◄ ツ

Friday 24 June 2011

26 ciri-ciri perempuan yang diminati

KASIH manusia sering bermusim,
sayang manusia tiada abadi.
Kasih Tuhan tiada bertepi, sayang Tuhan janji-Nya pasti.


1. Jadi pendengar setia
Lelaki suka wanita menjadi pendengar setia dan tidak suka kaum hawa yang suka membangkang.

2. Tarikan derapan kasut
Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki.

3. Jangan bersolek tebal
Lelaki tidak suka jika anda memakai alat solek terlalu tebal.

4. Ingat hari pentingnya
Mengetahui bila hari lahirnya antara resipi penting yang perlu diketahui. Berbuatlah sesuatu untuk hari pentingnya itu.

5. Hormatinya
Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.

6. Jangan terlalu kebudak-budakan
Bersikap matang dalam tutur kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan.

7. Agresif
Lelaki suka sikap wanita yang agresif.

8. Jangan terlalu seronok
Jangan terlalu seronok ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk perkenalan pertama.


9. Jangan ganas
Jangan terlalu bersikap kelelakian dan ganas dalam pergaulan.

10. Jangan terlalu baik
Jangan terlalu menunjukkan bahawa kamu ini terlalu baik dan sempurna.

11. Jangan perasan
Jangan perasan bahawa kamu ini mempunyai paras rupa yang jelita.

12.Sikap sederhana
Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.

13. Sikap keibuan
Bersikap keibuan adalah antara petua yang perlu dititikberatkan.

14. Lemah-lembut
Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.

15. Sensitif
Ketahuilah mereka adalah golongan yang terlalu sensitif dan sukakan kelembutan apatah lagi daripada seorang gadis.

16. Kenali dirinya
Kenali siapa dirinya yang sebenar sebelum anda memulakan langkah untuk memikat.

17. Jaga kecantikan
Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah anda dipenuhi jerawat batu!

18. Gaya kemas
Aset penting bagi anda untuk memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya langkah yang kemas.

19. Jangan kuno
Jangan bersikap terlalu kuno.

20. Sering tanya khabar
Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu supaya tali persahabatan anda dengannya tidak putus begitu saja. Mungkin suatu hari nanti sikap anda yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.

21. Jujur dalam tingkah laku
Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran penting tetapi kecerdikan, kejujuran serta tingkah laku yang bersopan-santun.

22. Suka yang beragama
Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama namun begitu anda tidaklah perlu terlalu alim.

23. Tidak mudah dipermainkan
Menunjukkan bahawa anda bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan selain tidak terlalu merengek dan mengada-ngada.

24. Jangan tunjuk lemah
Jangan tunjukkan kelemahan anda ketika berada di samping lelaki yang anda minati.

25. Tunjuk matang
Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.

26.Suka dimanja
Yang paling penting, lelaki suka dimanja dengan belaian dan kata-kata romantik.

P/S : Betul ke tidak ??

Monday 20 June 2011

saja gedix ! :P

ahahaha ~~
Tadi aku pergi sekolah buat kerja seni.. Dah lama aku buat semua kerja tu kan, tiba-tiba ada sorang budak perempuan ni member aku gak lah, dia jiran aku ja pun.. Dia panggil aku pastu dia bagi satu kertas dekat aku.. Dia say ada orang bagi.. Aku pun jadi blurr, sebab tengah buzy dengan kerja tiba-tiba dia bagi benda tu.. Takpa lah kan, aku simpan ja kertas tu.. Aku and member aku yang lain kuar pergi makan dekat kedai, time dekat kedai makan tu aku pun buka and baca kertas tu.. Aku tak pernah sangka pun ada orang nak buat benda tu dekat aku.. Nak tau kertas tu tulis pa ? ahaha ~~ Budak tu bagi aku lirik lagu, then dia say yang dia suka dekat aku dari 2007-2011.. Dia ada bagi no tel, alamat and email dia sekali..
sorry lah aku tak boleh cerita banyak, nanti buat malu kan budak tu ja..

