◄ ツ

Friday 16 December 2011

Nasinat untuk orang bercinta ! :)




♒ Janganlah kamu membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum kamu berkahwin dengan ‘si dia’.

♒ Bercintalah kamu dengannya sekadar sahaja. Kelak mungkin ‘si dia’ bukan jodoh untukmu.

♒ Jika kamu ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum kamu berhak menjadi milik ‘si dia’.

♒ Jika kamu menyintainya, binalah asas perkahwinan dengan tidak melanggar syariat-Nya.

♒ Kebahagiaan yang kamu lihat sebelum berkahwin hanya palsu, yang hakikatnya adalah selepas kamu diijabkabulkan.

♒ Jikalau kamu inginkan pasangan hidupmu yang terbaik dalam untukmu, maka kamulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.

♒ Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara berdating, cukuplah sekadar kamu tahu apa yang perlu kamu tahu.

♒ Bercintalah untuk mencapai cinta-Nya.

♒ Jika kamu masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.

♒ Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima di sisi Allah, kelak Allah akan tarik kebahagiaan darimu.

P/S: Sahabat yang dikasihi. Jika kamu terlalu mencintai seseorang lebih dari Allah, nescaya Allah akan tarik nikmat itu sedikit demi sedikit.. Bercintalah kalian dengan berpada2.. Jika tidak tahan nafsumu, mohon ampun dari Allah.. Lekatkan dalam hatimu bahawa cinta yang hakiki hanya untuk Allah S.W.T.. n_n

Saia tak sehebat mereka !

Semalam serius cakap, memang sedih gila-gila tahap kritikal dah.. Nasib aku boleh tenangkan hati aku..
Aku tau, aku ni sapa.. Kenapa orang tak pernah paham perasaan aku ? Kenapa orang tak pernah tahu apa yg aku rasa ?

wey ~ aku sakit hati lah.. Tapi kau buat taktau ja.. Ingat aku ni hati batu ka ? Aku ada perasaan jugak.. Kenapa orang suka layan aku, macam aku tak wujud ? Orang tak pernah pun bangga dengan apa yang aku pernah buat.. Apa yang aku buat, selalunya tak betul..

Aku teringin nak jadi yang pertama dalam hidup orang lain juga.. Tapi kenapa takda sorang pun yang nak letak aku yang pertama dalam hati diorang..

Dalam family aku, tak lah jadi seorang anak yg hebat sangat pun.. Nak kata anak solehah tak jugak.. Tapi aku bahagia dengan family aku :)

Ada kawan, dulu selalu ada dengan aku.. Kalau nak pergi mana mesti dengan aku.. But now, semua sudah hilang.. Aku hanya diperlukan bila kau ada masalah and bila kau gembira semua pakat lupakan aku..

Ada BFF ? memang bff tapi dia lelaki, so aku takmau lebih-lebih sangat dengan diorang.. Diorang pun ada awek juga.. Awek diorang sure larh yg pertama :)
Untuk diorang, terima kasih sebab still jadi bff aku dari dulu sampai sekarang..

My <3, hohu ~ aku tahu dia sayang aku :)
btw aku bukan orang yang pertama dekat hati dia kan.. Aku tau sapa dia.. Terima kasih okey, sebab still bersama..

** Aku rasakan, aku tak boleh buat orang gembira.. And sekarang ni pun aku tak rasa gembira walaupun diorang still ada dengan aku.. Kau tak boleh rasa apa yang aku rasa sekarang ni, tapi jujur cakap aku sakit hati sangat-sangat.. Aku ingat, aku boleh sabar dengan apa yang jadi dekat aku ni.. Tapi bila dah lama, aku dah tak tahan nak tanggung semua yang jadi.. Aku rasa macam tak dihargai..

Aku nak jadi yang pertama dalam hidup diorang, tapi kenapa tak ada sorang pun yang boleh terima aku ?? Aku ni hanya boleh tengok kebahagian orang lain..
Aku cuma nak jadi pelangi dalam hidup kau, yang selalu menjadi keutamaan dalam hidup kau.. Tapi kenapa tak bolehh ????

Sunday 11 December 2011

Boring ~~ O_o

I have no idea to update..
so sorry ~ :(

Dah lama aku ta update, sebab busy sikit..
biasalah baru lepas SPM lah katakan :)

Sekarang tengah cari kerja, but ta dapat-dapat lagi pun..
susah jugak nak pergi cari kerja ni..
Ada sapa-sapa na offer kan tak ?? ahaha ~~

takpa lah erk.. Aku takda idea nak kongsi ni..
nanti aku update lain okey ! :)

Friday 7 October 2011

10 KELEBIHAN COCA COLA????

" Fakta seperti yang tersenarai
dibawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains
kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia
mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.

Di dalam
kebanyakan negeri di US , kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2
gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku
kemalangan. Cam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team. Cuba
tanya Plus Ronda atau Polis Lebuhraya, adakah mereka guna? Anda di rumah
diharap dapat mencuba kajian ini :

1. Masukkan tulang
dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama
sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!

2.
Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan
selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang
dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian
untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh
tak?

3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta
jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan
Coke. Kesannya karat hilang!

4. Untuk menghilangkan kesan
'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang saja setin
Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.

5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.

6.
Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin
Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa.
Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi
berperisa coke.

7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/
melekit ? Celup tuala dengan Coke dan lap.Pasti bersih. Tak payah guna
tin sembur cuci cermin cam jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal!

8.
Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh
meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti
suka ni!Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan
tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit
osteoporosis.Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam
lori tangki,[ bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti
dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis
: bahaya". Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan
untuk mengelak lori tu dihakis. . Tolong jangan letak/parking kereta
berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah
bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat.

9. Para
pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin
lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh...mesti buat overhaul ni!

10.
Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh
kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah.
 
Kenapa Orang Yahudi Tak Minum Coke dan Pepsi ??

Friday 16 September 2011

ngeee ~


Ya Allah, jika aku bukan pemilik tulang rusuknya,
janganlah biarkan aku merindukan kehadirannya…
janganlah biarkan aku melabuhkan hatiku di hatinya.
Kikislah pesonanya dari setiap pelusuk mataku,
dan usirlah dia dari relung hatiku

......Gantilah damba kerinduan dan cinta yang bersemayam di dada ini,
dengan kasih dari dan pada-Mu yang tulus dan murni.
Bantulah aku agar dapat mengasihinya hanya sebagai seorang sahabat.
Tetapi jika Engkau ciptakan dia untukku, ya Allah,
satukan hati kami…


Saturday 13 August 2011

Ramadhan !

Ramadhan adalah bulan umat Muhammad saw. Bersabda baginda yang bermaksud " Apabila tiba bulan Ramadhan maka akan dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutupkan pintu-pintu neraka lalu diikatkan semua syaitan."

Sabda baginda dalam hadis yang lain, " Jika umat manusia itu mengetahui kelebihan yang terdapat di dalam bulan ramadhan nescaya umatku akan menginginkan supaya dijadikan sepanjang tahun itu Ramadhan"
  • Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah sebanyak 1000 kali ganda
  • Setiap amalan sunat akan diberikan ganjaran pahala amalan fardhu
  • Ramadhan dibahagikan kepada tiga bahagian istimewa bagi mereka yang berpuasa iaitu bahagian pertamanya dipenuhi dengan rahmat Allah, bahagian kedua dipenuhi dengan keampunan dari Allah dan bahagian ketiga pembebasan dari api neraka
  • Dituntut supaya mengerjakan solat sunat tarawikh, witir dan solat sunat yang lain.
  • Banyakkan berdoa, berzikirz selawat, membaca Al Quran, bertaubat dan lain-lain
  • Banyakkan bersedekah kepada fakir miskin dan membantu mereka yang berada di dalam kesusahan dan ditimpa kemalangan.
  • Memberi makan kepada mereka yang hendak berbuka puasa.
  • Menggandakan amalan sunat terutamanya pada 10 malam yang terakhir Ramadhan bagi mengharapkan keberkatan dan kebesaran malam Lailatul Qadar seperti beriktikaf di masjid, qiamullail dan sebagainya

Wednesday 3 August 2011

AKU CINTA KAMU !!

 Afrikaans - Ek is lief vir jou
Albania - I love you
Arab - أحبك
Armenia - Yes sirum yem dzez
Azerbaijan - I love you
Basque - I love you
Belanda - Ik hou van je
Belarus - JA kachaju ciabie
Bengali - Āmi tōmāẏa bhālōbāsi
Bulgaria - Obicham te
Catalonia - Et vull
Cina - Wǒ ài nǐ
Creole haiti - mwen renmen ou
Croatia - Volim te
Czech - I love you
Denmark - Jeg elsker dig
Estonia - Ma armastan sind
Finland - Rakastan sinua
Galicia - Quérote
Georgia - me shen miqvarkhar
Greek - s 'agapó̱
Gujerat - Huṁ tamanē prēma
Hindi - Maiṁ tumasē pyāra karatā hūm̐
Hungary - Szeretlek
Iceland - Ég elska þig
 Indonesia - aku cinta kamu
Inggeris - I love you
Ireland - Is breá liom tú
Itali - Ti amo
Jepun - Watashi wa anata o aishite
Jerman - Ich liebe dich
Kannada - Nānu prīti
Korea - nan neol salanghae
Latin - amo te
Latvia - Es tevi mīlu
Lithuania - Aš tave myliu
Macedonia - Те сакам
Malaysia - aku cinta kamu
Malta - I love you
Norway - Jeg elsker deg
Parsi - من شما را دوست دارم
Perancis - Je t'aime
Poland - Kocham cię
Romania - Te iubesc
Rusia - YA lyublyu tebya
Sepanyol - Te quiero
Serbia - Volim te
Slovak - I love you
Slovenia - Ljubim te
Swahili - I love you
Sweden - Jag älskar dig
Tagolog - Mahal kita
Tamil - Nāṉ uṉṉai kātalikkiṟēṉ
Thailand - P̄hm rạk khuṇ
Turki - Seni seviyorum
Ukrainia - YA lyublyu tebe
Urdu - مجھے تم سے محبت
Vietnam - Tôi yêu bạn
Wales - Rwyf wrth fy modd i chi
Telugu - Nēnu ninnu prēmistunnānu
Portugis - Eu te amo

Sunday 31 July 2011

NEON ILLUMINATOR !!!


  • Case / bezel material: Resin



  • Resin Band



  • 100-meter water resistance



  • Mineral Glass



  • Shock Resistant



  • Neon Illuminator (Blacklight LED)
    Afterglow



  • World time
    29 time zones (27 cities), city code display, daylight saving on/off



  • 1/1-second stopwatch
    Measuring capacity: 59'59
    Measuring modes: Elapsed time, split time, 1st-2nd place times



  • Countdown timer
    Measuring unit: 1 second
    Countdown range: 60 minutes
    Countdown start time setting range: 1 to 60 minutes (1-minute increments)
    Others: Auto-repeat, progress beeper



  • Daily alarms
    5 independent daily alarms (4 one-time alarms and 1 snooze alarm)



  • Hourly time signal



  • Full auto-calendar (to year 2039)



  • 12/24-hour format



  • Regular timekeeping
    Analog: 2 hands (hour, minute (hand moves every 20 seconds))
    Digital: Hour, minute, second, pm, month, date, day



  • Accuracy: ±30 seconds per month



  • Approx. battery life: 2 years on SR726W × 2



  • Size of case/total weight: 43.4 X 43.1 X 15 mm/44 g



  • Friday 29 July 2011

    Couple !

    What should I do ???


    Dah banyak kali aku dengar orang cakap, couple itu haram.. Sebab couple tu adalah zina..
    Betul ke ? I think, benda tu betul, tapi aku pun ada couple juga..

    Nak tau napa aku boleh terfikir pasal dosa orang bercouple niey ??
    Sebab nya dari ustaz yang datang ceramah dekat sekolah aku.. Ustaz tu kata, dia nak doakan orang yang tak sembahyang and couple mati, kalau boleh time tu juga mati and semua orang kena amin kan sama-sama.. Bila aku dengar ustaz tu kata macam tu, aku pun jadi takut.. Sebab aku nie ta banyak pahala.. Aku boleh ke masuk syurga Allah..

    Adakah aku bersalah ???
    And apa yang aku harus lakukan ??
    Break or teruskan saja ?

    Kalau aku break, aku rasa tak boleh kowt.. Sebab tiap-tiap hari aku selalu ingat dekat dia.. Tapi kalau aku teruskan je, aku rasa bersalah pula..

    Serious, aku memang sayang dia.. And aku teringin nak jadi seorang yang solehah, tapi aku sekarang ni pun teruk.. Boleh ke aku berubah ?

    Aku tak rela kowt nak break dengan dia tanpa sebab.. Dia baik dengan aku, dia boleh bagi semangat untuk aku untuk berjaya and dia boleh mengubah aku pergi ke jalan yang lurus.. :)
    Sebab dia larh aku dah banyak berubah, dari buruk boleh jadi lebih baik dari yang dulu..

    Salah ke kalau aku nak couple dengan dia ??

    Tuesday 12 July 2011

    Alone !

    Kadanga-kadang kita perlu mengalah demi orang lain..
    Kerana mengalah tak bererti kita kalah..

    Now aq dah banyak berubah.. Dulu aq selalu rasa happy bila pergi sekolah sebab ada ramai kawan and ada member yang selalu dengan aku.. Bila sampai sekolah, mesti cari member aq tu dulu, bila nak balik sekolah selalu sama-sama.. Kalau dia nak balik lambat aq mesti teman dia, and bila aq kena balik lambat dia tunggu aq.. But, tu dulu.. Sekarang aq takda kawan yang selalu nak ambil tau pasal aq.. Dia dah rapat dengan orang lain.. Siap tinggal aq sorang-sorang dekat sekolah.. Hadoiy ~
    Semua orang buat taktau.. huhh ~~

    kenapa diorang tak pernah rasa apa yang aq rasa ???
    Aq takada perasaan ka ??
    Or aq yang terhengeget and manja, selalu kena ada orang teman ?

    But kenapa diorang cari aq bila diorang susah. ?
    Bukan aq nak ungkit apa-apa, but aq terasa sangat dengan diorang sebab buat aq..
    Apa salah aq ??

    maybe, aq patut duduk sorang-sorang kowt ! kalau tak, buat tambah dosa aq ja, sebab duduk dengan diorang sure ada banyak gossip and selalu kutuk orang.. ahaha ~~

    OH ! Thank dekat member-member aq sebab buat aq jadi seorang yang pendiam kembali !

    Aq nak mintak maaf juga dekat orang-orang yang selalu text dengan aku, sebab aq selalu tak reply text diorang.. So sorry sangat-sangat eah !

    Aq bukan taknak text. but this year, aq da jarang text dengan orang.. Dekat rumah memang boring gila ~ tapi aq da biasa kowt lonely, so tak jadi masalah..

    Jujur cakap, this year memang aq dah tak banyak gelak macam tahun-tahun lepas.. But aq still akan senyum walaupun aq sakit, hati aq menanah ke and apa-apa saja akan terjadi.. Kalau korang rasa itu memang patut untuk aq teruskan jaa..

    Dalam banyak-banyak orang.. Only one, yang selalu buat aq happy dari dulu sampai sekarang..
    Thank sayang ! Hope you not let me go !

    Please, do not disturb him.. Since he belongs to me !

    Thursday 7 July 2011

    Karangan terbaik UPSR 2007 Karangan budak darjah 4

    Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.

    Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.

    Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit "Adoi!". Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.

    Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di GentingHighlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.

    Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi. Emak say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.

    Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.

    Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.

    Friday 24 June 2011

    26 ciri-ciri perempuan yang diminati

    KASIH manusia sering bermusim,
    sayang manusia tiada abadi.
    Kasih Tuhan tiada bertepi, sayang Tuhan janji-Nya pasti.


    1. Jadi pendengar setia
    Lelaki suka wanita menjadi pendengar setia dan tidak suka kaum hawa yang suka membangkang.

    2. Tarikan derapan kasut
    Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki.

    3. Jangan bersolek tebal
    Lelaki tidak suka jika anda memakai alat solek terlalu tebal.

    4. Ingat hari pentingnya
    Mengetahui bila hari lahirnya antara resipi penting yang perlu diketahui. Berbuatlah sesuatu untuk hari pentingnya itu.

    5. Hormatinya
    Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.

    6. Jangan terlalu kebudak-budakan
    Bersikap matang dalam tutur kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan.

    7. Agresif
    Lelaki suka sikap wanita yang agresif.

    8. Jangan terlalu seronok
    Jangan terlalu seronok ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk perkenalan pertama.


    9. Jangan ganas
    Jangan terlalu bersikap kelelakian dan ganas dalam pergaulan.

    10. Jangan terlalu baik
    Jangan terlalu menunjukkan bahawa kamu ini terlalu baik dan sempurna.

    11. Jangan perasan
    Jangan perasan bahawa kamu ini mempunyai paras rupa yang jelita.

    12.Sikap sederhana
    Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.

    13. Sikap keibuan
    Bersikap keibuan adalah antara petua yang perlu dititikberatkan.

    14. Lemah-lembut
    Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.

    15. Sensitif
    Ketahuilah mereka adalah golongan yang terlalu sensitif dan sukakan kelembutan apatah lagi daripada seorang gadis.

    16. Kenali dirinya
    Kenali siapa dirinya yang sebenar sebelum anda memulakan langkah untuk memikat.

    17. Jaga kecantikan
    Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah anda dipenuhi jerawat batu!

    18. Gaya kemas
    Aset penting bagi anda untuk memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya langkah yang kemas.

    19. Jangan kuno
    Jangan bersikap terlalu kuno.

    20. Sering tanya khabar
    Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu supaya tali persahabatan anda dengannya tidak putus begitu saja. Mungkin suatu hari nanti sikap anda yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.

    21. Jujur dalam tingkah laku
    Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran penting tetapi kecerdikan, kejujuran serta tingkah laku yang bersopan-santun.

    22. Suka yang beragama
    Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama namun begitu anda tidaklah perlu terlalu alim.

    23. Tidak mudah dipermainkan
    Menunjukkan bahawa anda bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan selain tidak terlalu merengek dan mengada-ngada.

    24. Jangan tunjuk lemah
    Jangan tunjukkan kelemahan anda ketika berada di samping lelaki yang anda minati.

    25. Tunjuk matang
    Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.

    26.Suka dimanja
    Yang paling penting, lelaki suka dimanja dengan belaian dan kata-kata romantik.

    P/S : Betul ke tidak ??

    Monday 20 June 2011

    saja gedix ! :P

    ahahaha ~~
    Tadi aku pergi sekolah buat kerja seni.. Dah lama aku buat semua kerja tu kan, tiba-tiba ada sorang budak perempuan ni member aku gak lah, dia jiran aku ja pun.. Dia panggil aku pastu dia bagi satu kertas dekat aku.. Dia say ada orang bagi.. Aku pun jadi blurr, sebab tengah buzy dengan kerja tiba-tiba dia bagi benda tu.. Takpa lah kan, aku simpan ja kertas tu.. Aku and member aku yang lain kuar pergi makan dekat kedai, time dekat kedai makan tu aku pun buka and baca kertas tu.. Aku tak pernah sangka pun ada orang nak buat benda tu dekat aku.. Nak tau kertas tu tulis pa ? ahaha ~~ Budak tu bagi aku lirik lagu, then dia say yang dia suka dekat aku dari 2007-2011.. Dia ada bagi no tel, alamat and email dia sekali..
    sorry lah aku tak boleh cerita banyak, nanti buat malu kan budak tu ja..

    Bukan aku suka dekat budak tu but aku nak bagi tau dekat budak tu, yang aku tak mau bercinta dengan sapa-sapa pun kecuali my hubby ! Tak ada sapa-sapa pun yang boleh ganti tempat dia.. And aku tak akan kacau dia, tak akan text dengan dia, so i'm sorry, hope boleh paham.. tolong lupakan aku kalau hang still suka dekat aku eah, aku tak nak buat orang sakit hati and marah dengan aku.. Kalau boleh aku nak hang buang perasaan hang dekat aku..

    Hubby ~ hope awak akan selalu dengan saya walaupun apa yang terjadi, sebab saya hanya anggap lelaki dekat luar sana tak lebih dari seorang kawan..
    Sekian terima kasih !

    Thursday 16 June 2011

    Confused !

    Esok 17 Jun 2011 aku nak pergi kem dekat Pantai Merdeka tiga hari dua malam, hari jumaat sampai ahad..
    Aku memang teringin sangat nak pergi kem, but selalu takada peluang ! :( Tapi kali ni aku boleh pergi, best sangat dengar time cikgu kata ada kem tu..
    But fikiran aku bertuka bila aku tanya bila tarikh kem tu.. Sebab orang yang aku sayang jumput aku pergi rumah dia, 18 Jun 2011 sama dengan hari sabtu.. Dia panggil aku sebab kakak dia nak kahwin..
    Aku confused nak pergi yang mana satu, sebab dua-dua aku teringin sangat nak pergi.. Aku nak pergi rumah dia and tengok kakak dia, tapi aku pun teringin sangat-sangat nak pergi kem.. Kalau lah boleh belah badan aku sebelah pergi rumah dia and sebelah lagi pergi kem tu kan best..
    Masa mula-mula memang aku nak pergi rumah dia and cancel nama aku pergi kem tu, tapi bila fikir-fikir balik masa ni saja aku boleh pergi kem and cikgu da janji dengan aku nak bawak aku pergi.. Nanti belum tentu ada kem, kalau ada pun maybe aku tak boleh pergi.. Tapi aku rasa bersalah sangat dekat dia..

    Sorry Aman sebab tak pergi rumah, orang memang nak sangat pergi rumah dia.. Orang bukan lebih pentingkan benda lain dari dia, orang harap dia faham orang and tak fikir orang yang bukan-bukan.. Kalau dia terasa or marah dengan orang, orang nak mintak maaf sangat-sangat.. Orang janji nanti bila dia ajak orang lagi, sure orang pergi tau.. InsyaAllah ~

    Saturday 11 June 2011

    Mengurat dan bercinta !

    Adalah sesuatu yang amat perlu untuk seseorang itu memulakan mukadimah cinta dengan mengurat. Apakah hukum mengurat dan bercinta dalam Islam? Apakah dibenarkan seorang lelaki muslim berbual dengan perempuan muslim?. Semua persoalan ini mungkin bermain-main dibenak fikiran remaja muslim yang sangat menitikberatkan ajaran Islam. Bagi sahabat remaja muslim yang kurang mengambil berat persoalan ini, mungkin mereka akan mengunakan formula “redah saja”. Salah tanggapan dan silap fahaman terhadap persoalan ini boleh mewujudkan konflik dalam diri remaja muslim.
    Secara kasarnya ada sesetengah ulama menganggap mengurat dan bercinta itu halal tetapi kebanyakkan ulama yang lain pula menganggap haram. Bagaimanapun dikalangan ulama Fekah terdapat beberapa orang ulama yang merupakan pencinta yang hebat seperti Daud az-Zahiri yang merupakan imam Mazhab az-zahiri.
    Sebenarnya mengurat dan bercinta sama-sama penting dalam kehidupan. Tiada siapa yang dapat lari daripada mengurat dan bercinta termasuk mereka yang bercinta selepas berkahwin. Hal ini kerana mereka yang bercinta selepas berkahwin akan melihat bakal isteri sebelum diijabkabulkan.
    Selain itu jika cinta dianggap sebagai mukadimah kepada perkahwinan, maka mengurat pula dianggap sebagai mukadimah kepada bercinta. Kedua-dua ini berkait antara satu sama lain kecuali bagi mereka yang berkahwin atas pilihan keluarga.


    Mengurat dan bercinta dianggap berguna jika ia membawa kepada kebaikan. Sebagai contoh mengurat dan bercinta yang disusuli dengan perkahwinan dan mendirikan rumah tangga adalah berguna kerana ia membawa kebaikan. Dari sini terbentuk pula keluarga dan daripada keluarga ini terbentuk pula masyarakat seterusnya negara.Tidakkah dalam konteks ini mengurat dan bercinta tepat dengan ajaran Islam? Jawabnya ia memang bertepatan dengan ajaran Islam kerana manusia yang diamanahkan Allah sebagai khalifah di muka bumi ini perlu meneruskan survival sehingga ke hari kiamat. Kemungkinan jika manusia tidak mengurat dan bercinta, kita akan pupus di dunia seperti pupusnya dinasour dan ini sudah tentu menyalahi amanah Allah itu.
    Namun dari sudut lain, mengurat dan bercinta dianggap tidak berguna dan tidak membawa kepada kebaikan. Mengurat dan bercinta seperti ini tidak menjadi mukadimah kepada perkahwinan sebaliknya mukadimah kepada melahirkan anak luar nikah atau mencampakkan anak yang tidak berdosa ke dalam tong sampah dan longkang.


