◄ ツ

Wednesday 14 August 2013

Tak Perlu Ungkit

Tak perlulah ungkit kisah lama, biarlah dia nak berkawan dengan sapa saja, samada kawan-kawan lama atau orang yang dia pernah sayang dulu.. 

Orang itu yang pernah buat dia tersenyum dan menagis.. Pasti awak jugak akan buat dia bahagia dan kecewa mungkin dengan cara yang berbeza.. Manusia ni tak sempurna, dia perlukan orang lain untuk sama-sama sempurnakan dirinya.. Orang itu yang selalu membantu kalau dia dalam kesusahan sebelum awak kenal dia.. Orang itu jugalah pernah korbankan apa saja untuk dia sebelum awak..

Ingat sebelum awak hadir dalam hidup dia, orang itulah yang selalu jaga dia untuk awak.. Kalau bukan kerana dia, awak mungkin tak akan dapat insan sempurna seperti dia sekarang.. Sikit banyak, pasti orang itu pernah perbaiki kekurangan yang ada dekat dia.. Orang itu jugak bersusah payah untuk jaga perasaan dia sebelum awak..

Awak belum kenal sepenuhnya tentang dia,
awak belum tahu macam mana perangai sebenarnya dia,
Awak belum tentu kenal asal usul sebenarnya dia, 

Orang itu telah banyak mengajar dia untuk erti kehidupan sebenarnya.. Pengalaman yang ada antara orang itu dan dia akan membuat dia lebih dewasa and boleh buat dia berfikir secara matang.. Disebabkan pengalaman yang ada jugak akan ajar dia supaya selalu berfikir panjang sebelum membuat keputusan..

Mungkin awak lebih bijak dalam ilmu pengetahuan, tapi itu tak akan boleh buat kita berkembang kalau tak ada pengalaman.. Sama seperti orang yang bekerja, orang yang mempunyai pengalaman lebih cekap membuat kerja berbanding orang yang kurang atau tak pernah ada pengalaman.. 

Jangan ingat kita selalu betul.. Kalau benar dia sayangkan awak, pasti dia akan selalu jaga dan hargai awak walaupun sapa yang ada di depan dia, dia akan tetap agungkan awak lebih dari orang lain.. Kalau dia masih mempunyai perasaan dengan orang itu, pasti dia takkan datang dan merayu supaya awak jadi milik dia..

Awak perlu bangga dengan dia, kerana dia dah mula hargai dan bangga dengan awak sampai dia rela bagi tahu semua orang yang awak milik dia.. walaupun bukan dari segi perbualan, tapi dia boleh sebarkan dekat orang lain melalui pujian, tulisan atau gambar dekat laman sosial..

Gambar aku and dia ada dalam instagram, bangga kowt..
Thanks awak :D

-THE END-
Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment