◄ ツ

Friday 27 July 2012

Teman baru di PSP:)


10 Julai 2012, sah bahawa aku telah jadi rakyat Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang..



minggu first aku kat sana memang boring..
btw aku tengah cari kawan, cuba untuk ramah dengan semua orang..
al-maklumlah aku ni tak reti nak mula sembang dengan orang dulu..
naseb baik lah ada juga yg mau kawan dengan..
ngee ~

ni roomate aku..
nama dia Izzati bt Ismail <3


otak dia memang gila-gila kowt..
sembang ja malu, tapi bila dah kenal,
rancak ja dia.. huhu ~
tapi dia baik kowt..
ta rugi aku dapat roomate dengan dia :)


yg ni pulak ?
Farhanah <3
aku taktau nama penuh dia..
ahaha ~
# sorry anna, besalah kan baru kenal XP

aku suka kawan dengan dia :)
dia ni cakap bahasa penang dengan ipoh..
anak mami oii
huhu ~


Yang ni member SMKGP dulu..
nama dia Siti Hajar bt Mohd Akhir :)



then, membe kelas 5Perakaunan dulu
Nurul Jannah bt Moktar


depa ni duduk sebilik..
yg kiri tuh, satu kelas dengan aku..
Diploma Islamic Banking - 1A
nama dia Atiqah Nur Raihan bt Azhar..

tengah pulak member SMKGP
diberi nama Nur Farhana bt Mustaffa..
panggil kakna..

ni gambar masa orentasi, otak kami sekepala..
tambah-tambah lagi otak si Izzati tu, memang gila..
ahaha ~ :P


ni bajet muka ayu..
ahaha ~ XP



perangai gila semakin menyerlah disitu :P

si hajar ni, time nak beratur masuk dewan pown dia still sempat na snap..
macam ni lah rupa gambar tu..

Poli briged

dalam Pusat Islam pown boleh jadi dengan depa ni..


Saturday 7 July 2012

Mereka terhebat ! :)

nak story pasal someone ni..
benda ni bukan nak ungkit or apa-apa lah kan..
tapi aku belajar sayang and hargai orang lain dari dia..
sebenarnya banyak benda yg depa dah mengalah sebab kita
tapi kita yang tak nampak..


dulu-dulu aku tak pernah cuba nak faham hati orang lain
sebab aku rasa semua aku buat betul and tak pernah tanya apa yang dia rasa..
# sekarang aku cuba nak faham hati orang lain, 
tapi aku taktau macam mana faham depa


dulu-dulu aku selalu merajuk and tak pernah pujuk kalau aku buat dia sakit hati..
sebab dia selalu pujuk aku, sedangkan dia tau tu bukan salah dia..
dia buang semua kesalahan yg aku buat..
# aku cuba jadi macam dia sekarang, 
tapi aku tak boleh sabar macam dia


dulu-dulu buat sesuatu tak pernah fikirkan perasaan dia..
sebab aku tau, dia akan maafkan aku and selalu ikut apa kehendak aku..
# sekarang aku cuba nak maafkan and ikut kehendak orang lain, 
tapi makin lama aku buat lagi menyakitkan hati orang


dulu-dulu dia cuba buat aku bahagia..
aku tak pernah hargai apa yg dia buat and selalu harap dia buat lebih dari tu..
# sekarang aku nak buat orang lain bahagia, tapi susah untuk aku..
sebab aku taktau macam mana cara nak bagi orang bahagia


dulu-dulu dia selalu mengalah dengan perangai aku yg buruk tu..
tapi aku tak kisah pun apa yg dia buat, sebab aku tak nampak kebaikan dia..
# sekarang aku nak jadi macam dia, tapi aku tak sehebat dia


kita tak pernah nampak apa kebaikan dan pengorban mereka untuk kita,
sebab kita selalu nampak kesalahan dia selalu buat..

thanks awak :)



Friday 6 July 2012

tutti frutti



best hari ni, selepas lama aku tak keluaq dengan membe2..
hari pergi mentelaah tutti frutti with Shafiq Ismail :)
adeq aini ? missing :'(
tak boleh nak snap sekali dengan dia..

flowers

flowers
kan lagi best kalau <3 aku ada sekali..
teringin nak pergi makan dengan dia..
tapi nak buat macam mana, dia takdak..
so aku aku sorang ja lah pergi makan..
law pown sekejap, tapi lega..
sebab dapat makan tutti..
sedap, sedap :D

Wednesday 4 July 2012

Senyum :')




kena buat muka macam kat atas tuh bila jumpa orang, walaupun hati ni sakit ?
huh ~
terseksa kowt..
kenapa jadi macam tu ?
demi kebahagian orang lain kowt..
biar ja lah depa nak buat apa pown..
kalau cakap pown bukan ada sapa faham pown, kan ?
depa dah tau kesalahan depa yg terang-terang tuh..
nak cakap buat apa lagi..
semua boleh fikir sendiri..
kalau time orang lain buat kat depa tau pulak marah..
kata macam-macam.
depa buat tapa lak, bagus ja..
takdak salah kat mata orang lain..
punyalah syiok..
nanti bila cakap banyak kita pulak yg salah, lagi tambah sakit hati..
better diam ja lah kan..
tapi lama mana sangat aku nak tahan ?
tak boleh kowt..
tak kuat nak tahan benda ni

Monday 2 July 2012

Dugaan

hey !
lama aku tak update kan ?
takdak ceritalah nak kongsi..
tapi sekarang nak luahkan perasaan sikit..
ngee ~
biasalah, setiap manusia ada suka duka masing-masing..
kadang-kadang kita di atas dan kadang-kadang kita di bawah..

Sejak dua tiga hari ni aku rasa sunyi sangat..
taktau lah seba apa
mungkin sebab aku duduk dekat rumah lama sangat
sebab tuh jadi boring taktau nak kata kan..
ngee ~

aku rasa sekarang ni macam orang semua dah tak ingat dekat aku dah..
semua dah ada jalan masing-masing..
pakat-pakat busy, aku ja duduk kat rumah tak berjalan mana-mana lagi..
tunggu poli lambat sangat..

Ya Allah,
aku kuatkan lah hati aku, untuk hadapi segala dugaan ini..
sedih sangat, kenapa semua orang buat aku macam ni..

kenapa aku tak pernah diutamakan ? orang selalu belakangkan aku..
kenapa orang lain tak pernah sayang aku macam aku sayangkan depa semua ?
kenapa depa tak ingat dekat aku macam aku selalu ingat dekat depa ??
kenapa orang lain tak pernah nampak perngorbanan kita buat ???

setiap apa yang aku buat, selalunya salah dekat mata orang lain..
benda yg aku buat, selalu merugikan masa aku...
and selalunya takkan dihargai..


kenapa depa semua tak boleh rasa apa yg aku rasa ??
aku tak kuat nak hadapi semua ni..
aku perlukan seorang teman untuk berkongsi cerita..
tapi takdak sorang pun yg akan paham..

YaAllah,
engkau temukan aku dengan seorang sahabat yg boleh selalu bersamaku dan memahami aku..
aku perlukan dia sangat-sangat..
untuk ceriakan hidupku, untuk kuatkan semangat aku..
jadi tempat aku mengadu dan tumpangkan bahunya bila aku bersedih..