    Mengurat dan bercinta seperti ini dilarang dan diharamkan dalam Islam. Selain itu perlu diingatkan juga bahawa tindakan seseorang itu mengurat dan bercinta itu biasanya bertitik tolak daripada perasaan dan emosi, maka dengan itu mudah sekali terjerumus dalam perkara-perkara yang tidak baik. Oleh itu sesiapa sahaja yang berhadapan dengan ajakan perasaan dan emosi untuk mengurat dan bercinta perlu berusaha sedaya upaya mengunakan kewarasan akal.


    Malah sebagai seorang muslim kita juga perlu mengelak daripada konteks fizikal atau luaran yang boleh mencetuskan keghairahan seks yang seterusnya menyebabkan berlaku perlanggaran hukum Allah iaitu perzinaan. Dalam hal ini adalah amat perlu setiap individu muslim berpegang kepada tanggugjawab menjaga dan memelihara aurat kerana persoalan keghairahan seks mempunyai hubung kait yang amat besar untuk berlakunya perzinaan.
    Bagi mengelak daripada perkara-perkara terkutuk ini berlaku, panduan rasulullah perlu dipatuhi. Baginda melarang orang Islam supaya jangan melampau dalam mengurat. Malah baginda menyuruh mereka bercinta kerana Allah iaitu mencintai orang yang dikasihi kerana Allah.
    Terdapat beberapa riwayat menceritakan Nabi Muhammad s.a.w membenarkan hamba menyanyikan lagu mengurat dipanggil ghazl. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Majah, Rasulullah menyuruh Aisyah menghantar seorang hamba yang pandai menyanyi lagu ghazl kepada pengantin kaum Ansar yang menjadi kerabat Aisyah. Ini kerana menurut Nabi, kaum Ansar ada keramaian termasuk mendendangkan lagu-lagu ghazl. Baginda berkata : Sesungguhnya kaum Ansar adalah kaum yang ada pada mereka ghazl. (Ibnu Majah. Hadis No 1890)
    Ghazl bermaksud mengurat tetapi ghazl dalam beberapa hadis nabi bermaksud mendendangkan lagu-lagu cinta yang sunyi daripada kata-kata baik dan sebagainya. Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh al-Bukhari,muslim dan lain-lain, Rasulullah menginggatkan supaya seorang penyanyi keluarga baginda bernama Anjasyah supaya jangan terlalu melampau mendendangkan lagu-lagu yang memperkatakan tentang mengurat dan bercinta.
    Dato Dr Mashitah Ibrahim, penolong profesor di Jabatan al-Quran dan Sunah, Kulliah Ilmu Wahyu dan Warisan Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) memberi penjelasan mengenai cinta. Cinta ujarnya sering dikaitkan dengan barat atau Bollywood tetapi sebenarnya orang terlupa bahawa pokok persoalan cinta merupakan matlamat asasi dalam Islam.
    Islam adalah agama yang membawa matlamat cinta. Cinta kepada Allah, cinta pada rasul, cinta kepada negara dan cinta sesama manusia. Sebab itulah rasulullah menekankan dalam mendidik anak-anak daripada kecil lagi diterapkan soal cinta. Dalam sebuah hadis, Nabi bersabda: tanamkan dalam diri anak-anak kamu cintakan Allah, cintakan Rasul, cintakan ahli keluarga Rasulullah dan cintakan membaca Al-Quran.
    Ini menunjukkan cinta itu suatu yang penting diterapkan dalam diri setiap muslim sehinggakan Nabi s.a.w bersabda bahawa tidak masuk syurga sehingga kamu belajar cinta-mencintai diantara satu sama lain.
    Remaja bercinta jelas beliau bukan suatu perkara yang melanggar fitrah. Ia satu fitrah tetapi perlu diaturkan bagaimana cara mereka bercinta. Cinta tidak boleh berdasarkan emosi semata-mata, REMAJA mesti ada rasa tanggungjawab.

    Tuesday 7 June 2011

    Kecewa akibat cinta !

    LONDON: Kesedihan yang dialami wanita akibat putus cinta boleh mengubah
    kegiatan sel otak mereka, menurut satu laporan baru yang disiarkan
    akhbar The Telegraph.

    Laporan oleh saintis Amerika mendapati kekecewaan yang dirasakan wanita
    selepas berakhirnya hubungan romantik dengan pasangan masing-masing
    boleh memberi kesan kepada otak dengan cara tersendiri dan tidak dapat
    dikesan oleh pengimbas otak.

    Kajian mendakwa wanita yang selalunya kecewa apabila putusnya hubungan
    cinta menunjukkan penurunan mendadak dalam aktiviti sel otak dalam
    bahagian otak yang mempunyai kaitan dengan emosi, motivasi dan perhatian.

    Dr Ajif Narib, yang mengetuai pasukan penyelidik di Universiti
    Perubatan Carolina Selatan, berkata: “Gejala kemurungan seperti mood yang tidak
    baik, hilang motivasi dan selera makan ialah perkara biasa yang dialami
    berikutan putus cinta atau kematian orang tersayang.

    “Bagaimanapun, perkara paling penting mengenai kajian ini ialah
    menjelaskan aktiviti otak berkaitan dengan kekecewaan akibat perpisahan
    mengikuti paten unik yang berbeza dengan jenis kehilangan lain seperti
    kematian.”

    Kajian dijalankan ke atas 11 wanita berusia antara 18 dan 40 tahun yang
    menjalin hubungan cinta sekurang-kurangnya enam bulan tetapi sudah
    berakhir 16 minggu lalu.

    Semua wanita terbabit mengalami masalah untuk pulih akibat terlalu
    kecewa dengan perpisahan mereka.

    Penyelidik menggunakan teknik ujian MRI untuk mengawasi aktiviti sel
    otak wanita berkenaan ketika mereka memberi tumpuan kepada kenangan pahit
    mengenai bekas teman lelaki dan suami.

    Ujian MRI itu kemudiannya dibandingkan dengan aktiviti sel otak lain
    yang dilihat ketika wanita berkenaan memikirkan perkara neutral mengenai
    orang lain.

    Keputusan imbasan menunjukkan wanita yang mendakwa menderita akibat
    perpisahan mempunyai perubahan otak ketara apabila berfikir mengenai
    hubungan cinta mereka yang sudah putus.

    Pakar psikiatri di universiti berkenaan, Dr Jeffrey Lorberbaum, berkata
    kajian itu dapat membantu melanjutkan penyelidikan mengenai punca
    kemurungan.

    Penyelidikan juga mendapati wanita berkemungkinan dua hingga tiga kali
    untuk mengalami kemurungan berbanding lelaki dan kawasan otak yang
    dipercayai berkaitan dengan kemurungan lebih aktif pada wanita berbanding
    lelaki. – Agensi

    Tuesday 31 May 2011

    Lonely !

    Now hidup aku macam lonely ! Pergi sekolah ada ramai member, tapi diorang tak rapat dah dengan aku.. Member yang selalu buat aku gembira semua dah takada.. Diorang macam nak jauhkan diri dari aku jea.. Aku ada buat salah erk dengan diorang ?
    Bila dekat rumah pula, rumah aku memang always sunyi sebab takada sapa.. Duk dekat rumah just online bila rasa boring text dengan sapa-sapa.. Tu pun takada sapa na text dengan aku.. Bila aku text diorang, aku tengok diorang macam tak mau jea text dengan aku..
    Bila aku nak keluar, takada sapa pula nak aja keluar and taktau nak pergi mana, pastu mak aku pun tak bagi aku pegi jauh-jauh.. Aish ~ Bored ! bored ! Taktau nak buat apa ni ! asyik-asyik pergi sekolah, tusyen dan balik rumah.. Kalau duk rumah ada apa-apa yang best takapa lah jugak, ni ta.. Eeiiy ~ bosan !


    Memang nampak aku biasa jea, tapi dalam hati aku kosong, aku just boleh senyum time depan diorang semua.. Sapalah yang boleh buat aku gembira balik erk ?? serious memang bosan gila.. Aku rasa macam, aku duk dekat alam lain jea ~ tak wujud kowt, sebab tue jadi macam ni.. bila aku boleh gelak balik macam budak ni wey ??

    Sunday 29 May 2011

    11 jenis manusia didoa oleh malaikat

     Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi sokongan malaikat..

    1. Orang yang tidur dalam keadaan suci
    • Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya : " sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa : 'Ya Allah, ampunilah hamba-mu ______ kerana tidur dalam keadaan suci.' "
    2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat
    • Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya : " tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya : 'Ya Allah, ampunilah ia, Ya Allah sayangilah ia.' "
    3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah
    • Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya : " sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atasorang yang berada pada saf. " 
    4. Orang yang menyambung saf pada solat jemaah
    • Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya : " sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orangyang menyambung saf. "
     5. Mengucap 'amin' ketika seorang imam selesai membaca Al-Fatihah
    • Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya : " jika seorang imam membaca ayat terakhir al-fatihah sehingga selesai, ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, maka dia akan diampuni dosanya yang lalu. "
     6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat
    • Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya : " Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat. "
     7. Orang yang melakukan solat subuh dan asar secara berjemaah
    • Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya : " Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga subuh) naik ke langit dan malaikat pada siang hari (hingga solat Asar) naik ke langit sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka : 'bagaimana kalian meninggalkan hamba-ku?'. Mereka menjawab : 'kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan merek sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.' "
     8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan
    • Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya : " doa seorang muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.' "
     9. Orang yang membelanjakan harta (infak)
    • Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya : "tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-dua berkata : ' Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak ...' "
     10. Orang yang sedang makan sahur
    • Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya : " sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur. "
     11. Orang yang sedang melawat orang sakit
    • Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya : " tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70, 000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga subuh. "

    Wednesday 25 May 2011

    C.I.N.T.A !


    Apabila manusia gagal mencintai Tuhannya, maka cinta sejati tidak akan ditemuinya.
    Anda sebenarnya silap dan terperangkap apabila persahabatan dan semangat setiakawan yang terbina bertahun-tahun berakhir dengan ungkapan cinta.

    Cinta yang tulus ikhlas lahir daripada sikap, perbuatan dan tindakbalas yang dipamerkan oleh seseorang, bukannya dari kata-kata bermadah walaupun terlalu indah.

    Orang yang terlalu banyak berjanji semasa bercinta adalah orang yang keliru dengan perasaannya sendiri.
    Cinta memerlukan keikhlasan dan kejujuran dan bukannya pengorbanan membuta tuli. Mereka yang sanggup berkorban demi cinta adalah orang yang tidak pernah memahami erti cinta sebenar.

    Anda sebenarnya tidak pernah jatuh cinta atau dicintai sekiranya  anda mengatakan sering gagal dalam percintaan.

    Kecacatan cinta bukannya terletak atas sebab ‘Cinta Itu Buta’ tetapi disebabkan mereka yang selalu mempermainkan cinta.

    Anda adalah insan yang kecewa sebelum waktunya sekiranya anda sering mengucapkan “Aku Cinta Padamu” dan “Adakah Kau Mencintaiku?”

    Cinta adalah anugerah Tuhan, mereka yang menerima dan mengalaminya tidak pernah menyedari bahawa dia telah jatuh cinta kepada seseorang.


    Tuesday 17 May 2011

    Bestfriends ! :)


     A friend who cannot at a pinch remember a thing or two that never happened is as bad as one who does not know how to forget

    AYUNI 

     Picture error !

    Aku rapat dengan dia time 2005, time tu aku darjah 5.. Aku dengan dia rapat sangat macam adik beradik.. Tapi sekarang dia sudah tak wujud lagi dalam hidup aku, lepas dia pindah sekolah time darjah 6.. Lepas dapat result UPSR dia ada call aku, and tu terakhir kali aku cakap dengan dia.. Aku try cari dia dekat FB tapi tak jumpa.. Number dia pown dah hilang, so aku tak boleh nak contact dia.. sorry AYUNI ! Really miss you !


    ANNIS and SHAMIRA

    Annis
    Picture error !

    Shamira

    Annis and Shamira ! Aku rapat dengan diorang time darjah 6..
     Annis rapat dengan aku time dekat sekolah je, sebab rumah dia jauh dari rumah aku.. Tapi sekarang dia pun dah hilang ! :(
    Shamira pula, aku dengan dia memang rapat gila ! Bila family dia nak pergi mana-mana mesti bawak aku sekali.. Mak dia baik dengan aku, sayang family dia ! :)


    DINIE


    Dia ni ? ahaha ~~ dia mummy aku lah.. Dia mula rapat dengan aku time form 1.. Bila korang nak gegeh, korang cari lah dia taw ! :P  Dia suka kongsi story dia dekat aku.. Dari aku rapat dengan dia sampai sekarang tak pernah habeh, always ada story.. Tapi selalu kena dengan aku.. ehehe ~~ :P

    ATIQAH, SHAFIQ and ANIQ

    Atiqah
    Picture error !

    Shafiq

     Aniq

    Aku rapat dengan diorang dari form 2..
    Jujur cakap, kadang-kadang aku tak berapa suka dengan perangai dia.. I'm sorry tieqa ! Aku memang jahat ! But aku still kawan dengan dia ~
    Shafiq ?? ahaha ~ dia ni memang selalu kena buli dengan aku  :) Dia tak lah berkira sangat.. Korang mau apa ? mintak saja dekat dia.. ngee ~ Sebab dia gak lah aku dapat jumpa buah hati aku ! thank kieyko :)
    Aniq ? wow ~ dia memang gila, but dia dah pindah pergi selangor.. Walaupun dia ada dekat selangor sekarang dia still kawan dengan aku.. Dia kadang-kadang suka buat aku geram, tapi aku tau dia baik ! :D


    FARHANA and FADHLINA

    Farhana

    Fadhlina

    Diorang pula kawan aku time form 3..
    Takada banyak cerita pasal diorang, but diorang memahami and selalu buat aku gembira ! :)


    FATINI



    Aku rapat dengan dia time form 4, but sekarang dia macam taknak kawan dengan aku je.. Aku tak tau apa salah aku sampai dia buat aku macam ni.. Sorry Tynie !


    NATTRAH


    Dia ni kawan aku time form 5.. tak banyak lagi story pasal aku dengan dia.. Tapi dia comel ! :)