Bukan aku suka dekat budak tu but aku nak bagi tau dekat budak tu, yang aku tak mau bercinta dengan sapa-sapa pun kecuali my hubby ! Tak ada sapa-sapa pun yang boleh ganti tempat dia.. And aku tak akan kacau dia, tak akan text dengan dia, so i'm sorry, hope boleh paham.. tolong lupakan aku kalau hang still suka dekat aku eah, aku tak nak buat orang sakit hati and marah dengan aku.. Kalau boleh aku nak hang buang perasaan hang dekat aku..

Hubby ~ hope awak akan selalu dengan saya walaupun apa yang terjadi, sebab saya hanya anggap lelaki dekat luar sana tak lebih dari seorang kawan..
Sekian terima kasih !

Thursday 16 June 2011

Confused !

Esok 17 Jun 2011 aku nak pergi kem dekat Pantai Merdeka tiga hari dua malam, hari jumaat sampai ahad..
Aku memang teringin sangat nak pergi kem, but selalu takada peluang ! :( Tapi kali ni aku boleh pergi, best sangat dengar time cikgu kata ada kem tu..
But fikiran aku bertuka bila aku tanya bila tarikh kem tu.. Sebab orang yang aku sayang jumput aku pergi rumah dia, 18 Jun 2011 sama dengan hari sabtu.. Dia panggil aku sebab kakak dia nak kahwin..
Aku confused nak pergi yang mana satu, sebab dua-dua aku teringin sangat nak pergi.. Aku nak pergi rumah dia and tengok kakak dia, tapi aku pun teringin sangat-sangat nak pergi kem.. Kalau lah boleh belah badan aku sebelah pergi rumah dia and sebelah lagi pergi kem tu kan best..
Masa mula-mula memang aku nak pergi rumah dia and cancel nama aku pergi kem tu, tapi bila fikir-fikir balik masa ni saja aku boleh pergi kem and cikgu da janji dengan aku nak bawak aku pergi.. Nanti belum tentu ada kem, kalau ada pun maybe aku tak boleh pergi.. Tapi aku rasa bersalah sangat dekat dia..

Sorry Aman sebab tak pergi rumah, orang memang nak sangat pergi rumah dia.. Orang bukan lebih pentingkan benda lain dari dia, orang harap dia faham orang and tak fikir orang yang bukan-bukan.. Kalau dia terasa or marah dengan orang, orang nak mintak maaf sangat-sangat.. Orang janji nanti bila dia ajak orang lagi, sure orang pergi tau.. InsyaAllah ~

Saturday 11 June 2011

Mengurat dan bercinta !

Adalah sesuatu yang amat perlu untuk seseorang itu memulakan mukadimah cinta dengan mengurat. Apakah hukum mengurat dan bercinta dalam Islam? Apakah dibenarkan seorang lelaki muslim berbual dengan perempuan muslim?. Semua persoalan ini mungkin bermain-main dibenak fikiran remaja muslim yang sangat menitikberatkan ajaran Islam. Bagi sahabat remaja muslim yang kurang mengambil berat persoalan ini, mungkin mereka akan mengunakan formula “redah saja”. Salah tanggapan dan silap fahaman terhadap persoalan ini boleh mewujudkan konflik dalam diri remaja muslim.
Secara kasarnya ada sesetengah ulama menganggap mengurat dan bercinta itu halal tetapi kebanyakkan ulama yang lain pula menganggap haram. Bagaimanapun dikalangan ulama Fekah terdapat beberapa orang ulama yang merupakan pencinta yang hebat seperti Daud az-Zahiri yang merupakan imam Mazhab az-zahiri.
Sebenarnya mengurat dan bercinta sama-sama penting dalam kehidupan. Tiada siapa yang dapat lari daripada mengurat dan bercinta termasuk mereka yang bercinta selepas berkahwin. Hal ini kerana mereka yang bercinta selepas berkahwin akan melihat bakal isteri sebelum diijabkabulkan.
Selain itu jika cinta dianggap sebagai mukadimah kepada perkahwinan, maka mengurat pula dianggap sebagai mukadimah kepada bercinta. Kedua-dua ini berkait antara satu sama lain kecuali bagi mereka yang berkahwin atas pilihan keluarga.


Mengurat dan bercinta dianggap berguna jika ia membawa kepada kebaikan. Sebagai contoh mengurat dan bercinta yang disusuli dengan perkahwinan dan mendirikan rumah tangga adalah berguna kerana ia membawa kebaikan. Dari sini terbentuk pula keluarga dan daripada keluarga ini terbentuk pula masyarakat seterusnya negara.Tidakkah dalam konteks ini mengurat dan bercinta tepat dengan ajaran Islam? Jawabnya ia memang bertepatan dengan ajaran Islam kerana manusia yang diamanahkan Allah sebagai khalifah di muka bumi ini perlu meneruskan survival sehingga ke hari kiamat. Kemungkinan jika manusia tidak mengurat dan bercinta, kita akan pupus di dunia seperti pupusnya dinasour dan ini sudah tentu menyalahi amanah Allah itu.
Namun dari sudut lain, mengurat dan bercinta dianggap tidak berguna dan tidak membawa kepada kebaikan. Mengurat dan bercinta seperti ini tidak menjadi mukadimah kepada perkahwinan sebaliknya mukadimah kepada melahirkan anak luar nikah atau mencampakkan anak yang tidak berdosa ke dalam tong sampah dan longkang.


Mengurat dan bercinta seperti ini dilarang dan diharamkan dalam Islam. Selain itu perlu diingatkan juga bahawa tindakan seseorang itu mengurat dan bercinta itu biasanya bertitik tolak daripada perasaan dan emosi, maka dengan itu mudah sekali terjerumus dalam perkara-perkara yang tidak baik. Oleh itu sesiapa sahaja yang berhadapan dengan ajakan perasaan dan emosi untuk mengurat dan bercinta perlu berusaha sedaya upaya mengunakan kewarasan akal.


Malah sebagai seorang muslim kita juga perlu mengelak daripada konteks fizikal atau luaran yang boleh mencetuskan keghairahan seks yang seterusnya menyebabkan berlaku perlanggaran hukum Allah iaitu perzinaan. Dalam hal ini adalah amat perlu setiap individu muslim berpegang kepada tanggugjawab menjaga dan memelihara aurat kerana persoalan keghairahan seks mempunyai hubung kait yang amat besar untuk berlakunya perzinaan.
Bagi mengelak daripada perkara-perkara terkutuk ini berlaku, panduan rasulullah perlu dipatuhi. Baginda melarang orang Islam supaya jangan melampau dalam mengurat. Malah baginda menyuruh mereka bercinta kerana Allah iaitu mencintai orang yang dikasihi kerana Allah.
Terdapat beberapa riwayat menceritakan Nabi Muhammad s.a.w membenarkan hamba menyanyikan lagu mengurat dipanggil ghazl. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Majah, Rasulullah menyuruh Aisyah menghantar seorang hamba yang pandai menyanyi lagu ghazl kepada pengantin kaum Ansar yang menjadi kerabat Aisyah. Ini kerana menurut Nabi, kaum Ansar ada keramaian termasuk mendendangkan lagu-lagu ghazl. Baginda berkata : Sesungguhnya kaum Ansar adalah kaum yang ada pada mereka ghazl. (Ibnu Majah. Hadis No 1890)
Ghazl bermaksud mengurat tetapi ghazl dalam beberapa hadis nabi bermaksud mendendangkan lagu-lagu cinta yang sunyi daripada kata-kata baik dan sebagainya. Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh al-Bukhari,muslim dan lain-lain, Rasulullah menginggatkan supaya seorang penyanyi keluarga baginda bernama Anjasyah supaya jangan terlalu melampau mendendangkan lagu-lagu yang memperkatakan tentang mengurat dan bercinta.
Dato Dr Mashitah Ibrahim, penolong profesor di Jabatan al-Quran dan Sunah, Kulliah Ilmu Wahyu dan Warisan Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) memberi penjelasan mengenai cinta. Cinta ujarnya sering dikaitkan dengan barat atau Bollywood tetapi sebenarnya orang terlupa bahawa pokok persoalan cinta merupakan matlamat asasi dalam Islam.
Islam adalah agama yang membawa matlamat cinta. Cinta kepada Allah, cinta pada rasul, cinta kepada negara dan cinta sesama manusia. Sebab itulah rasulullah menekankan dalam mendidik anak-anak daripada kecil lagi diterapkan soal cinta. Dalam sebuah hadis, Nabi bersabda: tanamkan dalam diri anak-anak kamu cintakan Allah, cintakan Rasul, cintakan ahli keluarga Rasulullah dan cintakan membaca Al-Quran.
Ini menunjukkan cinta itu suatu yang penting diterapkan dalam diri setiap muslim sehinggakan Nabi s.a.w bersabda bahawa tidak masuk syurga sehingga kamu belajar cinta-mencintai diantara satu sama lain.
Remaja bercinta jelas beliau bukan suatu perkara yang melanggar fitrah. Ia satu fitrah tetapi perlu diaturkan bagaimana cara mereka bercinta. Cinta tidak boleh berdasarkan emosi semata-mata, REMAJA mesti ada rasa tanggungjawab.

Tuesday 7 June 2011

Kecewa akibat cinta !

LONDON: Kesedihan yang dialami wanita akibat putus cinta boleh mengubah
kegiatan sel otak mereka, menurut satu laporan baru yang disiarkan
akhbar The Telegraph.

Laporan oleh saintis Amerika mendapati kekecewaan yang dirasakan wanita
selepas berakhirnya hubungan romantik dengan pasangan masing-masing
boleh memberi kesan kepada otak dengan cara tersendiri dan tidak dapat
dikesan oleh pengimbas otak.

Kajian mendakwa wanita yang selalunya kecewa apabila putusnya hubungan
cinta menunjukkan penurunan mendadak dalam aktiviti sel otak dalam
bahagian otak yang mempunyai kaitan dengan emosi, motivasi dan perhatian.

Dr Ajif Narib, yang mengetuai pasukan penyelidik di Universiti
Perubatan Carolina Selatan, berkata: “Gejala kemurungan seperti mood yang tidak
baik, hilang motivasi dan selera makan ialah perkara biasa yang dialami
berikutan putus cinta atau kematian orang tersayang.

“Bagaimanapun, perkara paling penting mengenai kajian ini ialah
menjelaskan aktiviti otak berkaitan dengan kekecewaan akibat perpisahan
mengikuti paten unik yang berbeza dengan jenis kehilangan lain seperti
kematian.”

Kajian dijalankan ke atas 11 wanita berusia antara 18 dan 40 tahun yang
menjalin hubungan cinta sekurang-kurangnya enam bulan tetapi sudah
berakhir 16 minggu lalu.

Semua wanita terbabit mengalami masalah untuk pulih akibat terlalu
kecewa dengan perpisahan mereka.

Penyelidik menggunakan teknik ujian MRI untuk mengawasi aktiviti sel
otak wanita berkenaan ketika mereka memberi tumpuan kepada kenangan pahit
mengenai bekas teman lelaki dan suami.

Ujian MRI itu kemudiannya dibandingkan dengan aktiviti sel otak lain
yang dilihat ketika wanita berkenaan memikirkan perkara neutral mengenai
orang lain.

Keputusan imbasan menunjukkan wanita yang mendakwa menderita akibat
perpisahan mempunyai perubahan otak ketara apabila berfikir mengenai
hubungan cinta mereka yang sudah putus.

Pakar psikiatri di universiti berkenaan, Dr Jeffrey Lorberbaum, berkata
kajian itu dapat membantu melanjutkan penyelidikan mengenai punca
kemurungan.

Penyelidikan juga mendapati wanita berkemungkinan dua hingga tiga kali
untuk mengalami kemurungan berbanding lelaki dan kawasan otak yang
dipercayai berkaitan dengan kemurungan lebih aktif pada wanita berbanding
lelaki. – Agensi