◄ ツ

Sunday 30 December 2012

Ego Menguasai Diri

Sesuatu yang sebati dalam hidup kita, susah nak hapuskan :)

serr ~
nak cakap macam mana taktau,
bila ada peluang depan mata, rasa-rasa peluang tu akan dihargai ka tak erk ??
# kalau hang, hang nak lepaskan jugak ka?
susah betul nak puaskan hati semua orang..
tambah-tambah lagi bila dipaksa, kan?

perlu ka aku berusaha buat something yang patut??
or duduk diam-diam, and tunggu apa yang jadi
*nak buat apa erk??*
kalau aku duduk diam-diam,
nanti bila peluang dah takdak aku baru menagih pulak..
tapi kalau aku buat something, aku taktau nak buat macam mana..
kalau orang tu tak sudi macam mana??
manalah nak tau, dah tak suka
# sat lagi jadi syiok sendiri pulak..
kalau lah boleh tau apa yang orang lain rasa, kan best..


tapi takpa lah,
buat masa sekarang ni kita wait and see..
kalau betul, dia taknak berjuang aku boleh angkat kaki..
holahola ~

aku memang suka berangan, kan??
ahaha ~
menggongnya SitiNabilah ni..
tak mustahil :P


Saturday 29 December 2012

No Capital !

Kali ni nak story about what??
aku pun taktau nak cerita macam mana..
aku sendiri pun taktau apa yang aku rasa sekarang ni..
kadang-kadang rasa tenang,
kadang-kadang boring,
kadang-kadang teringat something,
kadang-kadang itu ini,
berapa banyak kadang-kadanglah..
hoho ~

aku baru approve sorang mamat ni dekat FB,
dia tu budak PSP, sewarga dengan aku..
dia kenal aku pun maybe pernah sekodeng aku kowt dekat Poli..
aku pun taktau lah..
dia ni ada hati dekat aku and aku pulak single..
so dia mengharapkan sesuatu dari aku..
aku taktau nak cakap macam mana dekat dia..
sebab aku ni susah nak terima orang, kalau setakat kawan tu no hal lah..
kalau nak bercinta-cinton ni susah sikit..
tambah-tambah aku baru kenal dia, aku bukan tau pun pasal dia..
aku tak kata lah dia jahat, tapi berhati-hati..
tak salah kan?
lagi pown aku rasa tak sampai waktu lagi aku nak bercinta dengan sapa-sapa..
tapi dia cakap, dia akan tunggu aku..
perhhh ~ ayat tak boleh blah sekali !
aku selalu dengar ayat tu, tapi sama ja tak tunggu pun -,-"
mintak-mintak dia jumpa orang lain lah nanti.. aminn ~
ahaha ~ :D

masalah utama aku sekarang ni,
aku bukan jenis yang patah tumbuh, yang hilang berganti..
perlu ka aku lupa semua tu?
aku taktau apa yang aku nak buat..
peluang yang ada depan mata aku dulu, aku dah musnahkan..
kenapalah aku tak juangkan masa dulu..
bila dah takdak peluang, baru tercari-cari..
tapi nak buat macam mana, masa mengubah segalanya..
hadoiyy ~

perlu ka aku buka peluang pertama, and lupakan peluang kedua??
oh shit !
aku takmau lagi, belum tiba masanya aku nak couple..
mungkin coming soon..


Saturday 8 December 2012

Jodoh Siapa Tahu

Aku tidak pernah memilihmu untukku, tapi Allah Azza wa Jalla yang memilihmu untukku..

aku tidak pernah mengharap mencintaimu, tapi ALLAH Azza wa Jalla telah menundukkan hatiku untuk mencintaimu..

aku tidak pernah bermimpi untuk mendamping
imu, tapi Allah Azza wa Jalla yang telah menunjukkan jalan hidupku untuk mendampingimu..

aku juga tidak pernah berharap menanggung rasa ini atas cintaku padam
u.Tapi ALLAH Azza Wa Jalla yang telah memberi rasa ini dan harus ku tanggung atasmu..

itulah aku adanya. .Tidak pernah kurasa untuk mengatur hatiku sendiri. . .Karena sang Pemilikku yang telah mengaturku dan menentukan bagaimana ku berbuat.


Aku tak mintak seorang jutawan untuk bahagiakan hidupku
Aku tak mintak seorang handsome untuk orang puji setiap hari
Aku tak mintak seorang yang bijaksana untuk mengatur semua jalan hidup aku
Aku tak mintak seorang sempurna untuk sempurnakan hari-hariku
Aku tak mintak seorang ustaz untuk mendampingiku


Tapi aku berharap, ada seseorang akan datang
yang boleh beri segala keperluan aku
yang boleh menjaga aku bila berdekatan dan berjauhan
yang boleh terima kelebihan dan kekurang aku seadanya
yang boleh bahagiakan aku bila aku sedang sedih
yang boleh berkongsi suka dan duka bersama-sama
yang boleh tunjuk ajarkan aku bila melakukan kesalahan
yang boleh bimbing aku bila aku tersilap langkah
yang boleh ubah hidup aku menjadi lebih sempurna
yang boleh ikut perintahNya untuk bawa aku ke jalanNya
hanya cukup sedap mata memandang


# mudah-mudahan aku dapat jumpa orang macam ni :)
amin ~

Thursday 6 December 2012

Thanks !

