◄ ツ

Tuesday 22 January 2013

Belajar Dari Kesilapan !

Dalam sebulan dua ni dah banyak kesilapan yg aku buat
aku ingat;
aku ni betul buat keputusan,
aku dah boleh fikir panjang,
aku boleh selesai masalah aku sendiri.

sebenarnya;
aku tak mampu nak buat keputusan dengan betul,
aku tak boleh fikir panjang pasal diri aku,
aku tak boleh selesai masalah tapi menyusahkan lagi orang lain.



banyak benda kita kena belajar
bukan setakat ilmu yang ada dalam buku,
yang kita belajar dekat sekolah or apa-apa saja la
tapi belajar macam mana nak menguruskan diri sendiri

kesilapan yang kita pernah buat tu
jadikan pengajaran, bukan hukuman untuk tebus semula
tapi kita kena usaha perbaiki segala kesilapan tu
dengan membuat sesuatu yang lebih baik
jika masih perlukan

cari jalan untuk perbaiki
bukan lari dari kekurangan yang diperolehi
semalam adalah kenangan, dan hari ini adalah kenyataan
guna peluang jika masih ada sekarang
jangan guna bila sudah terlambat


Siti Nabilah, awak kena terima seadanya
semua keburukan adalah keputusan awak sendiri
jangan salahkan orang lain..
jika awak inginkan something yang awak nak,
perbaiki diri awak dan berusahalah untuk memperolehinya
bukan biar ia terbang tinggi jauh dari awak 
dan jatuh ke tangan orang lain :')


Hope masalah ni selesai secepat yang mungkin..

-THE END-
Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment