◄ ツ

Sunday 31 July 2011

NEON ILLUMINATOR !!!


  • Case / bezel material: Resin



  • Resin Band



  • 100-meter water resistance



  • Mineral Glass



  • Shock Resistant



  • Neon Illuminator (Blacklight LED)
    Afterglow



  • World time
    29 time zones (27 cities), city code display, daylight saving on/off



  • 1/1-second stopwatch
    Measuring capacity: 59'59
    Measuring modes: Elapsed time, split time, 1st-2nd place times



  • Countdown timer
    Measuring unit: 1 second
    Countdown range: 60 minutes
    Countdown start time setting range: 1 to 60 minutes (1-minute increments)
    Others: Auto-repeat, progress beeper



  • Daily alarms
    5 independent daily alarms (4 one-time alarms and 1 snooze alarm)



  • Hourly time signal



  • Full auto-calendar (to year 2039)



  • 12/24-hour format



  • Regular timekeeping
    Analog: 2 hands (hour, minute (hand moves every 20 seconds))
    Digital: Hour, minute, second, pm, month, date, day



  • Accuracy: ±30 seconds per month



  • Approx. battery life: 2 years on SR726W × 2



  • Size of case/total weight: 43.4 X 43.1 X 15 mm/44 g



  • Friday 29 July 2011

    Couple !

    What should I do ???


    Dah banyak kali aku dengar orang cakap, couple itu haram.. Sebab couple tu adalah zina..
    Betul ke ? I think, benda tu betul, tapi aku pun ada couple juga..

    Nak tau napa aku boleh terfikir pasal dosa orang bercouple niey ??
    Sebab nya dari ustaz yang datang ceramah dekat sekolah aku.. Ustaz tu kata, dia nak doakan orang yang tak sembahyang and couple mati, kalau boleh time tu juga mati and semua orang kena amin kan sama-sama.. Bila aku dengar ustaz tu kata macam tu, aku pun jadi takut.. Sebab aku nie ta banyak pahala.. Aku boleh ke masuk syurga Allah..

    Adakah aku bersalah ???
    And apa yang aku harus lakukan ??
    Break or teruskan saja ?

    Kalau aku break, aku rasa tak boleh kowt.. Sebab tiap-tiap hari aku selalu ingat dekat dia.. Tapi kalau aku teruskan je, aku rasa bersalah pula..

    Serious, aku memang sayang dia.. And aku teringin nak jadi seorang yang solehah, tapi aku sekarang ni pun teruk.. Boleh ke aku berubah ?

    Aku tak rela kowt nak break dengan dia tanpa sebab.. Dia baik dengan aku, dia boleh bagi semangat untuk aku untuk berjaya and dia boleh mengubah aku pergi ke jalan yang lurus.. :)
    Sebab dia larh aku dah banyak berubah, dari buruk boleh jadi lebih baik dari yang dulu..

    Salah ke kalau aku nak couple dengan dia ??

    Tuesday 12 July 2011

    Alone !

    Kadanga-kadang kita perlu mengalah demi orang lain..
    Kerana mengalah tak bererti kita kalah..

    Now aq dah banyak berubah.. Dulu aq selalu rasa happy bila pergi sekolah sebab ada ramai kawan and ada member yang selalu dengan aku.. Bila sampai sekolah, mesti cari member aq tu dulu, bila nak balik sekolah selalu sama-sama.. Kalau dia nak balik lambat aq mesti teman dia, and bila aq kena balik lambat dia tunggu aq.. But, tu dulu.. Sekarang aq takda kawan yang selalu nak ambil tau pasal aq.. Dia dah rapat dengan orang lain.. Siap tinggal aq sorang-sorang dekat sekolah.. Hadoiy ~
    Semua orang buat taktau.. huhh ~~

    kenapa diorang tak pernah rasa apa yang aq rasa ???
    Aq takada perasaan ka ??
    Or aq yang terhengeget and manja, selalu kena ada orang teman ?

    But kenapa diorang cari aq bila diorang susah. ?
    Bukan aq nak ungkit apa-apa, but aq terasa sangat dengan diorang sebab buat aq..
    Apa salah aq ??

    maybe, aq patut duduk sorang-sorang kowt ! kalau tak, buat tambah dosa aq ja, sebab duduk dengan diorang sure ada banyak gossip and selalu kutuk orang.. ahaha ~~

    OH ! Thank dekat member-member aq sebab buat aq jadi seorang yang pendiam kembali !

    Aq nak mintak maaf juga dekat orang-orang yang selalu text dengan aku, sebab aq selalu tak reply text diorang.. So sorry sangat-sangat eah !

    Aq bukan taknak text. but this year, aq da jarang text dengan orang.. Dekat rumah memang boring gila ~ tapi aq da biasa kowt lonely, so tak jadi masalah..

    Jujur cakap, this year memang aq dah tak banyak gelak macam tahun-tahun lepas.. But aq still akan senyum walaupun aq sakit, hati aq menanah ke and apa-apa saja akan terjadi.. Kalau korang rasa itu memang patut untuk aq teruskan jaa..

    Dalam banyak-banyak orang.. Only one, yang selalu buat aq happy dari dulu sampai sekarang..
    Thank sayang ! Hope you not let me go !

    Please, do not disturb him.. Since he belongs to me !

    Thursday 7 July 2011

    Karangan terbaik UPSR 2007 Karangan budak darjah 4

    Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.

    Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.

    Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit "Adoi!". Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.

    Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di GentingHighlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.

    Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi. Emak say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.

    Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.

    Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.