Tinggal kenangan

Masa mula-mula aku kenal, aku jual mahal, 
aku tak endah apa yang dia buat..
kesiannya, maafkan saya..
takda niat nak buat macam tu..

bila dah lama, dah kenal rapat..
aku cuba terima apa seadanya..
alhamdulillah aku terbuka pintu hati..


tapi sekarang, bila semua dah bahagia
dah jadi sebahagian dari hidup aku and family aku..
aku terpaksa lepas semua tu..
sebab aku tak boleh halang orang lain nak buat something yg diorang suka..
aku cuba kuat kan diri, walaupun asalnya aku tak rela and tak percaya..
tapi aku terima hakikat bahawa kebahagiaan itu bukan milik kita..
tak semua yang kita rancang akan menjadi
kadang-kadang kita kena berkorban apa yang ada..
buka sebab kita benci or buang apa yang kita ada,
 tapi sebab kebahagian yang akan datang..

setiap perkara yang berlaku di muka bumi ni, ada hikmahnya..
aku kena terima apa yang dah berlaku..
tapi aku taktau jauh mana aku nak tahan semua ni..
rasa kekosongan yang wujud dalam hidup aku,
aku dah tau jawapan sebenar..
taktau macam mana nak cakap..
tapi memang sakit..

3years, 11months, 3weeks and 3days
- THE END -


Wednesday 5 December 2012

Hidup Tak Selalu indah

kadang-kadang dalam hidup ni kita kena banyak berkorban..
tak kira demi orang yang kita sayang mahu pun orang yang kita benci..
kehidupan di dunia tak selalu indah, kerana kebahagiaan tu bukan milik kita..
mungkin sekarang kita bahagia dengan orang yang ada di sekeliling kita..
and mungkin kita kecewa dengan apa yang ada di sekeliling kita..

jangan riak dengan apa yang kita ada sekarang, bersyukur dengan apa yang kita ada..
jangan tamak untuk mencari sesuatu yang lebih sempurna, kerana kita boleh sempurnakan kekurangan yang
kita perolehi dengan berusaha..
elak dari apa yang boleh menyakitkan hati orang lain, untuk hidup lebih tenang
jangan berdusta dengan apa yang kita janji, kerana itu akan membuat orang tidak percaya dengan kita..
tak perlu cari orang untuk sayangkan kita, kalau semua itu memaksa persaan orang lain..
tak perlu halang orang lain dari melakukan sesuatu, kerana mereka akan halang diri mereka sendiri, jika mereka tak suka..
tak perlu sayangi dua manusia dalam satu masa, kerana itu akan merosakkan kebahagiaan yang telah kita bina..
hargai apa yang mereka telah korbankan, kerana mereka lebih ikhlas dari kita..

guna segala peluang yang diberi pada kita, untuk berubah menjadi lebih baik..
jangan abaikan apa yang ada depan mata, tapi jadikan pengajaran melalui keburukan yang telah berlaku..
walaupun sukar untuk membuat keputusan, pilihlah dengan bijak dan pantas..
jangan buat orang lain tertunggu-tunggu dengan apa yang kita janji, jika kita tak boleh tunaikan..
luahkan semuanya apa yang kita rasa supaya tidak menyakitkan hati orang lain dengan lebih parah, kerana itu lebih baik..

walaupun perit bagi kita untuk teruskan semuanya, ingat ada satu hikmah yang berlaku atas semua kejadian..
semua orang taknak yang buruk atau mengecewakan terjadi dalam kehidupan..
tapi itu adalah dugaan untuk kita..
jangan salahkan mereka, kerana mereka memberi kita sejuta rasa..

Wednesday 28 November 2012

Kosong !

hai ! :)
nak tanya nih,
ampa pernah tak rasa kosong dalam hidup?
kalau pernah rasa, ampa buat macam mana erk ??
boleh kongsi kat aku sikit ???
please ~

hidup aku sekarang rasa kosong..
*kosong, kosong, kooosong !*
tak macam lagu Najwa Latif tuh, lagu dia tuh lagu rancak..
lagu aku nih, lagu hujan berderai kat muka..
hoho ~
masalah aku sekarang nih, aku nih kuat menangis..
kenapa erk?
aku pown tak tau kenapa selalu jadi macam tuh..
nak kata hati lembut ?????
ahaha ~
tak lembut pown, kadang-kadang keras kematu jugak..
tapi kenapa jadi macam tuh..
.
aku dah buat macam-macam nak buat nak bagi aku happy..
happy takat dua, tiga minit ja lah..\
lepas tuh, hujan emas di muka sendiri..
ingat tak sakit kowt bila nagis..
gila, rasa macam nak tercabut mata aku taw..

kenapalah aku suka berharap dekat orang ?
padahal aku dah tau semua tuh takkan terjadi pown..
terasa diri syok sendirikan..
holahola ~~

setiap tahun aku tunggu bila nak ada something yg lain dari yang lain..
setiap bulan aku tunggu bila semua yang aku ada akan berubah..
setiap hari aku tunggu bila lah akan ada something yang bahagia takkan aku lupa..
setiap saat aku tunggu, bila lah ada someone akan buat aku gembira..
SELALU SAMA !

apa yang sebenarnya aku cari pown taktau..
maybe, aku perlukan someone..
tapi aku taktau sapa hamba Allah tuh..
kenapa dia tak ada depan aku sekarang ?
dia tak tau ka, aku tengah tunggu dia..

ggrrrhhhh ~
hati aku tak tenang kowt..
otak aku boleh jadi gila..
tunggu masa ja ambulans nak mai ambil bawa pergi tanjungg rambutan..
oh, shit !
*kalau duk sana, kerja makan rambutan ja lah*

- The End -

Saturday 24 November 2012

Byebye sem1, Hey sem2

Holalola ~
I'm back :D

Selama aku duk dekat PSP, takdak masa nak layan blog-blog pelbgai..
bukan takdak masa sebab apa
kat sana aku 24jam berkepit dengan member-member
so bila aku sedih tak terasalah sangat..
ampakan suka kata, bila aku ini sedih baru nak update..
hoho~

weywey ~
aku nak cerita nih..
seronok kowt bila duk kamsis, boleh lepak dengan member..
masa mula-mula tuh, tak best sangatlah..
tapi bila dah lama, ramai yg dah kenal so boleh buat geng..

yang tak bestnya, aku tak rapat dengan budak kelas aku..
sedih meh, budak kelas aku macam tak bergaul sangat..
budak perempuan dengan puak-puak depa, pastu budak laki dengan puak-puak depa..
so tak meriah meh kelas aku..
lagi satu, budak-budak laki kelas aku macam alim-alim sikit..
besalah nama pun kelas ISLAMIC banking, so depa pin jadi islamic jugak kowt aku rasa..
hoho ~

BTW aku rapat sangat dengan budak Accountacy..
depa tuh semua classmate kepada roomate aku..
aku pown taktau macam mana aku boleh join dengan depa..
depa memang terbaik pown..
kami ada lima orang perempuan and lima orang laki..
Aku. Izzati, Jannah, Ara, Anis, Amir, Ammar, Azril, Acap and Naim

Amir ? dia nih ada 5ISTERI..
1-ARA, 2-IZZATI, 3-JANNAH, 4-SITI NABILA (akulah) 5- ANIS
tamak kan ? hoho ~

bini-bini AMIR :)

Azril pulak budak Machi, BF Jannah a.k.a SUAMI aku and izzati..
aku bini no2, zati bini no3.. ahaha ~
* saja gedik-gedik nak bagi Jannah jealous*

Ammar nih costmate aku..tapi sayang kelas lain-lain..
Dia selalu jealous dengan Amir, sebab takdak sapa nak jadi bini dia..
ahaha ~ :P

Tiap-tiap hari nak makan malam, kami order nasi goreng makan kat cafe sama-sama..
syiok kowt kalau nak taw..
belanja, selalu tukar-tukar makanan, sorang mintak sayurlah apa lah maca-macam..
yang pasti makanan aku selalunya akan dihabiskan oleh Amir..
hoho ~

petang kalau takdak buat apa, kami lepak dekat tasik..
best lah jugak.. hoho ~

 - TASIK PSP -

Jalan-jalan sebelum final exam..
best kowt, pergi TAMAN RIMBA bermandi manda..
ampa terBAIK



kalau nak cerita takkan habis kowt..

I LOVE THEM SO MUCH !!

Friday 19 October 2012

Tension doe !

HhuUWwaAHh !!!~~
stresSSss doe !!

dah lah na final exam dah..
tapi
MARKETING aku still kosong lagi dalam kepala otak nih,
ECONOMY selalu confuse,
STATISTIC aku selalu careless,
and ACCOUNT selalu terlupa..
* apa ni siti nabilah, kenapa jadi benggong sampai macam nih..
buat betul-betul sikit *

lepas tu,
PANDA [ego LC] aku accident pulak tadi, kesian moto aku..
# nasib hang lah moto oii ~ dah lama aku tak naik, sekali jumpa bagi kaw-kaw lah.. :P
btw kesian jugak kat duit kan, sebab kena keluar pergi repair lampu yg pecah tuh..
# nasib ada mak aku, boleh support..
thanks mummy :)

satu lagi,
yang sadis nya, orang tu cakap macam gempang..
aku tau dia ada orang boleh buat dia bahagia..
and dia suka kat orang tu..
boleh text and call-call selalu..
sayang-sayang, merajuk, mintak kiss pelbagai
sweet sangat !
sebab tu semua aku buat tak betul kan ?
sampai tak larat nak layan perangai aku dah sekarang..
# kalau nak cakap ja lah, tak payah susah-susah nak salah kan orang lain.. aku tau semua lah weh
* nasib orang yg suka pendam-pendam jadi macam ni lah kan ?
so padan muka hang lah siti nabilah oii *
bak kata oranger : aku terima, aku redo

ada lagi baq hang ~
sorang hamba tuhan ni..
aku dah bagi pinjam barang tu agak-agaklah nak buat macam barang sendiri pown..
aku punya pendrive tu..
* bongok nya siti nabilah, sapa suruh bagi pinjam *
ingat aku saja-saja ka nak simpan gambar-gambar and semua document-document dalam tu ???
aku sayang gambar semua dalam tu weh..
awad hang delete semua, biaq tinggal folder-folder hang ja ??
# mana aku nak cari semua gambar-gambar dalam tuh weh ??
gambar tu tempat aku lepas rindu kat budak-budak GM..
masa aku buka semua tu, aku nak nagis hang tau tak ? 
nasib ada orang ramai ja, aku tahan semua..

next,
ada pulak budak kat FB ni, nak ambil kakak angkat pelbagai..
nak dijadikan cerita,
dia cakap kat aku
bahawa sa nya dia ni laki, tapi nak jadi perempuan..
# macam-macam jenis aih, yang pelik-pelik nak mai pown..
* buat semak kepala otak hang ja siti nabilah oii *

taktau lah nak kata apa..
lain kali pulak kowt aku sambung lain..
hoho ~

bye bye !

Sunday 16 September 2012

Sebelum nasi jadi bubur

hey ! :)
lama ta update kan..
hoho ~
aku malas nak update doe..
bukan busy, tapi takdak cerita nak story..
btw hari ni aku ambil tajuk sebelum nasi jadi bubur..
napa erk ???

hampa tau ta, kenapa orang yg couple2 tuh boleh curang or cari orang lain
walaupun depa kata depa sayang dekat couple depa ??

ce ampa tengok apa yg kita dah buat dekat orang, sampai depa cari orang lain..
# aku pun pernah jadi kowt..ahaha ~ okey abaikan

punca utama, kita buat taktau dekat depa..
hey ! ampa taktau ka berapa ramai yg selalu ambil perhatian dia ??
ouch ~ memanglah dia sayang ampa
tapi ada orang lain selalu cucuk-cucuk slow2..
mula-mula kawan, gadoh pelbagai..
jadi geram, pas tuh gedik-gedik
lama-lama boleh jadi suka kowt..

walaupun kawan, kalau setiap hari together..
maw tak suka ?
sapa tak suka weh ?
aku pun suka..hoho :P

walaupun tak kenal, tak pernah jumpa..
kalau hari-hari contact, setiap saat antar message..
manusia mana yg taknak orang take care pasal depa??
ce habaq mai sikit...

walaupun tak banyak perasaan tuh datang, tapi mesti ada sikit rasa sayang nak tinggalkan depa yg selalu take care pasal kita, kan ??

nanti bila dia dah suka, sayang and jatuh hati kat orang lain sapa yg merana ?
jiran sebelah rumah ka weh ??
takkan ??? ampa jugak kan ?

so moral of story hargai setiap saat yg dia dah korbankan untuk kita..
walaupun sekejap, tapi bermakna...
jangan abaikan mereka yg kita sayang, kita taktau berapa ramai yg suka dekat dia..
and banyak mana dia boleh sabar dengan kita.. :)

Friday 27 July 2012

Teman baru di PSP:)


10 Julai 2012, sah bahawa aku telah jadi rakyat Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang..



minggu first aku kat sana memang boring..
btw aku tengah cari kawan, cuba untuk ramah dengan semua orang..
al-maklumlah aku ni tak reti nak mula sembang dengan orang dulu..
naseb baik lah ada juga yg mau kawan dengan..
ngee ~

ni roomate aku..
nama dia Izzati bt Ismail <3


otak dia memang gila-gila kowt..
sembang ja malu, tapi bila dah kenal,
rancak ja dia.. huhu ~
tapi dia baik kowt..
ta rugi aku dapat roomate dengan dia :)


yg ni pulak ?
Farhanah <3
aku taktau nama penuh dia..
ahaha ~
# sorry anna, besalah kan baru kenal XP

aku suka kawan dengan dia :)
dia ni cakap bahasa penang dengan ipoh..
anak mami oii
huhu ~


Yang ni member SMKGP dulu..
nama dia Siti Hajar bt Mohd Akhir :)



then, membe kelas 5Perakaunan dulu
Nurul Jannah bt Moktar


depa ni duduk sebilik..
yg kiri tuh, satu kelas dengan aku..
Diploma Islamic Banking - 1A
nama dia Atiqah Nur Raihan bt Azhar..

tengah pulak member SMKGP
diberi nama Nur Farhana bt Mustaffa..
panggil kakna..

ni gambar masa orentasi, otak kami sekepala..
tambah-tambah lagi otak si Izzati tu, memang gila..
ahaha ~ :P


ni bajet muka ayu..
ahaha ~ XP



perangai gila semakin menyerlah disitu :P

si hajar ni, time nak beratur masuk dewan pown dia still sempat na snap..
macam ni lah rupa gambar tu..

Poli briged

dalam Pusat Islam pown boleh jadi dengan depa ni..


Saturday 7 July 2012

Mereka terhebat ! :)

nak story pasal someone ni..
benda ni bukan nak ungkit or apa-apa lah kan..
tapi aku belajar sayang and hargai orang lain dari dia..
sebenarnya banyak benda yg depa dah mengalah sebab kita
tapi kita yang tak nampak..


dulu-dulu aku tak pernah cuba nak faham hati orang lain
sebab aku rasa semua aku buat betul and tak pernah tanya apa yang dia rasa..
# sekarang aku cuba nak faham hati orang lain, 
tapi aku taktau macam mana faham depa


dulu-dulu aku selalu merajuk and tak pernah pujuk kalau aku buat dia sakit hati..
sebab dia selalu pujuk aku, sedangkan dia tau tu bukan salah dia..
dia buang semua kesalahan yg aku buat..
# aku cuba jadi macam dia sekarang, 
tapi aku tak boleh sabar macam dia


dulu-dulu buat sesuatu tak pernah fikirkan perasaan dia..
sebab aku tau, dia akan maafkan aku and selalu ikut apa kehendak aku..
# sekarang aku cuba nak maafkan and ikut kehendak orang lain, 
tapi makin lama aku buat lagi menyakitkan hati orang


dulu-dulu dia cuba buat aku bahagia..
aku tak pernah hargai apa yg dia buat and selalu harap dia buat lebih dari tu..
# sekarang aku nak buat orang lain bahagia, tapi susah untuk aku..
sebab aku taktau macam mana cara nak bagi orang bahagia


dulu-dulu dia selalu mengalah dengan perangai aku yg buruk tu..
tapi aku tak kisah pun apa yg dia buat, sebab aku tak nampak kebaikan dia..
# sekarang aku nak jadi macam dia, tapi aku tak sehebat dia


kita tak pernah nampak apa kebaikan dan pengorban mereka untuk kita,
sebab kita selalu nampak kesalahan dia selalu buat..

thanks awak :)



Friday 6 July 2012

tutti frutti



best hari ni, selepas lama aku tak keluaq dengan membe2..
hari pergi mentelaah tutti frutti with Shafiq Ismail :)
adeq aini ? missing :'(
tak boleh nak snap sekali dengan dia..

flowers

flowers
kan lagi best kalau <3 aku ada sekali..
teringin nak pergi makan dengan dia..
tapi nak buat macam mana, dia takdak..
so aku aku sorang ja lah pergi makan..
law pown sekejap, tapi lega..
sebab dapat makan tutti..
sedap, sedap :D

Wednesday 4 July 2012

Senyum :')




kena buat muka macam kat atas tuh bila jumpa orang, walaupun hati ni sakit ?
huh ~
terseksa kowt..
kenapa jadi macam tu ?
demi kebahagian orang lain kowt..
biar ja lah depa nak buat apa pown..
kalau cakap pown bukan ada sapa faham pown, kan ?
depa dah tau kesalahan depa yg terang-terang tuh..
nak cakap buat apa lagi..
semua boleh fikir sendiri..
kalau time orang lain buat kat depa tau pulak marah..
kata macam-macam.
depa buat tapa lak, bagus ja..
takdak salah kat mata orang lain..
punyalah syiok..
nanti bila cakap banyak kita pulak yg salah, lagi tambah sakit hati..
better diam ja lah kan..
tapi lama mana sangat aku nak tahan ?
tak boleh kowt..
tak kuat nak tahan benda ni

Monday 2 July 2012

Dugaan

hey !
lama aku tak update kan ?
takdak ceritalah nak kongsi..
tapi sekarang nak luahkan perasaan sikit..
ngee ~
biasalah, setiap manusia ada suka duka masing-masing..
kadang-kadang kita di atas dan kadang-kadang kita di bawah..

Sejak dua tiga hari ni aku rasa sunyi sangat..
taktau lah seba apa
mungkin sebab aku duduk dekat rumah lama sangat
sebab tuh jadi boring taktau nak kata kan..
ngee ~

aku rasa sekarang ni macam orang semua dah tak ingat dekat aku dah..
semua dah ada jalan masing-masing..
pakat-pakat busy, aku ja duduk kat rumah tak berjalan mana-mana lagi..
tunggu poli lambat sangat..

Ya Allah,
aku kuatkan lah hati aku, untuk hadapi segala dugaan ini..
sedih sangat, kenapa semua orang buat aku macam ni..

kenapa aku tak pernah diutamakan ? orang selalu belakangkan aku..
kenapa orang lain tak pernah sayang aku macam aku sayangkan depa semua ?
kenapa depa tak ingat dekat aku macam aku selalu ingat dekat depa ??
kenapa orang lain tak pernah nampak perngorbanan kita buat ???

setiap apa yang aku buat, selalunya salah dekat mata orang lain..
benda yg aku buat, selalu merugikan masa aku...
and selalunya takkan dihargai..


kenapa depa semua tak boleh rasa apa yg aku rasa ??
aku tak kuat nak hadapi semua ni..
aku perlukan seorang teman untuk berkongsi cerita..
tapi takdak sorang pun yg akan paham..

YaAllah,
engkau temukan aku dengan seorang sahabat yg boleh selalu bersamaku dan memahami aku..
aku perlukan dia sangat-sangat..
untuk ceriakan hidupku, untuk kuatkan semangat aku..
jadi tempat aku mengadu dan tumpangkan bahunya bila aku bersedih..

Tuesday 5 June 2012

miss him :'(


halola ~
hey ! sihat ?
hah, nak cakap ni rindu gila dekat dia..
kenapa dia dapat sambung belajar jauh sangat dari aku ?
sadih kowt :'(

penat oo nak tunggu dia balik..
walaupun dia kata raya ni dia nak balik..
tapi tak sabar-sabar nak jumpa dia sekarang..
rindu sangat-sangat..
cepatlah balik !!

dia takdak aku taktau nak buat apa..
nak keluar pun susah, takdak orang nak teman..
kalau tak, dia lah selalu ikut aku pergi merata..
nak beli barang ka apa ka..
sekarang ni, nak kena tunggu abang or abah aku cuti baru boleh keluar..
kesian gila !

terasa gila bila dia takdak..
kalau tak duk gegeh sangat dengan dia..
ni tak boleh dah..
:'(

Tuesday 29 May 2012

byebye awak !


sedih ni, orang yg aku sayang nak pergi jauh dah..
terengganu tuh !
aku taktau nak kata pa, tapi memang rasa cepat sangat dia nak pergi sana..
btw tak kesah sangat pasal dia nak pergi sana tu..
sebab aku tau, tu semua untuk masa depan, kan3 ?

tapi ada satu benda yg aku risau..
risau ????
risau apa erk ??

hah ~ tu lah
bila duduk jauh-jauh ni paham-paham ja lah kan..
kita ni manusia..
manusia pulak boleh berubah..
kalau berubah jadi baik aku suka sangat, tapi aku takut nanti berubah jadi kurang baik tu..

sekarang ni pun hati aku tak sedap ni..
# tak makan lagi, taktau sedap ka tak..ngeee ~
aku ragu-ragu yg dia ni betul-betul ka tak dengan aku...
walaupun dah lama dengan dia, tapi rasa tak pasti tu tetap ada..
bila tengok ada benda-benda yg boleh buat aku rasa kecewa..

sumpah cakap, aku kecewa sangat-sangat bila tengok benda tu..
kenapalah dia buat macam tu ?
tak cukup dekat mana lagi pun aku taktau lah..
aku dah berusaha kowt jadi yg terbaik, tapi yg tu ja yang aku mampu..
mungkin ada yg lebih sempurna dari aku..

kenapa dia tak nampak rasa sayang aku dekat dia ??
kenapa dia tak nampak pengorbanan aku dekat dia ??
cikit pun dia tak pandang semua tuh ?
kenapa ????

aku tak mintak apa-apa pun dari dya..
just nak dia jadi orang yg jujur ja..
kenapa selalu jadi benda ni dekat aku ???


Thursday 17 May 2012

manis hanya di mulut

hey ! :)
lama noh aku tak update blog.. ngee~
maklumlah sekarang agak busy..
eh ! ia ka busy ? ahaha
Aku malas nak update kowt..

hari ni nak sembang pasal :
JANJI

kenapa manusia susah nak tunaikan janji ?
kenapa mereka suka buat something yang orang lain tak suka ?
Orang kata tu lumrah manusia, tapi kenapa manusia takmau berubah ?

bagi aku lah kan, kalau kita tak boleh tunaikan janji kita
better dia jangan berjanji dengan orang lain, kan ?
kalau dia janji, tak tunaikan nak buat apa..
buat orang tertunggu-tunggu akan janji dia tu ja..
kadang-kadang buat orang sakit hati, dah tu dapat dosa pulak sebab takmau tunai janji..

sebab satu janji palsu orang lain boleh hilang kepercayaan kepada kita, kan ?
tapi kenapa diorang suka buat janji palsu ?
janji palsu ni ibarat tipu..
diorang sanggup tipu sebab nak sedapkan hati orang lain, kan ?
apa salanya kalau diorang jujur ja, kalau orang lain sakit hati pown biarlah..
asalkan orang lain tak dendam dengan kita, setelah lama kena tipu.. kan ? kan ??



Now. aku pown rasa macam kena tipu jugak sekarang ni..
dia janji dengan aku takmau buat benda yang aku tak suka..
tapi kenapa dia buat juga ?
kalau aku buat dekat dia, nanti kata aku ni jahat sangat lak..
nak buat macam mana kan..
hati orang lain kena jaga, hati sendiri buat taktau ja lah..

Aku ingat budak tu dah berubah dah, tapi sama ja kowt..
kenapa erk ?
maybe sebab aku ni bukan seorang yg perfect untuk nasihat orang lain, kan ?

# hope, dia sedar sendiri dengan benda yang dia da buat tu and akan berubah..

SEKIAN ~

Monday 9 April 2012

maybe sebab aku perempuan

hey ! :)
hari ni kalau boleh takmau story pasal benda-benda PASRAH !
tapi kalau terpasrah jugak sory lah noh..
hehe ~

tapi kan aku nak cerita pasal diri aku sendiri..
aku taktau lah samada aku ni yang over or memang semua orang macam tu..
ngee ~~

aku taktau lah, kenapa aku ni kuat sangat JEALOUS !
and bila aku jealous, aku tak pernah bagi tau yang aku ni jealous dengan depa tu semua..
aku taktau lah nak bagi tau dekat depa yang aku ni jealous..

bukan aku jealous sebab member-member lebih daripada aku ka apa ka..
aku seronok sangat bila semua orang yg ada dekat sekeliling aku ni happy..
kadang-kadang sampai aku sanggup buat apa saja untuk depa, walaupun aku tak suka sebenarnya..
tapi aku jealous tengok orang lain dapat apa yang aku selalu inginkan, sedangkan aku tak pernah dapat..

jealous !
JEALOUS !
JEALOUS !
and JEALOUS !

nak tau benda apa yang aku paling jealous sekali ??????
aku taktau lah samada benda tu aku jealous or meluat ka menyampah ka..
aku pun taktau
tapi yang pasti aku tak suka dia kawan dengan sorang budak sekolah aku ni..
sebab aku tau sikit-sikit pasal budak tu, makin lama aku dengar cerita pasal dia makin meluat aku dekat budak tu..
aku tau budak tu comel, baik, and ramai orang yang suka dekat budak tu..
and aku tau, orang yang aku sayang pun boleh suka dekat dia, right ?
tambah-tambah lagi, budak tu ada no telefon dia..
and aku pasti and yakin, depa selalu contact chat kat FB and text..

macam mana aku nak bagi tau dekat dia, yang aku ni tak suka dia kawan dengan budak tu ??
memang lah orang kata depa kawan ja..
depa gurau-gurau, pastu majuk-majuk..
tapi kalau selalu sangat aku tengok depa happy dua, kalau ampa tak terasa ka ??
aku takada alasan kukuh nak bagi tau dekat dia, supaya dia paham..
kalau aku cakap dekat dia pun, maybe dia akan salah paham and kata aku tuduh dia bukan-bukan pulak..
tapi kenapa depa dua mesti kawan ??

serious aku memang tak suka depa kawan..
aku tak boleh tengok muka budak tu, makin lama dia bagi aku meluat dekat dia..

kenapa dia mesti wujud dalam hidup aku and dia ??
maybe orang kata aku yang over sebab jealous, kan ?
tapi hakikat nya, memang aku tak suka lah..

Tuesday 3 April 2012

I love MDP :)

MDP Giatmara, Bagan memang terbaik lah..
bak kata orang
"terbaik daripada ladang"

Selama aku duduk dalam kelas tu, takada lagi benda yang depa buat tak best..
cuma seorang dua ja yang tak berapa rapat pun..
yang lain-lain semua dah macam adikberadik dah..

Tapi yang paling style sekali,semua yang duk dalam kelas tuh
suka dengan camera, baq hang :D
depa sanggup pergi Batu Ferringhi semata-mata nak photoshot..
yang paling teruk sekali, depa sanggup kencing aku sebab nak suruh aku ikut depa..
and tak sangka pulak aku happy sangat bila aku join sekali dengan depa..

nih gambar kami dekat HARDROCK !
aku buh sikit ja lah, malas nak buh banyak-banyak..



depa ni memang best in the world
dikatakan dua bulan sekali ja sambut birthday membee kelas..
semua sanggup keluar duit nak beli benda makan and macam-macam lagi lah..
gambar dalam kelas saja pun dah berguni depa snap..
memang gila camera depa ni..
sayang sangat-sangat dekat kelas ni :)
<3


Sunday 1 April 2012

macam mana pun takpa

hey !
lama aku tak update blog, sebab busy sikit..
busy sikit ja, ta banyak pun..
hehe ~

bak kata orang, bila aku update blog
"aku dah mula nak buat ayat pasrah"
bhaha ~~

memang pun, kat bloglah tempat luahkan perasaan..
kan kan kan ?? :D

nak tau benda apa lagi jadi kat aku ?
aku pun taktau nak cerita ka tak sebenarnya, 
tapi aku ....
tak tau lah nak kata apa..bhaha ~~ :P

okey, start story now

hari tuh aku ada bagi hadiah kat dia JAM tangan..
masa mula-mula bagi tu, memang seronok sangat dengar cerita pasal dia dengan jam aku tu..
then seminggu kemudian ~
ada pulak dengar cerita yang rasa kurang nak gelak lah..
nak tau apa dia ?

dia cakap dekat aku,
jam yang aku bagi dekat dia tuh masuk air..
hang nak tau tak berapa ringgit aq beli jam tuh ?????
bagi orang lain maybe depa kata murah lah..
tapi bagi orang yang macam aku ni, yang duit tak berapa nak banyak ni
# paham-paham hampa lah noh..
aku simpan duit kowt sebab nak beli benda tuh, nak makan pun kena save duit..
tapi takpa lah kan, aku terima ja lah semua tu, nak buat macam mana
beli barang tak ori sebab tu lah...

first day aku jumpa dia lepas dia kata jam tu rosak..
dia boleh kata macam-macam dekat jam aku..
aku tak tau dia gurau ka, dia memang nak kata ka..
aku pun taktau nak cakap apa..
hang tau tak, aku memang terasa..
tapi nak buat macam mana kan ?
bak kata my senior (Abang Nat)
" kalau tak boleh undo kita redo ja"
so aku anggap dia gurau ja dengan aku..

hampir sebulan lepas tuh..
aku keluar dengan dia, aku tengok dia pakai jam..
tapi jam lain..gila !
memang taktau nak kata apa dah..
lepas tuh dia kata jam tuh orang bagi..
dia cerita lah apa semua dekat aku, okey fine..
tapi aku tak boleh blah bila dia still cakap pasal jam aku tu..
aku tak tau lah dia saja-saja ka apa, tapi dah banyak kali dia kata kat jam aku...
aku hanya mampu senyum ja depan dia..
tapi dia taktau hati aku ni rasa apa..
aku taktau lah, maybe aku yang over nak terasa ka apa dengan dia..
hakikatnya, memang aku terasa lah..

tuh ja aku nak cerita, sebenarnya ada lagi..
aku tak boleh cerita lebih-lebih

# sory erk, sebab cerita kat orang lain, pasal dia..
tapi memang tak boleh blah nak simpan lama-lama

TERIMA KASIH :)

Tuesday 20 March 2012

perengai lelaki yg perempuan tak suka

  • MENINGGIKAN SUARA
 Mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.
  • MENGONGKONG
Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka di soal siasat oleh kekasih mereka…
  • CEMBURU BUTA
Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya.
  • PANAS BARAN
Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Cuba-cubalah kawal kerana setiap manusia ada barannya, cuma kena pandai-pandai kawallah.
  •  KAKI MEROKOK
Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak… membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan benda tak faedah.
  •  EGO
Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan orang lain. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.
  •  MENIPU
Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua orang akan menjauhi anda.
  •  MAIN KAYU TIGA
Walaupun dah ada kekasih,mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.
  •  SUKA ‘CUCI MATA’
Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata.
  •  PERASAN
Lelaki akan cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu… ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji
  • MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
Lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang memikirkan perasaan kekasih…
  • KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN
Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.
  •  MATA DUITAN
Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran
  • KOMITED TERHADAP KERJAYA
Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukan tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa…
  • PENGOTOR
Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor.
  • GELOJOH
Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam ‘food machine’. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita.
  • PENTINGKAN KAWAN-KAWAN
Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. Lepas tu, si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.
  • TIDAK TAHU MENGHARGAI
Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya.
  •  PUTAR BELIT
Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri.
  • SUKA KONTROL MACHO
Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda.


Friday 16 March 2012

kenapa ???

YaAllah ~
bosannya, kenapalah dia busy sangat ka sampai tak boleh nak contact dengan aku ??
Aku selalu tunggu dia.. tapi kenapa dia selalu takdak ???
orang lain yang aku tunggu, orang lain yang selalu muncul..
kenapa bukan dia ?

kenapa dia boleh happy dengan orang lain
# tapi tak happy sama-sama dengan aku

kenapa dia boleh selalu dengan orang lain ?
# tapi tak selalu ada dengan aku

kenapa dia boleh habiskan masa dia dengan orang lain?
# tapi tak boleh habiskan masa dengan aku

kenapa dia tak cuba bagi peluang untuk aku ?
# bagi peluang untuk aku gembira

kenapa dia akan ada bila aku dengan dia selalu bergaduh ?
# tapi bila dah baik dia selalu hilang

kenapa dia takdak bila aku happy and sunyi ??
# tapi ada bila aku sakit hati dengan dia

kenapa dia tak boleh faham aku ?
# tapi dia boleh cari salah aku

kenapa dia tak mengalah sikit pun untuk aku ?
# tapi aku yang kena pujuk dia

kenapa dia selalu menang ?
# tapi dia tak pernah nak pujuk aku

kenapa dia tak macam dulu ?


KENAPA ????
KENAPA ??

kenapa aku selalu fikir pasal dia ?
# tapi belum tentu dia fikir pasal aku

kenapa aku selalu tunggu dia ?
# tapi belum tentu dia datang

kenapa aku tak sama macam orang lain ?
# orang lain selalu dapat apa yang diinginkan

kenapa aku tak boleh ???????????