◄ ツ

Tuesday 20 March 2012

perengai lelaki yg perempuan tak suka

  • MENINGGIKAN SUARA
 Mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.
  • MENGONGKONG
Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka di soal siasat oleh kekasih mereka…
  • CEMBURU BUTA
Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya.
  • PANAS BARAN
Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Cuba-cubalah kawal kerana setiap manusia ada barannya, cuma kena pandai-pandai kawallah.
  •  KAKI MEROKOK
Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak… membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan benda tak faedah.
  •  EGO
Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan orang lain. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.
  •  MENIPU
Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua orang akan menjauhi anda.
  •  MAIN KAYU TIGA
Walaupun dah ada kekasih,mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.
  •  SUKA ‘CUCI MATA’
Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata.
  •  PERASAN
Lelaki akan cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu… ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji
  • MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
Lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang memikirkan perasaan kekasih…
  • KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN
Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.
  •  MATA DUITAN
Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran
  • KOMITED TERHADAP KERJAYA
Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukan tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa…
  • PENGOTOR
Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor.
  • GELOJOH
Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam ‘food machine’. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita.
  • PENTINGKAN KAWAN-KAWAN
Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. Lepas tu, si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.
  • TIDAK TAHU MENGHARGAI
Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya.
  •  PUTAR BELIT
Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri.
  • SUKA KONTROL MACHO
Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda.


Friday 16 March 2012

kenapa ???

YaAllah ~
bosannya, kenapalah dia busy sangat ka sampai tak boleh nak contact dengan aku ??
Aku selalu tunggu dia.. tapi kenapa dia selalu takdak ???
orang lain yang aku tunggu, orang lain yang selalu muncul..
kenapa bukan dia ?

kenapa dia boleh happy dengan orang lain
# tapi tak happy sama-sama dengan aku

kenapa dia boleh selalu dengan orang lain ?
# tapi tak selalu ada dengan aku

kenapa dia boleh habiskan masa dia dengan orang lain?
# tapi tak boleh habiskan masa dengan aku

kenapa dia tak cuba bagi peluang untuk aku ?
# bagi peluang untuk aku gembira

kenapa dia akan ada bila aku dengan dia selalu bergaduh ?
# tapi bila dah baik dia selalu hilang

kenapa dia takdak bila aku happy and sunyi ??
# tapi ada bila aku sakit hati dengan dia

kenapa dia tak boleh faham aku ?
# tapi dia boleh cari salah aku

kenapa dia tak mengalah sikit pun untuk aku ?
# tapi aku yang kena pujuk dia

kenapa dia selalu menang ?
# tapi dia tak pernah nak pujuk aku

kenapa dia tak macam dulu ?


KENAPA ????
KENAPA ??

kenapa aku selalu fikir pasal dia ?
# tapi belum tentu dia fikir pasal aku

kenapa aku selalu tunggu dia ?
# tapi belum tentu dia datang

kenapa aku tak sama macam orang lain ?
# orang lain selalu dapat apa yang diinginkan

kenapa aku tak boleh ???????????


Tuesday 13 March 2012

kali kedua !

weyweh ~
aku suka sangat cara hang layan aku..
terima kasih eah sayang eah :)
sapa pown tak pernah buat macam tuh kat aku..
hang tau tak ?
taktau kan, kan, kan ??

hang nak tau tak ??
hang larh orang lain dari lain yang pernah aku jumpa..
nak tau napa ??
takyah lah bagi tau kat sini kowt..
nanti semua orang mau kat hang pulak kan, kan, kan ??? 
O.o

makin lama makin meluat aku dekat hang..
hang tau tak ??
tak tau kan, kan, kan ??
ni nak bagi tau dekat hang ni..
aku tau hang takkan baca benda yg aku tulis kat blog aku ni..
so, apa-apa ja lah kan..

weh ~
aku sakit hati ni..
napa hang suka buat aku macam ni weh ?
kalau hang takmau jaga aku, lepas aku ja weh..
tak payah seksa aku macam ni..

hari-hari aku tunggu hang, tapi hang tak pernah tau pun..
kan, kan, kan ??
aku tau semua pasal hang..
bila hang busy, bila hang free..
tapi ada tak hang ingat kat aku bila hang free ??
ada ka ? # ada aku kesah ??

bila aku baik dengan hang
hang pijak-pijak kepala aku..
hang buat apa yang hang suka, tak fikir pasal orang lain..
so ikut suka hang lah kan..
asalkan hang bahagia ~
okey fine !

aku takmau gaduh dengan sapa-sapa..
tapi hang duk bagi penyakit darah tinggi kat aku..
so ? macam ni lah jadi nya..

DON'T DISTURB !!

Wednesday 7 March 2012

Suka dan duka

SUKA

Alhamdulillah ~
Sikap sabar tu membuat hari-hari yang berputar menjadi lebih baik :)
Thank sangat kat sapa-sapa yang selalu tolong aku..

Now, aku dah dapat hero aku balik..
Miss him so much !
tak percaya dia dengan aku boleh bertahan..
hope benda yang pernah jadi masa kemarin, tak ulang lagi..

Dia pun dah berubah..
Aku and dia boleh terima seadanya.. :)
Aku pun akan berubah juga, macam mana dia suruh aku..

Serius, nampak dia memang lain dari lain..
Cara dia layan memang terbaik ~
daripada sebelum-sebelum ni..
:D


DUKA

BTW, ada cerita yang tak berapa best dengar..
Kami ni baru ja nak pulih, tapi dah ada orang kacau dia..
Please lah, don't disturb him !

# Hang dah tau aku dah lama couple dengan dia kan ?
so, janganlah bagi orang panas dengan hang..
aku tak suka cara hang gurau dengan dia, sebab terlalu over bagi aku..
bagi hang memang saja nak gurau, tapi hang tak pernah ambik tau pasal perasaan orang lain..
Pandai-pandai fikir lah weh..
tak payah nak sayang-sayang sangat dengan dia..
Awek mana oi yang suka orang lain panggil sayang dekat buah hati dia ?
Kalau ada orang buat hang macam tu, hang rasa apa ??
seronok ka weh ?

Aku taktau nak salahkan sapa, sama ada hang takpun dia..
Or aku yang over..
Aku tau, aku memang kuat jealous pun..
So tak salahkan kalau aku nak jealous dengan BF aku sendiri..


Saturday 3 March 2012

kenapa aku selalu salah ?

Ya Allah ~
tak larat dah aku nak layan perangai orang ni..
Aku buat benda semua asyik salah ja..
Tak pernah lah nak betul..
Aku taktau lah dia nak aku buat apa kat dia sampai dia puas hati..

Dia suruh aku mintak maaf kat dya, aku dah mintak maaf dah walaupun aku rasa tu bukan salah aku..
tapi aku mengalah, sebab aku rasa dia kena layan lembut-lembut..

But now, dia tak puas hati lagi dengan aku..
Aku dah cakap kowt nak keluar dengan budak kelas aku..
dia kata okey..
bila dah balik, dia duk cari salah aku pulak..
aku bukan keluar dengan laki semua..
aku pergi ada laki, ada perempuan kowt..
awat dia marah aku pulak ?

Dia selalu keluar dengan orang lain aku tak kata apa pown..
memang lah kadang-kadang rasa jealous, but aku terima kowt..
tak pernah cakap kat dia, apa yg aku rasa..
Sebab aku rasa dia boleh happy dengan orang lain..

Kalau tak bagi aku keluar dengan member aku, cakap ja lah..
tayah duk kata kat aku..

Setiap kali aku kena faham dia..
padahal dia tak pernah cuba nak paham aku..
wey ~ aku ni takdak hati ka ??