◄ ツ

Friday 25 March 2011

Wanita Bertudung !


Hidayah itu singgah tanpa mengira siapa, di mana dan bila..

Sekarang kita boleh lihat bagaimana ada gadis bertudung di kalangan Mat Rempit. ada wanita bertudung melalak dengan gaya bebas terbabasa dari nilai akhlak dan kesopanan, atau peragawati bertudung dengan langkah 'catwalk'..

Tudung wanita itu ada empat :
  • Tudung pada wajah - Jangan sampai wajahnya mengundang fitnah. Kecantikan adalah pingitan buat suami, bukan dipamer untuk lelaki ajnabi.
  • Tudung pada mata - Matanya tidak memandang lelaki lain, selain mahramnya.
  • Tudung pada suara - Jangan dilinak-lunakkan dengan tujuan memikat.
  • Tudung padahati - Sentiasa mengingati Allah.
Tutup aurat bukan ertinya, kita menutup keindahan. Tak salah berhias, menarik dan cantik.
Keindahan imestilah didasari oleh kebenaran.
Ingat, setiap keindahan tidak semestinya satu kebenaran.

Langkah pengalihan mesti diiringi oleh pengisian. Jangan tutup kepala sahaja, tetapi isi kepala yang ditutup itu dengan ilmu. Menuntut ilmu mestilarh berterusan. When you stop learning, you stop leading ! 

Rasul berpesan : katakan yang benar walaupun pahit !

2 comments: