◄ ツ

Wednesday 5 December 2012

Hidup Tak Selalu indah

kadang-kadang dalam hidup ni kita kena banyak berkorban..
tak kira demi orang yang kita sayang mahu pun orang yang kita benci..
kehidupan di dunia tak selalu indah, kerana kebahagiaan tu bukan milik kita..
mungkin sekarang kita bahagia dengan orang yang ada di sekeliling kita..
and mungkin kita kecewa dengan apa yang ada di sekeliling kita..

jangan riak dengan apa yang kita ada sekarang, bersyukur dengan apa yang kita ada..
jangan tamak untuk mencari sesuatu yang lebih sempurna, kerana kita boleh sempurnakan kekurangan yang
kita perolehi dengan berusaha..
elak dari apa yang boleh menyakitkan hati orang lain, untuk hidup lebih tenang
jangan berdusta dengan apa yang kita janji, kerana itu akan membuat orang tidak percaya dengan kita..
tak perlu cari orang untuk sayangkan kita, kalau semua itu memaksa persaan orang lain..
tak perlu halang orang lain dari melakukan sesuatu, kerana mereka akan halang diri mereka sendiri, jika mereka tak suka..
tak perlu sayangi dua manusia dalam satu masa, kerana itu akan merosakkan kebahagiaan yang telah kita bina..
hargai apa yang mereka telah korbankan, kerana mereka lebih ikhlas dari kita..

guna segala peluang yang diberi pada kita, untuk berubah menjadi lebih baik..
jangan abaikan apa yang ada depan mata, tapi jadikan pengajaran melalui keburukan yang telah berlaku..
walaupun sukar untuk membuat keputusan, pilihlah dengan bijak dan pantas..
jangan buat orang lain tertunggu-tunggu dengan apa yang kita janji, jika kita tak boleh tunaikan..
luahkan semuanya apa yang kita rasa supaya tidak menyakitkan hati orang lain dengan lebih parah, kerana itu lebih baik..

walaupun perit bagi kita untuk teruskan semuanya, ingat ada satu hikmah yang berlaku atas semua kejadian..
semua orang taknak yang buruk atau mengecewakan terjadi dalam kehidupan..
tapi itu adalah dugaan untuk kita..
jangan salahkan mereka, kerana mereka memberi kita sejuta rasa..
Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment