◄ ツ

Saturday 23 February 2013

Nasihat doktor :)

Hari ni aku nak tulis pasal
nasihat doktor-doktor cinta yang pernah bagi motivasi dekat aku
taktau diiktiraf atau tak..ngee ~

salah sorang doktor cinta aku.. Ummi, iaitu mak aku lah..mak aku cakap kawan biar ramai, kasih biar satu..sapa yang nak kawan dengan kita, kita terima..kalau kita rapat dengan seseorang yang lebih dari itu berhati-hati, jangan terlalu sayangkan dia..kadang-kadang boleh sakitkan diri sendiri tapi jangan pulak abaikan dia.. walaupun dia bukan sapa-sapa untuk kita, kita kenalah jaga tingkah laku kita.. jangan terlalu seronok dengan orang lain, sampai kita tak sedar kita dah lukakan hati dia.. walaupun dia tak tahu, dia tak marah atau perdulikan kita tapi dalam hati sapa tau, dia menagis dan marah :)
# betulkan mak aku cakap.. sakit bila kita sayang terlalu orang, tapi sayang tu dihargai.. bila sayang tu dijaga dengan elok, limited-kan kasih sayang untuk seseorang memang bahagia

then, doktor seterusnya orang yang sangat rapat dengan aku
*dulu ja kowt* hoho ~
dia say, slow-slow untuk terima semuanya.. kalau ada jodoh takkan ke mana.. semua itu bukan kita mintak, kita boleh doa supaya kita dapat apa yang kita nak
# iyalah, sekuat mana pun kita usaha untuk dapatkan dia kalau bukan jodoh kita, tak dapat juga

doktor dari politeknik aku pulak (ex roomate)
dia selalu bagi semangat jugak dekat aku, bila aku nak buat benda yang tak berapa nak betul dia mesti marah aku..kalau aku nak merajuk, mesti dia cakap "tak baiklah buat macam tu, kesian dia" walaupun dia tau tu bukan salah aku, dia still suruh aku maafkan.. lepas tu, dia marah aku bila aku nak balas dendam dengan apa yang orang dah buat dekat aku.. dia suruh aku buang ego aku, text bila rindu jangan selalu tunggu..
# ada betul juga cakap dia, orang selalu cakap kekerasan harus dibalas dengan kelembutan..jadi bila aku sayangkan orang kenapa aku nak buat bukan-bukan dekat dia, kan? :)

next, doktor ni BFF aku yang aku ada
*BFF lah sangatkan?* hoho~

  1. cari ja orang lain bila orang tak sudi.. AHAHA ~ nasihat yang ni perosak bangsa dan negara..ngee ~ # bukan senang ooi nak buat semua tu kalau kita betul-betul sayang
  2. sabar dan tunggu # tapi tahap kesabaran seorang manusia ada batas
  3. bagi peluang untuk mereka memerlukan # tapi peluang itu untuk sapa, aku pun taktau
last, doktor public..ngee ~
orang ramai punya nasihat yang pernah aku dengar

  1. jangan ego, kena mengalah # habis tu aku nak buat macam mana?
  2. mungkin itu hanya kejutan budaya, boleh perbetulkan semula # perlu ka ulang salah yang sama?
  3. jangan putus asa, selagi masih ada ruang # sedangkan tak mampu menghadapi
  4. berusaha untuk dapat kan sesuatu..tanpa usaha macam mana nak dapat kejayaan
- THE END -


Sunday 17 February 2013

Ya Ahki

Syukrun jazilan ya ahki kerana awak im saya

kawan aku lah punya kerja
dia suruh aku add sorang mamat ni
biasalah aku kan single
depa nak kenen-kenen kan aku lah konon
aku cakap
*ok, aku add tapi taknak tegur dulu*
*dia kata budak tu handsome, baik, sesuai untuk aku*
ingat aku ni senang nak terima orang kowt
ahaha ~
# cakap besar tu, tak tengok lagi
sekali tengok, ya Allah betapa sucinya muka dia
ahaha ~ acecey ~
bagi aku muka dia biasa-biasa ja lah
tapi budak sekolah agama kowt

mula-mula aku add dia , and dia approve
dia buat taktau
sedihlah orang buat tak tau kat kita, kan?
aku tanya dekat member aku tu
dia buat taktau ja dekat aku
aku segan nak tegur
dia cakap budak tu pun jenis pemalu
ramai yang nak dekat dia, tapi dia tolak
so aku ingat dia tak suka juga kawan dengan aku

tapi bila aku update status, dia selalu like
aku selalu nampak nama dia naik dekat notification aku
hari tu, tiba-tiba aku tergerak hati nak boom fb dia
tapi tak sempat aku nak boom, ada sorang hamba Allah im aku
time tu aku baru nak skodeng fb dia
aku tengok im kat bawah tu, nampak nama dia
tak percaya gila aku
tengok dua tiga kali jugak lah aku
hati rasa happy macam mana aku pun taktau
memang aku tak sangka dia akan tegur aku
hehe ~

dia chat dengan aku simple-simple ja
tapi lawak kowt
aku taktau kenapa aku jadi macam ni
OH ! taktau nak cakap :D

sekali tu ja lah dia tegur aku
aku selalu tunggu jugak dia online
tapi tak online pun
aku nak tegur dia pun tak boleh

tapi hari ni, aku saja like gambar dia
tiba-tiba dia like balik gambar aku
baru aku tau, sebenarnya dia tengah online
pastu, aku terus tegur dia
mula-mula dia tak buka chat dia
5mimit kemudian
tengok dia dah buka chat dia

aku tulis blog ni pun sambil chat dengan dia lah
ngee ~
gatal tak aku?
ahaha ~

bukan apa, orang kata kalau kita nak sesuatu yang lebih baik
kita kena berusaha
tak salahkan kalau kita cari apa yang kita perlu
kalau dia boleh buat aku senyum macam dulu
walaupun sebagai kawan dah cukup buat aku 
untuk hiburkan hati yang tengah pasrah
ngee ~ :)

# kalau dah curi hati orang , jangan lupa jaga baik-baik
hati manusia ni boleh bertukar-tukar, manusia yang selalu dijaga di belai setiap saat pun boleh berubah
apatah lagi orang yang selalu diabaikan :)

Friday 1 February 2013

Tinggal Kenangan ~

kalau boleh patah balik masa, 
aku nak patah balik pergi tahun 2008
tahun ni hidup aku paling best yang pernah aku rasa
taktau kenapa aku sayang sangat hari-hari yang ada dalam tahun 2008 tu
tahun tu bagi sejuta rasa buat aku
aku happy, sedih, buas, and macam-macam lagi lah

sebelum datang tahun 2008 dalam hidup aku
dulu-dulu, aku pemalu gila-gila
orang kata anak dara terakhir tahap A punya
aku tak pernah rapat dengan seorang lelaki pun
walaupun sebelum-sebelum ni aku pernah suka dekat seorang mamat ni

masa aku darjah 4 sampai form 1
aku ada hati juga lah dekat dia, tapi senyap ja..
HAHA~
jujur cakap, dia memang handsome, putih melepak gitu, suka buat ramput cacak..
wah! comelnya dia time tu.. ngeee ~
kawan-kawan aku selalu cakap dia suka dekat aku
tapi aku cakap dekat depa semua aku tak suka dia
acecey ~ dalam hati ada taman sebenarnya
aku pernah sekelas dengan dia, tempat dia belakang aku ja
walaupun aku suka dia, tapi aku tak pernah tegur, sembang-sembang dia sampai sekarang
aku tak ada hati dah pun dengan dia
HAHA ~
# kecik-kecik dah gatai, malu ngad aih

perangai aku dulu memang tak sama dengan sekarang
nak tau kenapa??
sebab aku jumpa dengan dua hamba tuhan 2008 ni lah
depa yang banyak hasut aku buat benda tak berfaedah ni
kalau banyak lagi hasutan yg depa bagi,
boleh jadi setan aku
HAHA ~ :P
# depa baik sebenarnya

jejak saja aku dekat 2Dedikasi, yg tak seberapa dedikasi sangatlah
aku kenal dengan dua makluk ni,
mula-mula aku kenal dengan Aniq Rifqi
dia ni pernah suka dengan aku masa darjah 6 dulu
selalu datang skodeng aku, dia katalah
alalala ~ :P
*bukan boleh caya sangat ni, saja nak bagi sedap hati aku ja*

then, aku kenal dengan ISMAIL :P
opss ! Mohd Nur Shafiq Ismail b Sobri
hah ~ dia ni lah menjadikan aku banyak mulut sekarang
# banyak mulut??? satu ja mulut aku
banyak cakaplah
kutuk-kutuk, ngata-ngata orang ni depa dua oranglah ajar
HOLAhola ~ :P

setiap hari depa mesti text dengan aku
tapi sekarang semua busy
dari tak kenal sampai lah jadi BFF
walaupun Aniq dah pindah, mungkinlah dia still ingat aku.. hoho ~
dia pindah pun dia datang rumah aku jumpa aku
shafiq pula, selalu ja ada bila aku mintak tolong apa-apa
aku sayang ja dekat depa dua orang sangat-sangat :)

lepas tu aku ingat lagi,
masa tahun ni aku duduk dalam kelas tu
aku jadi nakal-nakal sikit
wey, aku pernah kena dengan cikgu UNKNOWN
*orang panggil dia annun lah*
berdiri atas meja time dia mengajar
dekat belakang
aku dengan dua orang lagi member berdiri atas meja
macam patung model entah apa-apa
semua perempuan pulak tu
malu gila kowt
bila shafiq tengok aku berdiri dia gelakkan aku
and aku senyum ja lah
annun memang suka buli orang
Shafiq selalu ja kena dengan dia
kalau Shafiq tak mai, nanti annun mesti rindu..
depa serasi sangat
HAHA ~ :P

teringat masa tahun ni
cikgu Zunul Paini dia bawak kami pergi Genting
perhh ~ best gila time ni
main sakan satu hari dekat sana
duk naik roller coster banyak-banyak kali
aku taktau kenapa aku jadi gila sampai macam tu
HAHA ~


semua kengkawan aku yg rapat time tu, jenis gila-gila
bak perpatah hidup aku ni penuh dengan pelangi lah time tu
gelak ja 24jam, tak pernah rasa boring
aku banyak sangat main dalam tahun ni
sampai pelajaran aku pun tak tentu hala terabur
form 3 aku turun kelaslah
sedih gila


tahun ini jugak lah aku belajar erti C.I.N.T.A monyet
eh! monyet ka?? alalala ~
aku sendiri pun taktau macam mana aku boleh terjerumus dalam benda ni..ngee ~
time ni aku kuat jealous kalau nak tau
tak boleh dengar orang tuh rapat dengan orang lain sikit mesti merajuk habis
biasalah saya budak baru belajar
tak reti apa-apa pasal cinta-cinta ni
tapi yang bestnya, dia suka ja pujuk aku
walaupun bukan salah dia

lepas tu, tahun ni jugak lah aku belajar erti curang
HAHA ~
bila dia buat taktau dekat aku
aku boleh ja tinggal dia macam tu ja
eish ~ kejam gila aku rasa
sorry lah noh

tahun ni juga lah benda yg aku tak sangka jadi dekat aku
biasalah budak-budak sekolahkan suka conteng dinding tandas
nama sapa-sapa yg depa tak puas hati mesti naik
so tiba-tiba nama aku naik sekali dalam tu
aku taktau apa yg depa dengki dengan aku
sampai buat aku macam tu, padahal aku tak kacau depa pun
mungkin depa jealous aku dengan abang angkat aku
dia tu budak hostel sekolah aku
dah lah handsome, baik
budak harapan jugak kat sekolah aku
semua orang tak caya dia ada apa-apa dengan aku
maybe depa ingat aku couple dengan dia
termasuk cikgu

walaupun dalam tahun tu aku pernah menangis
tapi aku tak rasa sepi macam mana aku rasa sekarang
sebab time tu, ramai orang selalu ceriakan hari-hari aku
selalu ada 24jam dengan aku
aku teringin sangat-sangat nak jadi macam dulu
rindu sangat-sangat
bila lah boleh jadi macam dulu balik??
:')

- THE END -