◄ ツ

Wednesday, 25 December 2013

Spelling Mistakes

Hai :) ok~ hari ni saja gedik-gedik aku nak update dengan menaip tanpa menggunakan button delete.. Sebenarnya aku takktau nak cerita benda apa, tapi takpa laa kita redah ja la.. Moh kita tengok banyak mana aku typo..

-Mula-
 Bulan ni busy hila, besala dah mula praktikal lah katakan.. setiap nari aku tydur awal, padahal dejat offis bukan buat apa pun.. dok dalam aircon semak-semak kertas, kdang-kadang duk melenggung tengok porang, kehta lalu lintas depann jalan tu.. sebab aku dok dekat cermin besar pejabat so boleh twnogok orang dekat luar.. skodeng abang hensem lalu..hehe~

bila dah praktikal ni, rasa macam nak pegi belajar dekat kelas pulak.. takmau praktikal dah, nak cepat-cepat abes.. taktau laa sebab appa, mungkin penat kowt pergi pagi balik kul5..kalau kelas pergi pagi kadang-kadang balik awal, ada pergi lewat., seronok la, ada pulak kelas cancel.. hore hore laa
kalau tempat aku nii ada elaun lagi seronok, tapi apakan daya terima apa seadanya.. heee~

Busy-busy jugak shopping tak lupa tau.. abes duet aku pegi shoping, bacam besa laa kan.. orang kaki shopping smemang duet sendtiansa tak cukup, nak beli maca,m-macam tapi duet kureng.. duet PT ada tapi mak aku amek dah T.T aebab aku takmau guna.. bukan dia nak dimpan pun tapi aku yang suruh, malas nak tengok duet banyak nanti aku guna sampai abes..
sekarang pi;ak sale tegah banyak, siok gila laa.. tu belum pehi pesta lagu tuh.. kalau tak borong satu penang laa, naseb takdak orang bawak jaa..
BTW nak bagi tau, aku terasa rindu sekat seseorang.. sapa? ntah~ takdak function laa baik aku pegi shopping, hilang stress :D
-tamat-

-------------------------------------------
-Correction-
 Bulan ni busy gila, biasala dah mula praktikal lah katakan.. setiap hari aku tidur awal, padahal dekat office bukan buat apa pun.. dok dalam aircon semak-semak kertas, kadang-kadang duk melenggung tengok borang, kereta lalu lintas depan jalan tu.. sebab aku dok dekat cermin besar pejabat so boleh tengok orang dekat luar.. skodeng abang hensem lalu..hehe~

bila dah praktikal ni, rasa macam nak pergi belajar dekat kelas pulak.. takmau praktikal dah, nak cepat-cepat abes.. taktau laa sebab apa, mungkin penat kowt pergi pagi balik kul5..kalau kelas pergi pagi kadang-kadang balik awal, ada pergi lewat., seronok la, ada pulak kelas cancel.. hore hore laa
kalau tempat aku nii ada elaun lagi seronok, tapi apakan daya terima apa seadanya.. heee~

Busy-busy jugak shopping tak lupa tau.. abes duet aku pergi shopping, macam biasa laa kan.. orang kaki shopping memang duet sentiasa tak cukup, nak beli macam-macam tapi duet kureng.. duet PT ada tapi mak aku amek dah T.T sebab aku takmau guna.. bukan dia nak simpan pun tapi aku yang suruh, malas nak tengok duet banyak nanti aku guna sampai abes..
sekarang pulak sale tengah banyak, syok gila laa.. tu belum pergi pesta lagu tuh.. kalau tak borong satu penang laa, naseb takdak orang bawak jaa..
BTW nak bagi tau, aku terasa rindu dekat seseorang.. sapa? ntah~ takdak function laa baik aku pegi shopping, hilang stress :D

-------------------------------------------

-The Moral of Story-
Kita ada jalan cerita kita sendiri, ayat, and perkataan sendiri tapi kadang-kadang kita typo.. Itu bukan sengaja dibuat disebabkan kita taip terlalu laju atau sebagainya yang bagi kita tersilap ejaan, kan? Tapi ada jugak kadang-kadang orang duk buat tulisan yang dia rasa style and sempoi, sebaliknya orang meluat gila tengok.. hoho~  *aku pun pernah buat, tulisan budak tak matang tuh* HAHA~

So benda ni samalah macam kehidupan kita ni, kita dah ada jalan hidup kita, cara and suasana tersendiri.. Kadang-kadang kita dah buat yang terbaik dalam sesuatu perkara tapi belum tentu boleh diterima oleh orang lain.. Sama juga macam kita buat keputusan, kita rasa benda itu jalan terbaik apa yang kita buat betul tapi sebaliknya kita salah dan ada masanya kita betul.. Yang betul tuh takpa la, tapi yang salah buat keputusan tu? menyesal tak sudah, dulu bajet boleh selesai semua masalah tapi merana.. Sebab tu la jangan buat keputusan terburu-buru :)

-THE END-

Monday, 16 December 2013

Sabarlah Hati

Hai :) Lama tak update, busy lah katakan..ahaha~ busy la sangat.. BTW banyak benda aku nak share tapi bila aku buka blog lupa pulak aku nak tulis apa..heee~  biasalah malas nak taip and dah jarang guna lappy.. FB pun jarang buka, layan wechat and twitter ja sekarang.. Malas nak buka FB sebab aku nak lupakan sesuatu yang sukar untuk aku, setiap kali aku buka mesti aku teringat dekat sorang budak ni.. Better aku takyah buka FB, itu ja dapat lupakan semuanya.. 

Ok~ hari ni bukan nak cerita pasal orang yang dekat FB yang aku cakap tu, tapi cerita kisah single aku sekarang ni.. hoho~ Sekarang aku rasa lebih tenang, aku dah banyak berubah lepas apa yang jadi.. Aku dah tak ingat pasal kisah lama aku, and aku dah tak ambil tau lepas aku rasa sakit hati gila hari tu.. Rasa juga benda tu macam aku over tapi tak kisah lah, asalkan dah lepas dah semua.. Walaupun kadang-kadang terasa or teringat, tapi tak la serabut kepala aku

Semakin aku kenal orang, semakin banyak cabaran aku.. Macam-macam jenis aku jumpa sekarang and kebanyakannya bukan yang terbaik untuk aku.. Nasib aku baik, aku tak sayang cepat dekat orang.. Memang nampak aku macam suka, tapi belum tentu aku sayang.. Aku cuma kawan ja, sebenarnya aku dah nekad lepas aku putus hari tu, aku dah takmau couple dengan sapa-sapa.. Sebenarnya aku tengah uji, jauh mana perangai baik buruk seseorang tu.. Memang nampak baik tapi perangai entah apa-apa jaa, bukan aku nak pun boyfriend bagai.. 

Rasa bersyukur sangat, Allah selalu tunjuk jalan and jauhkan aku dengan orang tak ikhlas dengan aku.. Dalam masa setahun aku pernah jumpa and kawan dengan seorang "playboy gila" orang la cakap.. yang ni aku taktau perangai sebenarnya, tapi aku memang tak boleh terima dia dari awal, lepas aku tak kawan dengan dia baru aku tau dia playboy.. macam tak percaya pun ada, nasib aku keras hati

Then aku jumpa seorang lagi, nampak baik gila, muka suci murni lagi bersih..hoho~ tapi hampeh gila, nampak ja baik lembut, sebenarnya dia kejam jugak laa.. buat aku serupa macam aku ni teruk sangat, padahal dia tak kenal aku sangat pun.. Dia bajet serupa macam perempuan murah, dia sorang laa baik dekat sini..

Sekarang kecoh pasal laki orang pulak, lagi meluat aku dengar benda ni.. Orang tuh yang mai tanya aku, aku jawab laa, nanti kata sombong pulak.. Payah betul laa tapi tak boleh nak buat apa, bila orang kata aku boleh diam and senyum jaa walaupun sakit hati bila dengar.. Apa ka malang sangat, aku tak suka orang mengata aku tapi tak tau cerita sebenar.. Perli-perli aku, duk recommend dengan orang tu, yang boleh buat pak angkat pulak tu.. Ingat aku kisah ka dia kaya ka, apa ka.. WTFish? Dia nak kahwin lain, cari laa orang lain.. Napa aku pulak kena jadi mangsa keadaan, sakit hati bila orang duk kata kita ada skandal dengan orang yang kita tak suka..

Sabar ja banyak-banyak, bila satu masalah pergi datang masalah lain pulak.. Tak boleh ka aku nak bahagia macam orang lain? Takdak sapa tempat nak mengadu sekarang, aku dah takdak orang untuk bagi semangat.. Taktau jauh mana aku nak tahan dengan semua benda ni.. Banyak cabaran hidup kadang-kadang sampai taktau nak cerita, and tak semua cerita boleh cerita dekat orang.. Semua yang aku ada dulu, semua dah hilang tapi kena kuat juga walau apa pun

-THE END-

Sunday, 27 October 2013

Bukit Merah! :)


Hai~ lama tak update dekat sini.. biasalah sekarang ni sibuk sikit, akhir-akhir sem kalau tak busy tak sah la kan? ngee~
Now, aku tengah final exam.. hujung bulan ni habis dah lepas tu cuti sebulan.. Rasa malas pulak cuti, nanti sure bosan tahap gaban punyalah..

BTW walaupun tengah final, aku sempat lagi join family day kilang abah aku..hehe~
Bukan ada apa sangat pun, sebab family day tahun ni buat dekat Bukit Merah ja.. So mandi sajalah



Inilah kampung aku, tempat family aku.. "Ini tempat family kami yang punya!" HOHO~
Sebenarnya family aku ni asal dari Perak, cuma aku ja dilahirkan and dibesarkan di Penang.. Kalau kawan-kawan datang rumah, semua pelik dengan aku.. Sebab dekat rumah aku cakap dengan family aku loghat campur-campur, Penang + Perak kadang-kadang ada "aaa", "eee", "ooo" dekat belakang tapi bila sembang dengan kengkawan, punya kAW loghat Penang..ngeee~
 So aku bukan anak jati Penang.. BTW I LOVE PENANG :)


Aku rasa aku naik benda ni dekat 10 kali lebih.. dah taktau nak buat apa, kerja naik benda ni ja lah.. Nasib abah aku sekepala dengan aku, dia pun asyik ajak aku naik natang ni.. hehe~

Niat hati nak naik, tapi takut jantung luruh pulak nanti sebab curam sangat.. BTW aku dah besa naik dekat tambun, tak securam macam ni pun dah rasa nak luruh.. So keinginan itu terbantut..ngeee~


bersantai-santai kejap.. tunggu makanan siap :)

Naik chair lift sambil skodeng orang dari atas :D

sky cycle, merepek ja naik benda ni.. bila nak corner sure senget sebelah..
kesian abang aku, penat kayuh natang ni, dari awal sampai habis.. hoho~

kampung Air


Saja nak tunjuk dekat kengkawan yang sedang study tu.. *study la sangat*


-THE END-

Wednesday, 14 August 2013

Tak Perlu Ungkit

Tak perlulah ungkit kisah lama, biarlah dia nak berkawan dengan sapa saja, samada kawan-kawan lama atau orang yang dia pernah sayang dulu.. 

Orang itu yang pernah buat dia tersenyum dan menagis.. Pasti awak jugak akan buat dia bahagia dan kecewa mungkin dengan cara yang berbeza.. Manusia ni tak sempurna, dia perlukan orang lain untuk sama-sama sempurnakan dirinya.. Orang itu yang selalu membantu kalau dia dalam kesusahan sebelum awak kenal dia.. Orang itu jugalah pernah korbankan apa saja untuk dia sebelum awak..

Ingat sebelum awak hadir dalam hidup dia, orang itulah yang selalu jaga dia untuk awak.. Kalau bukan kerana dia, awak mungkin tak akan dapat insan sempurna seperti dia sekarang.. Sikit banyak, pasti orang itu pernah perbaiki kekurangan yang ada dekat dia.. Orang itu jugak bersusah payah untuk jaga perasaan dia sebelum awak..

Awak belum kenal sepenuhnya tentang dia,
awak belum tahu macam mana perangai sebenarnya dia,
Awak belum tentu kenal asal usul sebenarnya dia, 

Orang itu telah banyak mengajar dia untuk erti kehidupan sebenarnya.. Pengalaman yang ada antara orang itu dan dia akan membuat dia lebih dewasa and boleh buat dia berfikir secara matang.. Disebabkan pengalaman yang ada jugak akan ajar dia supaya selalu berfikir panjang sebelum membuat keputusan..

Mungkin awak lebih bijak dalam ilmu pengetahuan, tapi itu tak akan boleh buat kita berkembang kalau tak ada pengalaman.. Sama seperti orang yang bekerja, orang yang mempunyai pengalaman lebih cekap membuat kerja berbanding orang yang kurang atau tak pernah ada pengalaman.. 

Jangan ingat kita selalu betul.. Kalau benar dia sayangkan awak, pasti dia akan selalu jaga dan hargai awak walaupun sapa yang ada di depan dia, dia akan tetap agungkan awak lebih dari orang lain.. Kalau dia masih mempunyai perasaan dengan orang itu, pasti dia takkan datang dan merayu supaya awak jadi milik dia..

Awak perlu bangga dengan dia, kerana dia dah mula hargai dan bangga dengan awak sampai dia rela bagi tahu semua orang yang awak milik dia.. walaupun bukan dari segi perbualan, tapi dia boleh sebarkan dekat orang lain melalui pujian, tulisan atau gambar dekat laman sosial..

Gambar aku and dia ada dalam instagram, bangga kowt..
Thanks awak :D

-THE END-

Monday, 12 August 2013

Eh! Tak Sedar

kadang-kadang kita tak sedarkan, sebenarnya kita ni memilih tak kiralah sama ada dalam mencari pasangan, kawan or apa-apa ja.. Hari ni kita fokuskan memilih dalam hubungan.. Kita selalu cakap, tak kisah macam mana pun asalkan dia baik and ikhlas dengan kita.. Tapi kita sedar tak, sebenarnya kita sedang mancari orang yang lebih baik and setaraf dengan kita..

Buktinya, bila kita jumpa orang yang lebih cantik/handsome kita pilih orang yang cantik/handsome tu, kononnya awak bajet cantik/handsome sama macam orang tu then tinggal orang yang pernah kita sayang dulu.. Benda ni selalunya jadi dekat orang berCINTA.. Alasan selalu bagi sebab orang tu layan kita baik and selalu buat kita happy, take care pasal kita.. 
*Abes tu orang yang awak sayang dulu tu layan awak tak baiklah? Tak pernah take care pasal awak?? dah tahu macam tu kenapa awak sayang dia dulu-dulu??? Awak tu ada ka layan dia tu sebaik awak layan orang baru kenal tu????*

Next, orang yang kaya nak orang kaya jugak.. memang tak semua macam ni, tapi ada dekat muka bumi ni.. kadang-kadang tu bukan kaya sama kaya pun, tapi disebabkan kita ada seorang kawan yang kaya lupa dengan kawan yang lain.. benda ni tak kira samada jadi antara kawan dengan kawan or orang yang bercinta pun ada.. tak percaya ka? Cuba tengok, berapa ramai orang yang tengah bercinta ni putus sebab duit.. Bila kita jumpa dengan seorang lagi yang berduit dari yang dulu, orang tu boleh bagi macam-macam, kita dah mula sayang dengan dia.. Tak rasa ka yang dia tu boleh beli senang-senang ja hati kita? Nanti bila dia dah jemu, dia buat dekat orang lain pulak, tinggalkan kita ni sorang-sorang.. Bukan semua macam ni, tapi berhati-hati

Benda ni, tak semestinya maksud memilih tu pilih yang kaya and cantik saja.. Cara lain pun ada salah satunya orang yang pandai selalu nak pasangan sama pandai.. Bila pasangan kita tak mampu ikut macam kita, kadang-kadang ada yang hina.. walaupun bukan masa sekarang tapi masa akan datang.. Memang kita nak dia berubah lebih baik dari yang ada, tapi tak perlulah mengutuk.. Kalau selalu bagi semangat and puji setiap apa yang ditingkatkan insyaAllah dia akan berusaha sama macam kita.. Benda ni selalu jadi dekat orang bercinta kalau salah seorang sambung belajar, bila dah jauh and jumpa dengan orang dekat sana, eh! terlupa pula ada orang tengah tunggu dia dekat kampung sana, kan?? 
*Kenapa? sebab dia tak pandai macam awak ka? Kesiankan dia, sapa suruh malas nak belajar.. Awak tu ingat tak dia tu jugak selalu tolong awak dulu-dulu masa dekat kampung? And dia tu jugak yang awak selalu sayang sebelum awak jumpa orang baru*
Kadang-kadang dia sanjung kita lebih tinggi dari sanjung diri dia sendiri, cuma kita tak nampak.. 98% jadi macam ni, ramai aku dengar cerita pasal benda ni..

selain dari tu, kita selalu ja nak orang yang baik-baik untuk kita, kan? Yalah, sapa taknak.. Tapi setengah orang tu sampai ter-over pulak.. Bila dia jumpa orang yang lebih baik and kita rasa sempurna terus tinggal orang yang selama ni ada dengan dia.. Kenapa erk?

Orang selalu cakap "terima seadanya" kan? Tapi bila dia ada kekurangan sikit ja, kita dah cakap pasal dia.. Kita cakap dia ni itulah, inilah, bla bla blaaa~ bila jumpa orang lain yang lagi sempurna dari dia, banding-bandingkan.. kata TERIMA SEADANYA! apa benda macam tu?

salah ka kalau kita ubah dia supaya lebih baik? kata sayang, kenapa kena mengata? Dia pun ada perasaan jugak, dia pun nak terbaik untuk diri dia and dia nak sama macam kita.. mungkin cara dia tak sama dengan kita.. kita sendiri pun ada kekurangan, cuma kita tak nampak kekurangan sendiri.. Entah-entah lagi teruk dari din, kan??

Banyak sebenarnya kalau ikutkan, semua benda manusia ni memilih cuma tak perasan ja apa yang kita buat.. Tapi bila kita fikir-fikir balik, banyakkan kita dah buat orang sakit.. Semua benda tu tak sedar, sebab bukan kita rasa..

-THE END-

Tuesday, 9 July 2013

Kampung Bukit Teh


Halu, Halu
nak tau ka aku buat menyemak apa dekat kampung orang ni??
haah~ ni dia mai ceq nak habaq kat ampa semua..
*tudiiia~ penang dia keluaq dah*

aksi mengoda sikit..hoho :P
7 Julai 2013
aku join program im4u
saja suka-suka, gedik-gedik try join
yalah kan, boring duk dekat rumah taktau nak buat apa
so aku join lah, bukan keluar duit pun..
dapat baju and makan free
heee ~

Depa ada buat aktiviti anak angkat apa entah
so aku ada mak and ayah angkat dekat sana
walaupun duk sehari ja
hee ~

ni lah family angkat aku, dua orang kawan aku and tiga orang lagi kak senior
ok~ sebelum balik rumah mak ayah aku ni
kami kena gotong-royong dekat masjid dulu..
lepas tu makan, bila kenyang baru balik rumah tidur..
*tidurlah sangat*
aku ni susah nak tidur dekat rumah orang

so takdak kerja nak buat, aku and the geng pegi meronda pusing keliling kampung
mula-mula jalan kaki sekali dengan kak-kak senior tu
tapi lepas tu depa hilang ikut geng-geng depa
petang ada sukaneka dekat masjid
aku and the geng pusing kampung naik gerek a.k.a basikal

ala~ pergi sana bukan ada apa pun
tapi rasa best, sebab tak ingat apa pasal benda lain
kerja aku melilau ja

time perasmian
perasmian bersama cuaci :D
rajin tak aku? ahaha~ *rajin lah sangat*

cara-cara nak bergotong-royong :P
*budak kelas aku*
lepak dekat pondok depan rumah sambil mereben
budak kelas aku
*ada lagi*


gerek a.k.a basikal
dengar forum sambil buat gila
back to home
- the end - 
 




Thursday, 20 June 2013

Sem3!!

Saya Siti Nabilah bt Kamaruddin telah melapor diri di Politeknik Seberang Perai pada jun 2013
dengan ini, saya akan melanjutkan pelajaran saya dalam bidang Kewangan dan Perbankan Islam

balik dari mendaftar
Alhamdulillah, syukran-syukran :)
pejam celik, pejam celik sampai jugak aku sem tiga sekarang
walaupun tak seberapa kira ok lah kan, at least aku boleh jugak belajar
cuma kena banyakkan usaha
walaupun aku seorang yang pemalas, tapi aku rajin-rajinkan lah sedaya termampu..hoho :P



Aktiviti time cuti sem !


Kerja dekat Pizza Hut Aeon Seberang Perai dibahagian services selama sebulan
amat memenatkan bila kerja time orang dapat gaji, weekend tambah-tambah lagi public holiday
Ya Allah, rasa macam nak halau semua orang keluar kedai tu..
tapikan paling best bila kerja hari senin sampai jumaat time orang semua sekolah and kerja..
time tu tak payah nak buat kerja sangat, ibarat kedai tuh tak laku..
tadak orang nak mai makan, tunggu sampai mengantuk

pizzahut takda stok baju, terpaksa pakai

hangout with staff PizzaHut pergi main roller skate
banyak kali jatuh, memang sedap bila sampai berdarah..
ganas sangat..hoho :)





selain tu, time cuti aku ni rajin duk teman orang keluar sana-sini
ajak ja nak pergi mana, semua boleh..ngee~

hah~ ni keluar tanpa diduga
aku pergi jusco sorang-sorang then berjumpa dengan Apek nih
alang-alang dia nak keluar dengan Kembar dua orang nih, dia ajak aku join sekali
hee~ best lah jugak jalan-jalan dengan depa..
Idwan ni baik hati belanja McFlurry dengan BigApple :)
Then kami pergi karaoke jamban !



Lagi-lagi dan lagi ?
haah~ tak buat apa dah, pergi dating ja
jadi suri rumah lepas resign PizzaHut
and kerja tidur dan online :)

-THE END-





Wednesday, 1 May 2013

Terima Kasih :)

Saya nak berterima kasih dekat awak, atas apa yang awak pernah bagi kepada saya.. saya tahu awak seorang yang baik dan ikhlas buat untuk saya.. awak dah banyak ubah saya menjadi seorang yang lebih baik daripada sebelum kenal awak.. awak juga pernah korban duit dan masa untuk bersama dengan saya.. awak juga telah banyak memberi nasihat dan mengajar saya untuk jadi seorang insan yang berguna pada masa sekarang.. terima kasih sangat-sangat

kebaikan yang ada dekat diri awak membuat saya rasa sayang dan ingin terus bersama awak.. tapi semua itu telah berlalu, dan awak takkan datang dekat saya lagi lepas ni.. awak, saya tak boleh lupa atas apa yang telah menjadi kenangan antara kita dua kerana saya selalu berada di tempat kenangan itu terukir.. setiap kali saya lihat tempat itu, saya teringat dekat awak dan semua yang pernah kita janji dulu.. berat bagi saya untuk hapuskan semua itu, tapi mungkin awak tak pernah ingat semuanya atau mungkin awak dah lupa apa yang pernah jadi.. saya tak kisah, sebab saya tahu awak sedang bahagia di sana..

saya akan pergi jauh dari awak, dan mungkin takkan kembali lagi.. sebab saya taknak ganggu hidup awak lagi tapi saya tak pernah berhenti memuji awak sehingga sekarang.. kerana saya bangga dengan awak.. awak adalah sebaik-baik manusia yang saya pernah jumpa.. saya tahu, awak cuba nak puaskan hati semua orang dalam satu masa, sampai awak sanggup buat apa saja demi orang lain walaupun awak tak terdaya, tapi awak cuba buat yang terbaik..

saya tak pernah menyesal memberi sayang saya dekat awak, walaupun sayang itu tak bermakna bagi awak.. saya tahu saya bukan yang terbaik untuk awak, sebab itu lah saya biarkan awak pergi kerana saya tahu ada yang lebih baik untuk awak untuk awak hargai dan cintai.. mereka boleh jaga awak lebih baik dari saya..

memang saya sakit, tapi itu salah saya.. sebab saya terlalu berharap dan meletakkan kasih sayang itu terlalu tinggi untuk awak.. sepatutnya saya perlu kawal perasaan itu, supaya bila saya jatuh, tak terasa sakit yang dalam.. sesungguhnya mereka lebih layak untuk awak.. orang yang baik, untuk orang yang baik.. saya tak sebaik awak untuk memiliki awak, taraf kita tak sama.. kedudukan awak lebih tinggi, sedangkan saya hanya sorang yang jahil..

saya takkan lupa setiap nasihat yang awak beri kepada saya masa dulu, kerana saya buat untuk perbaiki diri saya supaya dapat dekat diri saya dengan Nya, bukan kerana saya takut dengan awak.. tapi saya tak tahu selepas ni siapa akan beri nasihat dan ingatkan saya, atau mungkin takkan ada orang nasihatkan saya macam mana awak pernah buat dekat saya..

Terima kasih banyak-banyak.. awak jangan toleh kebelakang lagi ya, sebaiknya awak terus berjalan ke hadapan dengan dia sampai ke syurga :) InsyaAllah~ saya akan berusaha untuk bangun sendiri, tanpa kehadiran awak atau siapa-siapa, walaupun selalu jatuh tersunggur dan susah bagi saya.. tapi saya akan kuatkan semangat saya macam mana awak pernah bagi semangat dekat saya masa dulu :D

Saturday, 20 April 2013

Kenapa Saya?

maafkan saya, saya tahu awak seorang yang baik dan tak layak untuk saya.. saya bukan yang terbaik dan saya tak boleh bahagiakan awak.. mungkin satu hari nanti awak lebih sakit bila saya terus rapat dengan awak.. saya dah cuba nak sayangkan awak, tapi hati saya berat.. saya tak tahu kenapa.. mungkin sebab saya belum bersedia untuk sayang orang lain, saya cuma mampu untuk berkawan buat masa sekarang.. 

saya jauhkan diri dari awak, sebab saya taknak awak memberi harapan yang tinggi terhadap saya.. saya memang senang nak berkawan dengan orang, tapi saya susah nak menyayangi orang.. dah banyak kali saya cakap dekat awak tapi awak tetap ternanti-nantikan saya.. sakit saya belum sembuh sepenuhnya, saya perlukan masa untuk perbaiki diri saya.. saya nak buktikan kepada semua orang yang saya mampu buat sesuatu yang lebih baik dari sekarang untuk diri saya.. 

kenapa awak pilih saya? 
sedangkan orang lain menolak saya jauh-jauh
kenapa awak sayang saya?
sedangkan saya tak boleh sayang awak macam awak sayang saya
kenapa awak nak tunggu saya? 
sedangkan masih ada ramai perempuan yang sedang menunggu awak
kenapa awak menyakiti diri awak sendiri?
sedangkan saya tak mampu nak jadi ubat untuk awak
kenapa? kenapa and kenapa??

awak, kalau awak berjumpa dengan seorang yang boleh bagi kasih sayang dekat awak, awak pergilah.. sesungguhnya dia jauh lebih baik dari saya.. jangan sia-siakan dia.. saya ni seorang yang tak tahu menghargai kasih sayang yang orang dah bagi dekat saya..

orang cakap, kalau setia macam mana pun seseorang itu, kalau dia diabaikan dia akan pergi juga.. sebab tu lah saya nak awak cari pengganti saya, saya tahu awak juga tak boleh selamanya menunggu saya.. kawan-kawan saya pun pernah cakap banda yang sama macam awak tapi diorang hilang jugak.. please jangan sakitkan hati awak lagi.. awak tak perlu menangis kerana saya, sedangkan saya yang perlu menangis sebab abaikan orang yang betul-betul sayang saya.. 

-THE END-

Friday, 19 April 2013

Wa Ilalliqa :)

hai awak :D
yang selalu perasan handsome, selalu mengalah and pemalu tuh
HAHA :P

cerita kita, segala-galanya di facebook and library..
bila dekat FB setiap kali saya online saya akan tengok wall awak walaupun saya tahu tak ada apa.. lepas tu saya tengok awak online ka tak.. bila saya tengok awak online, mesti saya akan tunggu chat dari awak.. *nampak tak ego disitu?*  tapi bila awak tak chat saya, saya rasa sedih jugak lah.. mungkin saya bukan sapa-sapa bagi awak.. bila dua, tiga hari saya tunggu awak tak chat, saya tegur jugak awak walaupun saya tak tahu nak mula macam mana.. bila saya chat dengan awak tak kering gusi, asyik gelak ja.. saya suka merepek bukan-bukan, tapi awak still layan kerenah saya.. awak layan saya macam dah kenal lama, padahal nomber fon pun tak ada..

setiap kali saja jejak kaki dekat library, dengan harapan saya akan jumpa dengan awak.. bila saya masuk, orang first yang saya cari adalah awak.. saya akan tengok semua tempat yang saya selalu nampak awak.. bila tak ada, saya pusing kepala saya 180darjah.. HOHO~
tapi bila awak tak ada juga saya pasrah ja lah.. mungkin awak ada kelas time tu

nak tahu kenapa selalu buat macam tu? saya pun tak tahu kenapa tapi bila saya nampak awak, saya rasa happy walaupun kita tak pernah face to face, bersembang rancak macam orang lain.. tapi masa hari tu, awak dengan budak-budak kelas awak jahat.. kacau saya dengan kengkawan saya tengah buat kerja, awak and the geng duk usyar kami dari luar cermin tu.. awak duk betul-betul depan saya, serious saya malu.. 

saya memang teringin nak sembang dengan awak face to face, tapi tak tau kenapa saya malu macam ni.. and saya tahu, awak pun malu kan?? awak kan selalu cakap *saya segan* HAHA ~

awak, selamat tinggal yea, lepas ni saya tak boleh tengok awak dah.. hope, awak akan jadi kawan saya walaupun saya tak boleh tengok awak.. jaga diri baik-baik :')


Monday, 18 March 2013

Kejam ke??

kadang-kadang manusia tak sedar apa yang dia dah buat.. kita tak sedar kita dah sakitkan hati orang lain dalam diam.. mungkin itu bukan maksud kita nak buat benda tu, tapi sebelum jadi lebih parah kita kena elak dari awal.. tak ka macam tu?

kejam tak bila aku kawan dengan seseorang tapi bila diorang cakap suka dekat aku, aku jauhkan diri dari diorang semua.. agak kejamkan? bukan sekali aku buat benda ni, tapi dah banyak kali aku buat.. kadang-kadang rasa bersalah, and kadang-kadang rasa kesian.. aku dah cakap dekat diorang aku just nak kawan ja, taknak lebih dari tu.. tapi kenapa diorang sayang dekat aku? kenapa perlu couple? kan lagi bagus bila kawan ja.. perlu ka wujud cinta tu? =,=

*awak, bukan saya taknak bagi peluang dekat awak.. tapi saya taknak sakitkan hati awak, kalau saya terima awak tapi saya tak anggap awak macam mana awak anggap saya itu lebih sakit dari saya buat sekarang, kan? mungkin lagi sakit bila saya tinggalkan awak lepas awak dah betul sayangkan saya.. saya ni bukan seorang yang baik untuk jaga awak*

secara jujurnya memang aku bosan, sunyi sangat tak ada sapa nak kesah pasal aku and aku jealous bila tengok diorang seronok duk gelak-gelak.. memang aku nak seseorang datang take care pasal aku, aku nak rapat dengan semua orang yang ada dekat sekeliling aku tapi lagi rela duk seorang diri macam sekarang ni dari aku layan orang lain yang aku taktau apa perasaan yang ada dekat diorang.. mungkin perasaan itu di pendam, aku tak pernah tau yang diorang taruh harapan yang aku sayang diorang and aku lebih rela juga tak replay chat, text and whatsapp dari diorang semua sebab aku nak buang rasa sayang diorang dekat aku.. mungkin jugak bila aku saja-saja nak seronok dengan diorang dengan panggilan sayang or sewaktu dengannya boleh buat diorang anggap semua tu betul-betul dengan diorang, walaupun kata bergurau..

aku buat macam tu bukan sebab aku sayangkan sapa-sapa, tapi aku buat macam tu sebab aku taknak couple banyak-banyak kali.. aku nak limited kasih sayang yang aku ada and aku takkan keluar perkataan sayang tu lagi.. biar aku tunjuk sayang aku tu sendiri dengan perbuatan aku and buktikan yang aku betul sayangkan dia.. sesungguhnya aku dah tak percaya dengan kata-kata yang keluar dari mulut orang, kecuali dia buktikan apa dia cakap tu betul..
walaupun aku dah biasa kena marah dengan seorang lelaki sebab aku taknak bagi peluang dekat dia, aku tetap takkan couple..

*maafkan saya sebab buat macam tu, mungkin senang bagi saya untuk cakap semua ini dan susah bagi awak untuk hadapinya tapi itu cara saya.. bukan saya samakan awak dengan orang yang saya pernah kenal dulu, tapi saya taknak awak atau saya lebih sakit dari sekarang bila satu hari nanti kita betul-betul jumpa dengan orang yang lebih layak iaitu jodoh kita*

takada sapa-sapa dalam hati aku sekarang ni, cuma kenangan yang buat aku rindukan masa itu :)

-THE END-

Thursday, 7 March 2013

Berusahalah :)

Usaha tanda kejayaan
berdiri di atas kaki sendiri, walaupun didampingi oleh orang lain, tak seharusnya mengikut keputusan orang lain untuk mengurus kehidupan kita sendiri.. kita tahu apa yang kita mampu buat dan apa yang kita inginkan.. takdir itu hanyalah yg terbaik untuk kita cuma keputusan yang salah punca keburukan terjadi..

aku baru ja balik dari kem belia PSP tiga hari dua malam dekat Lata Celak.. aktiviti tak lah best sangat banyak ceramah ja, biasalah Pusat Islam yang ada kan kem ni.. so macam tu lah aktiviti dia, kan? tapi masa hari last tu, depa buat jungle trekking.. ni first time aku pergi buat benda macam tu, seriously memang penat..tiga hari dua malam aku tak tidur *gedik sangat nak pegi..hoho ~* masa redah hutan tu, ya Allah aku memang manja siot.. *terasa mengada disitu..HAHA* faham-faham ja lah, aku ni geli dengan pacat-pacat ni..bila dia naik atas kaki tu, maka suara aku ja lah yang dengar..ngeee :D nasib baik ada kengkawan tolong buangkan.. mula-mula aku rasa macam nak patah balik ja, tapi aku terus jalan sampai ke atas.. dekat atas tu ada satu batang pokok dekat tengah-tengah dia kosong then air keluar dari tanah melalui batang pokok tu, ya Allah lawa sangat :) 
masa nak turun kena redah hutan kena bergayut lah, and redah sungai.. lepas dah redah sungai nak turun bawah dah takdak tenaga dah, macam nak pengsan air untuk kumpulan aku dah habis tapi aku berjaya sampai and salah satu orang yang sampai awal dekat tapak kem tu..
aku pergi kem ni sorang-sorang ja, member yang rapat dengan aku tak pergi pun

semua benda yang kita buat dalam dunia ni perlukan usaha..kita nak makan pun kena ada usaha 
kalau kita taknak buka mulut and angkat tangan, makanan tu takkan masuk sendiri dalam mulut kita, kan ?
sama juga kalau kita taknak buka buku and baca, ilmu tu takkan masuk dalam kepala otak
begitu juga berkawan.. nak berkawan dengan seseorang tapi kita tak dekati dia, macam mana dia nak kenal kita
then sayang, kalau kita dah sayang sesuatu tu, tapi tak jaga macam mana orang lain tak curi dari kita..

aku baru sedar, orang yang kita rapat tu tak semestinya dia akan ada selalu dengan kita, and orang yang paling jauh jari kita semestinya dia tak kesah pasal kita..
# bila orang yang aku harapkan akan tolong and ingat dekat aku tapi sikit pun tak kesah.. sedangkan orang yang aku baru nak rapat dekat sana, selalu tunggu and ingat aku.. selalu take care and pimpin tangan aku
nampakkan dekat situ mana satu kawan and mana satu lawan..
*takkan berharap lagi*

untuk percayakan seseorang ada tiga benda dengan hati, perkataan dan perbuatan
hati mesti jujur and ikhlas nak buat sesuatu, perkataan iaitu kata-kata kita kena cakap bahawa kita betul-betul nak buat sesuatu dengan bersungguh-sungguh and perbuatan perlu tunjuk apa yang kita cakap tu adalah benar, memang kita ambik tahu pasal sesuatu benda tu..
kalau takdak salah satu dari tiga benda ni, memang susah nak dapatkan kepercayaan dari orang lain

- THE END -

Saturday, 23 February 2013

Nasihat doktor :)

Hari ni aku nak tulis pasal
nasihat doktor-doktor cinta yang pernah bagi motivasi dekat aku
taktau diiktiraf atau tak..ngee ~

salah sorang doktor cinta aku.. Ummi, iaitu mak aku lah..mak aku cakap kawan biar ramai, kasih biar satu..sapa yang nak kawan dengan kita, kita terima..kalau kita rapat dengan seseorang yang lebih dari itu berhati-hati, jangan terlalu sayangkan dia..kadang-kadang boleh sakitkan diri sendiri tapi jangan pulak abaikan dia.. walaupun dia bukan sapa-sapa untuk kita, kita kenalah jaga tingkah laku kita.. jangan terlalu seronok dengan orang lain, sampai kita tak sedar kita dah lukakan hati dia.. walaupun dia tak tahu, dia tak marah atau perdulikan kita tapi dalam hati sapa tau, dia menagis dan marah :)
# betulkan mak aku cakap.. sakit bila kita sayang terlalu orang, tapi sayang tu dihargai.. bila sayang tu dijaga dengan elok, limited-kan kasih sayang untuk seseorang memang bahagia

then, doktor seterusnya orang yang sangat rapat dengan aku
*dulu ja kowt* hoho ~
dia say, slow-slow untuk terima semuanya.. kalau ada jodoh takkan ke mana.. semua itu bukan kita mintak, kita boleh doa supaya kita dapat apa yang kita nak
# iyalah, sekuat mana pun kita usaha untuk dapatkan dia kalau bukan jodoh kita, tak dapat juga

doktor dari politeknik aku pulak (ex roomate)
dia selalu bagi semangat jugak dekat aku, bila aku nak buat benda yang tak berapa nak betul dia mesti marah aku..kalau aku nak merajuk, mesti dia cakap "tak baiklah buat macam tu, kesian dia" walaupun dia tau tu bukan salah aku, dia still suruh aku maafkan.. lepas tu, dia marah aku bila aku nak balas dendam dengan apa yang orang dah buat dekat aku.. dia suruh aku buang ego aku, text bila rindu jangan selalu tunggu..
# ada betul juga cakap dia, orang selalu cakap kekerasan harus dibalas dengan kelembutan..jadi bila aku sayangkan orang kenapa aku nak buat bukan-bukan dekat dia, kan? :)

next, doktor ni BFF aku yang aku ada
*BFF lah sangatkan?* hoho~

  1. cari ja orang lain bila orang tak sudi.. AHAHA ~ nasihat yang ni perosak bangsa dan negara..ngee ~ # bukan senang ooi nak buat semua tu kalau kita betul-betul sayang
  2. sabar dan tunggu # tapi tahap kesabaran seorang manusia ada batas
  3. bagi peluang untuk mereka memerlukan # tapi peluang itu untuk sapa, aku pun taktau
last, doktor public..ngee ~
orang ramai punya nasihat yang pernah aku dengar

  1. jangan ego, kena mengalah # habis tu aku nak buat macam mana?
  2. mungkin itu hanya kejutan budaya, boleh perbetulkan semula # perlu ka ulang salah yang sama?
  3. jangan putus asa, selagi masih ada ruang # sedangkan tak mampu menghadapi
  4. berusaha untuk dapat kan sesuatu..tanpa usaha macam mana nak dapat kejayaan
- THE END -


Sunday, 17 February 2013

Ya Ahki

Syukrun jazilan ya ahki kerana awak im saya

kawan aku lah punya kerja
dia suruh aku add sorang mamat ni
biasalah aku kan single
depa nak kenen-kenen kan aku lah konon
aku cakap
*ok, aku add tapi taknak tegur dulu*
*dia kata budak tu handsome, baik, sesuai untuk aku*
ingat aku ni senang nak terima orang kowt
ahaha ~
# cakap besar tu, tak tengok lagi
sekali tengok, ya Allah betapa sucinya muka dia
ahaha ~ acecey ~
bagi aku muka dia biasa-biasa ja lah
tapi budak sekolah agama kowt

mula-mula aku add dia , and dia approve
dia buat taktau
sedihlah orang buat tak tau kat kita, kan?
aku tanya dekat member aku tu
dia buat taktau ja dekat aku
aku segan nak tegur
dia cakap budak tu pun jenis pemalu
ramai yang nak dekat dia, tapi dia tolak
so aku ingat dia tak suka juga kawan dengan aku

tapi bila aku update status, dia selalu like
aku selalu nampak nama dia naik dekat notification aku
hari tu, tiba-tiba aku tergerak hati nak boom fb dia
tapi tak sempat aku nak boom, ada sorang hamba Allah im aku
time tu aku baru nak skodeng fb dia
aku tengok im kat bawah tu, nampak nama dia
tak percaya gila aku
tengok dua tiga kali jugak lah aku
hati rasa happy macam mana aku pun taktau
memang aku tak sangka dia akan tegur aku
hehe ~

dia chat dengan aku simple-simple ja
tapi lawak kowt
aku taktau kenapa aku jadi macam ni
OH ! taktau nak cakap :D

sekali tu ja lah dia tegur aku
aku selalu tunggu jugak dia online
tapi tak online pun
aku nak tegur dia pun tak boleh

tapi hari ni, aku saja like gambar dia
tiba-tiba dia like balik gambar aku
baru aku tau, sebenarnya dia tengah online
pastu, aku terus tegur dia
mula-mula dia tak buka chat dia
5mimit kemudian
tengok dia dah buka chat dia

aku tulis blog ni pun sambil chat dengan dia lah
ngee ~
gatal tak aku?
ahaha ~

bukan apa, orang kata kalau kita nak sesuatu yang lebih baik
kita kena berusaha
tak salahkan kalau kita cari apa yang kita perlu
kalau dia boleh buat aku senyum macam dulu
walaupun sebagai kawan dah cukup buat aku 
untuk hiburkan hati yang tengah pasrah
ngee ~ :)

# kalau dah curi hati orang , jangan lupa jaga baik-baik
hati manusia ni boleh bertukar-tukar, manusia yang selalu dijaga di belai setiap saat pun boleh berubah
apatah lagi orang yang selalu diabaikan :)

Friday, 1 February 2013

Tinggal Kenangan ~

kalau boleh patah balik masa, 
aku nak patah balik pergi tahun 2008
tahun ni hidup aku paling best yang pernah aku rasa
taktau kenapa aku sayang sangat hari-hari yang ada dalam tahun 2008 tu
tahun tu bagi sejuta rasa buat aku
aku happy, sedih, buas, and macam-macam lagi lah

sebelum datang tahun 2008 dalam hidup aku
dulu-dulu, aku pemalu gila-gila
orang kata anak dara terakhir tahap A punya
aku tak pernah rapat dengan seorang lelaki pun
walaupun sebelum-sebelum ni aku pernah suka dekat seorang mamat ni

masa aku darjah 4 sampai form 1
aku ada hati juga lah dekat dia, tapi senyap ja..
HAHA~
jujur cakap, dia memang handsome, putih melepak gitu, suka buat ramput cacak..
wah! comelnya dia time tu.. ngeee ~
kawan-kawan aku selalu cakap dia suka dekat aku
tapi aku cakap dekat depa semua aku tak suka dia
acecey ~ dalam hati ada taman sebenarnya
aku pernah sekelas dengan dia, tempat dia belakang aku ja
walaupun aku suka dia, tapi aku tak pernah tegur, sembang-sembang dia sampai sekarang
aku tak ada hati dah pun dengan dia
HAHA ~
# kecik-kecik dah gatai, malu ngad aih

perangai aku dulu memang tak sama dengan sekarang
nak tau kenapa??
sebab aku jumpa dengan dua hamba tuhan 2008 ni lah
depa yang banyak hasut aku buat benda tak berfaedah ni
kalau banyak lagi hasutan yg depa bagi,
boleh jadi setan aku
HAHA ~ :P
# depa baik sebenarnya

jejak saja aku dekat 2Dedikasi, yg tak seberapa dedikasi sangatlah
aku kenal dengan dua makluk ni,
mula-mula aku kenal dengan Aniq Rifqi
dia ni pernah suka dengan aku masa darjah 6 dulu
selalu datang skodeng aku, dia katalah
alalala ~ :P
*bukan boleh caya sangat ni, saja nak bagi sedap hati aku ja*

then, aku kenal dengan ISMAIL :P
opss ! Mohd Nur Shafiq Ismail b Sobri
hah ~ dia ni lah menjadikan aku banyak mulut sekarang
# banyak mulut??? satu ja mulut aku
banyak cakaplah
kutuk-kutuk, ngata-ngata orang ni depa dua oranglah ajar
HOLAhola ~ :P

setiap hari depa mesti text dengan aku
tapi sekarang semua busy
dari tak kenal sampai lah jadi BFF
walaupun Aniq dah pindah, mungkinlah dia still ingat aku.. hoho ~
dia pindah pun dia datang rumah aku jumpa aku
shafiq pula, selalu ja ada bila aku mintak tolong apa-apa
aku sayang ja dekat depa dua orang sangat-sangat :)

lepas tu aku ingat lagi,
masa tahun ni aku duduk dalam kelas tu
aku jadi nakal-nakal sikit
wey, aku pernah kena dengan cikgu UNKNOWN
*orang panggil dia annun lah*
berdiri atas meja time dia mengajar
dekat belakang
aku dengan dua orang lagi member berdiri atas meja
macam patung model entah apa-apa
semua perempuan pulak tu
malu gila kowt
bila shafiq tengok aku berdiri dia gelakkan aku
and aku senyum ja lah
annun memang suka buli orang
Shafiq selalu ja kena dengan dia
kalau Shafiq tak mai, nanti annun mesti rindu..
depa serasi sangat
HAHA ~ :P

teringat masa tahun ni
cikgu Zunul Paini dia bawak kami pergi Genting
perhh ~ best gila time ni
main sakan satu hari dekat sana
duk naik roller coster banyak-banyak kali
aku taktau kenapa aku jadi gila sampai macam tu
HAHA ~


semua kengkawan aku yg rapat time tu, jenis gila-gila
bak perpatah hidup aku ni penuh dengan pelangi lah time tu
gelak ja 24jam, tak pernah rasa boring
aku banyak sangat main dalam tahun ni
sampai pelajaran aku pun tak tentu hala terabur
form 3 aku turun kelaslah
sedih gila


tahun ini jugak lah aku belajar erti C.I.N.T.A monyet
eh! monyet ka?? alalala ~
aku sendiri pun taktau macam mana aku boleh terjerumus dalam benda ni..ngee ~
time ni aku kuat jealous kalau nak tau
tak boleh dengar orang tuh rapat dengan orang lain sikit mesti merajuk habis
biasalah saya budak baru belajar
tak reti apa-apa pasal cinta-cinta ni
tapi yang bestnya, dia suka ja pujuk aku
walaupun bukan salah dia

lepas tu, tahun ni jugak lah aku belajar erti curang
HAHA ~
bila dia buat taktau dekat aku
aku boleh ja tinggal dia macam tu ja
eish ~ kejam gila aku rasa
sorry lah noh

tahun ni juga lah benda yg aku tak sangka jadi dekat aku
biasalah budak-budak sekolahkan suka conteng dinding tandas
nama sapa-sapa yg depa tak puas hati mesti naik
so tiba-tiba nama aku naik sekali dalam tu
aku taktau apa yg depa dengki dengan aku
sampai buat aku macam tu, padahal aku tak kacau depa pun
mungkin depa jealous aku dengan abang angkat aku
dia tu budak hostel sekolah aku
dah lah handsome, baik
budak harapan jugak kat sekolah aku
semua orang tak caya dia ada apa-apa dengan aku
maybe depa ingat aku couple dengan dia
termasuk cikgu

walaupun dalam tahun tu aku pernah menangis
tapi aku tak rasa sepi macam mana aku rasa sekarang
sebab time tu, ramai orang selalu ceriakan hari-hari aku
selalu ada 24jam dengan aku
aku teringin sangat-sangat nak jadi macam dulu
rindu sangat-sangat
bila lah boleh jadi macam dulu balik??
:')

- THE END -

Wednesday, 30 January 2013

Mengada's !

kalau hampa semua nak tau
aku ni jenis mengada tahap kritikal dah tau tak
HAHA !

biasalah setiap manusia ada kelebihan and kekurangan, kan?
perangai manusia serupa tapi tak sama
macam kembarlah, 
walaupun muka sama tapi hati lain-lain

aku ni paling tak suka orang buat dekat aku,
benda yg aku tak suka buat dekat orang
*apa aku cakap ni?? serupa pari-pari* 
pandai-pandai sendirilah nak faham..HOLAhola ~
iyalah, kita mestilah tak suka orang buat benda yg kita tak suka, kan??

aku selalu ja nak orang lain faham aku
ambik tau pasal aku lah and blablablabla
*nampak tak kemengadaan dia kat situ??* :D

ni benda yg aku tak suka buat selalu jadi dekat aku yg dapat dikenalpasti :

satu, aku tak suka habiskan duit aku untuk orang yg tak berapa penting dalam hidup aku
bukan aku sorang ja, orang lain pun sama juga kowt aku rasa, kan?
sebab aku tau, aku sendiri pun tak cukup duit
lepas tu nak habiskan duit pulak untuk orang yg lain
OH! memang tak lah, kecuali dia blablabla..hoho :P

dua, aku tak suka text or call orang yg tak ada kaitan dengan aku
maksud aku, saja-saja nak hilangkan boring
kalau aku boring pun aku buat ja taktau
tak pun pergi on9 FB ka skype ka apa ka
tak perlu kacau orang lain kowt noh
sebab tu kredit aku selalu ja tahan lama..ngee ~

tiga, aku tak suka bila nak text duk reply pendek-pendek ni
tambah-tambah dalam text dia tuh ada perkataan "ermm"
hilang terus mood aku nak baca apa yg dia hantar
aku takkan reply terus text dia tuh
*nampak tak permainan dia??*
# orang mengada selalu macam tu.. HAHA ~

empat, aku tak suka orang paksa aku
paksa ja lah aku buat apa pun
kalau aku kata taknak, so aku TAKNAK!
*see, ingat kepala otak dia sorang ja ka betul*

lima, yg ni tak selalu tapi kadang-kadanglah..ngee~
aku tak suka baru ja kenal, lepas tu nak ajak couple
serr ~ stress terus dengar..
kalau kawan tak boleh ka?
*kalau jadi kawan, awak tak boleh ka nak jaga orang yg awak suka??*
kenal pun tak seberapa, nak couple pula
lepas tu baru 2, 3 jam clash
saja pun aku suka buat koleksi, kan?
HOho ~

enam, aku tak suka orang merajuk dengan aku
sebab aku tak reti nak pujuk-pujuk ni
aku tak ambik kursus memujuk
tu aku tak reti pujuk..ngee

sikit-sikit sudah lah kowt nak tau..
ngee ~
aku ni memang banyak songeh pun
so sabar ja lah sapa yg rapat dengan aku tu
nak buat macam mana, dah memang macam tu
aku tau kadang-kadang depa sakit hati dengan aku
tapi aku taktau nak cakap macam mana..
sorry noh

- THE END -

Tuesday, 29 January 2013

Tak Sedar Diri!

AHAHA !
Siti Nabilah bt Kamaruddin ni kan suka ja buang duit
tak sedar diri yang awak tu dah takada duit
duet pt pun dah tinggal berapa kerat ja
tunggu masa na tinggal kosong ja cik oii

nak tau aku buat apa??
aku kan, saja gedik-gedik pergi jelajah dekat ZALORA
dah tu kan, jamu mata dengan kasut-kasut yang berwarna warni pulak
hah ~ faham-faham sajalah, ada yang berkenanlah cangok lagi ?
nasib ja aku fikir takada duit
kalau tak aku dah order suruh dia hantar rumah tau tak??
kenapa lah time sekarang ni jugak duit takada?

sedih tau tak
tak dapat aku nak beli kasut tu
dah banyak kali ni aku buka tengok gambar kasut tu
bila lah aku nak beli oiii
nak jugak ! nak jugak !
ahaha ~ *GEDIK*

padahal aku baru ja beli kasut wedges VINCCI 
nak di jadikan cerita aku tengok kasut tu lama dah tapi tak beli lagi
balik rumah selalu ja teringat dekat kasut tu
tiga hari kemudian aku pergi kedai tu and beli
baru hati aku puas.. HAHA
pakai pun aku tak lagi
dah ngada nak beli lain..ngee ~
iyalah tu wedges, ni kasut flat bertutup boleh pakai pergi kelas
kasut nak pergi kelas kan tak banyak
lalala ~ >.<

ada lah satu kasud tu kan, 
aku minat sesangat lah, saiz aku last wey..
tinggal satu tu ja
sempat tak rasa-rasa kalau nak tunggu aku dapat duit??
mesti nanti ada orang dah beli punya kan
dah lah saiz kaki aku ni cepat habis
huawaahhH ~
tapi nak buat macam mana
dalam mimpi saja lah
:'(

tengok gambar tu, comel-comel belaka..
ada banyak lagi..ngee ~
tapi nak buat macam mana, sabo ja lah
setiap hari lah aku tengok gambar kasut kalau dapat kira naseb ja

- THE END -







Friday, 25 January 2013

Perempuan

Perempuan nih complicated kan?
ala-ala mengada gitu..
memang pun kan?
hoho ~
normallah kan? perempuankan manja
*manjalah sangat* ahaha ~

kalau dia sayangkan someone,
mesti dia bersungguh-sungguh nak ambil tahu pasal lelaki tu..
kau tak percaya ka? *apa ku kesah* :P

perempuan ni kan, dia suka orang caring pasal dia,
selalu ada dengan dia,
walaupun berjauhan, tak salah kowt kalau call sekejap walaupun 5minit
takkan lah busy sampai tak rehat kan?
mesti ada masa lapang walaupun sekejap..
# tapi tak perlu over sangat, sampai rimas kepala
*nampak tak, kemengadaan dia disitu?*
HAHA ~

perempuan macam budak-budak,
dia tak tahu apa yang tersirat
dia just nampak apa yang ada depan mata ja
kalau abaikan mesti dia ingat orang tu tak sayang dia, tak perdulikan dia..
*so lelaki-lelaki dekat luar tu, kena lah ambil tahu pasal perempuan ni..
awak rasa apa yang awak buat tu betul ka tak?*

selagi orang tersayang dekat dengan dia, selagi tu dia akan sayang
walaupun ada orang lain depan mata
*tak macam laki, kan?* :P

tapi perempuan akan hilang rasa sayang dekat orang yg dia sayang
bila orang tu jauh dengan dia
# bukan tinggal berjauhan, tapi tak endahkan dia
*kau tahu ka ada orang lain nak ambil kesempatan dia? 
tak tahu kan? sebab kau tak ambil kesah*
holahola ~

sebab tu perempuan sayang dekat orang lain..
maybe orang lain tu lebih caring pasal dia
*lelaki nih kan suka caring bila dia tak dapat lagi, tapi bila dia dapat abaikan*
# ada ka patut?

- THE END -

Tuesday, 22 January 2013

Belajar Dari Kesilapan !

Dalam sebulan dua ni dah banyak kesilapan yg aku buat
aku ingat;
aku ni betul buat keputusan,
aku dah boleh fikir panjang,
aku boleh selesai masalah aku sendiri.

sebenarnya;
aku tak mampu nak buat keputusan dengan betul,
aku tak boleh fikir panjang pasal diri aku,
aku tak boleh selesai masalah tapi menyusahkan lagi orang lain.



banyak benda kita kena belajar
bukan setakat ilmu yang ada dalam buku,
yang kita belajar dekat sekolah or apa-apa saja la
tapi belajar macam mana nak menguruskan diri sendiri

kesilapan yang kita pernah buat tu
jadikan pengajaran, bukan hukuman untuk tebus semula
tapi kita kena usaha perbaiki segala kesilapan tu
dengan membuat sesuatu yang lebih baik
jika masih perlukan

cari jalan untuk perbaiki
bukan lari dari kekurangan yang diperolehi
semalam adalah kenangan, dan hari ini adalah kenyataan
guna peluang jika masih ada sekarang
jangan guna bila sudah terlambat


Siti Nabilah, awak kena terima seadanya
semua keburukan adalah keputusan awak sendiri
jangan salahkan orang lain..
jika awak inginkan something yang awak nak,
perbaiki diri awak dan berusahalah untuk memperolehinya
bukan biar ia terbang tinggi jauh dari awak 
dan jatuh ke tangan orang lain :')


Hope masalah ni selesai secepat yang mungkin..

-THE END-

Sunday, 13 January 2013

Kaca dan Permata

kadang-kadang manusia ni keliru nak pilih
mana satu kaca and mana satu permata..
tak perlu salahkan takdir kalau sesuatu yg buruk jadi dekat kita
sedangkan kita sendiri yang buat keputusan..
semua yang buruk datang dari kita, and yang baik tu datang dari Allah

Aku sendiri pun taktau, permata mana yg betul
kaca ja banyak bersepah..
masa dulu mungkin ada permata depan mata aku
tapi sayangnya permata-permata yg aku ada tu dah hilang..

first, aku buang permata yg aku dah dapat
sebab aku rasa dia tak penting untuk aku..
second, permata tu makin lama, makin jauh dengan aku sekarang
and third, permata yg aku berharap dia akan datang
sepi tanpa berita..
*malangnya nasib manusia ni*

masa dulu permata-permata tu selalu ada dengan aku..
selalu happy, sedih sama-sama dengan aku..
permata ini jugalah yg selalu jaga and ubah kehidupan aku
bagi nasihat and tunjuk ajar bila aku diperlukan
*rasa-rasa aku boleh tak jumpa permata lagi ??*
mana dia menghilang ??
mungkin dia permata aku dari dulu sampai sekarang
tapi kenapa bila aku cari, dia takdak pun ?
sorry, sebelum ni tak selalu ambil tau and mungkin pernah lupa
tapi aku tetap sayang
I miss you, Abang Hishamuddin!
dia banyak bagi nasihat untuk aku
dia dah jadi seorang abang yg baik untuk aku
thanks ~ :')

- THE END -

Wednesday, 2 January 2013

*JANJI*


tiba-tiba teringat pulak janji
janji-janji semua orang yang pernah terucap,
janji aku dekat orang, and janji orang dekat aku :)
yang dah tunaikan tu, aku nak cakap syukrun jidan !
*wah ! arabic pulak..ngee ~*
janji yang tak tertunai tu, mesti dah lupa, kan?
janji tu mungkin takkan ditunaikan..

btw, kat sini aku pun nak mintak maaf jugak lah..
mana la nak tau kan, aku ada janji dengan sapa-sapa, pastu tak tunaikan..
sorry ya, takdak niat pun..
aku ni kadang-kadang cepat lupa..
*oii ~ bukan nyanyok tau !*

susahkan kalau kita ada berjanji apa-apa..
bila tak tunaikan, boleh jadi seorang yang munafik..
kita dah janji dengan orang, lepas tu kita tak buat macam mana mulut kita cakap..
bak perpatah apa aku pun taktau lah, orang selalu cakap
- Cakap Tak Serupa Bikin -
HOHO


weywey ~
kalau aku ada janji apa-apa yang belum aku tunaikan,
kalau boleh ingatkan aku erk..
aku cuba tunaikan, insyaAllah ~
:)