◄ ツ

Wednesday 14 August 2013

Tak Perlu Ungkit

Tak perlulah ungkit kisah lama, biarlah dia nak berkawan dengan sapa saja, samada kawan-kawan lama atau orang yang dia pernah sayang dulu.. 

Orang itu yang pernah buat dia tersenyum dan menagis.. Pasti awak jugak akan buat dia bahagia dan kecewa mungkin dengan cara yang berbeza.. Manusia ni tak sempurna, dia perlukan orang lain untuk sama-sama sempurnakan dirinya.. Orang itu yang selalu membantu kalau dia dalam kesusahan sebelum awak kenal dia.. Orang itu jugalah pernah korbankan apa saja untuk dia sebelum awak..

Ingat sebelum awak hadir dalam hidup dia, orang itulah yang selalu jaga dia untuk awak.. Kalau bukan kerana dia, awak mungkin tak akan dapat insan sempurna seperti dia sekarang.. Sikit banyak, pasti orang itu pernah perbaiki kekurangan yang ada dekat dia.. Orang itu jugak bersusah payah untuk jaga perasaan dia sebelum awak..

Awak belum kenal sepenuhnya tentang dia,
awak belum tahu macam mana perangai sebenarnya dia,
Awak belum tentu kenal asal usul sebenarnya dia, 

Orang itu telah banyak mengajar dia untuk erti kehidupan sebenarnya.. Pengalaman yang ada antara orang itu dan dia akan membuat dia lebih dewasa and boleh buat dia berfikir secara matang.. Disebabkan pengalaman yang ada jugak akan ajar dia supaya selalu berfikir panjang sebelum membuat keputusan..

Mungkin awak lebih bijak dalam ilmu pengetahuan, tapi itu tak akan boleh buat kita berkembang kalau tak ada pengalaman.. Sama seperti orang yang bekerja, orang yang mempunyai pengalaman lebih cekap membuat kerja berbanding orang yang kurang atau tak pernah ada pengalaman.. 

Jangan ingat kita selalu betul.. Kalau benar dia sayangkan awak, pasti dia akan selalu jaga dan hargai awak walaupun sapa yang ada di depan dia, dia akan tetap agungkan awak lebih dari orang lain.. Kalau dia masih mempunyai perasaan dengan orang itu, pasti dia takkan datang dan merayu supaya awak jadi milik dia..

Awak perlu bangga dengan dia, kerana dia dah mula hargai dan bangga dengan awak sampai dia rela bagi tahu semua orang yang awak milik dia.. walaupun bukan dari segi perbualan, tapi dia boleh sebarkan dekat orang lain melalui pujian, tulisan atau gambar dekat laman sosial..

Gambar aku and dia ada dalam instagram, bangga kowt..
Thanks awak :D

-THE END-

Monday 12 August 2013

Eh! Tak Sedar

kadang-kadang kita tak sedarkan, sebenarnya kita ni memilih tak kiralah sama ada dalam mencari pasangan, kawan or apa-apa ja.. Hari ni kita fokuskan memilih dalam hubungan.. Kita selalu cakap, tak kisah macam mana pun asalkan dia baik and ikhlas dengan kita.. Tapi kita sedar tak, sebenarnya kita sedang mancari orang yang lebih baik and setaraf dengan kita..

Buktinya, bila kita jumpa orang yang lebih cantik/handsome kita pilih orang yang cantik/handsome tu, kononnya awak bajet cantik/handsome sama macam orang tu then tinggal orang yang pernah kita sayang dulu.. Benda ni selalunya jadi dekat orang berCINTA.. Alasan selalu bagi sebab orang tu layan kita baik and selalu buat kita happy, take care pasal kita.. 
*Abes tu orang yang awak sayang dulu tu layan awak tak baiklah? Tak pernah take care pasal awak?? dah tahu macam tu kenapa awak sayang dia dulu-dulu??? Awak tu ada ka layan dia tu sebaik awak layan orang baru kenal tu????*

Next, orang yang kaya nak orang kaya jugak.. memang tak semua macam ni, tapi ada dekat muka bumi ni.. kadang-kadang tu bukan kaya sama kaya pun, tapi disebabkan kita ada seorang kawan yang kaya lupa dengan kawan yang lain.. benda ni tak kira samada jadi antara kawan dengan kawan or orang yang bercinta pun ada.. tak percaya ka? Cuba tengok, berapa ramai orang yang tengah bercinta ni putus sebab duit.. Bila kita jumpa dengan seorang lagi yang berduit dari yang dulu, orang tu boleh bagi macam-macam, kita dah mula sayang dengan dia.. Tak rasa ka yang dia tu boleh beli senang-senang ja hati kita? Nanti bila dia dah jemu, dia buat dekat orang lain pulak, tinggalkan kita ni sorang-sorang.. Bukan semua macam ni, tapi berhati-hati

Benda ni, tak semestinya maksud memilih tu pilih yang kaya and cantik saja.. Cara lain pun ada salah satunya orang yang pandai selalu nak pasangan sama pandai.. Bila pasangan kita tak mampu ikut macam kita, kadang-kadang ada yang hina.. walaupun bukan masa sekarang tapi masa akan datang.. Memang kita nak dia berubah lebih baik dari yang ada, tapi tak perlulah mengutuk.. Kalau selalu bagi semangat and puji setiap apa yang ditingkatkan insyaAllah dia akan berusaha sama macam kita.. Benda ni selalu jadi dekat orang bercinta kalau salah seorang sambung belajar, bila dah jauh and jumpa dengan orang dekat sana, eh! terlupa pula ada orang tengah tunggu dia dekat kampung sana, kan?? 
*Kenapa? sebab dia tak pandai macam awak ka? Kesiankan dia, sapa suruh malas nak belajar.. Awak tu ingat tak dia tu jugak selalu tolong awak dulu-dulu masa dekat kampung? And dia tu jugak yang awak selalu sayang sebelum awak jumpa orang baru*
Kadang-kadang dia sanjung kita lebih tinggi dari sanjung diri dia sendiri, cuma kita tak nampak.. 98% jadi macam ni, ramai aku dengar cerita pasal benda ni..

selain dari tu, kita selalu ja nak orang yang baik-baik untuk kita, kan? Yalah, sapa taknak.. Tapi setengah orang tu sampai ter-over pulak.. Bila dia jumpa orang yang lebih baik and kita rasa sempurna terus tinggal orang yang selama ni ada dengan dia.. Kenapa erk?

Orang selalu cakap "terima seadanya" kan? Tapi bila dia ada kekurangan sikit ja, kita dah cakap pasal dia.. Kita cakap dia ni itulah, inilah, bla bla blaaa~ bila jumpa orang lain yang lagi sempurna dari dia, banding-bandingkan.. kata TERIMA SEADANYA! apa benda macam tu?

salah ka kalau kita ubah dia supaya lebih baik? kata sayang, kenapa kena mengata? Dia pun ada perasaan jugak, dia pun nak terbaik untuk diri dia and dia nak sama macam kita.. mungkin cara dia tak sama dengan kita.. kita sendiri pun ada kekurangan, cuma kita tak nampak kekurangan sendiri.. Entah-entah lagi teruk dari din, kan??

Banyak sebenarnya kalau ikutkan, semua benda manusia ni memilih cuma tak perasan ja apa yang kita buat.. Tapi bila kita fikir-fikir balik, banyakkan kita dah buat orang sakit.. Semua benda tu tak sedar, sebab bukan kita rasa..

-THE END-