untuk memiliki awak, taraf kita tak sama.. kedudukan awak lebih tinggi, sedangkan saya hanya sorang yang jahil..

saya takkan lupa setiap nasihat yang awak beri kepada saya masa dulu, kerana saya buat untuk perbaiki diri saya supaya dapat dekat diri saya dengan Nya, bukan kerana saya takut dengan awak.. tapi saya tak tahu selepas ni siapa akan beri nasihat dan ingatkan saya, atau mungkin takkan ada orang nasihatkan saya macam mana awak pernah buat dekat saya..

Terima kasih banyak-banyak.. awak jangan toleh kebelakang lagi ya, sebaiknya awak terus berjalan ke hadapan dengan dia sampai ke syurga :) InsyaAllah~ saya akan berusaha untuk bangun sendiri, tanpa kehadiran awak atau siapa-siapa, walaupun selalu jatuh tersunggur dan susah bagi saya.. tapi saya akan kuatkan semangat saya macam mana awak pernah bagi semangat dekat saya masa dulu :D